Travel

Tempat Menarik di Kuala Lumpur Pada Waktu Malam

Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia merupakan sebuah bandaraya yang tidak pernah tidur dengan kesibukan penduduk kota.

Untuk kali ini jom kita terjah beberapa destinasi dan tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh korang kunjungi pada waktu malam.

6 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Pada Waktu Malam

Tempat Menarik di Kuala Lumpur Pada Waktu Malam

Destinasi di bawah Acul senaraikan memang sesuai untuk korang lawati Kuala Lumpur pada waktu malam sama ada bersama keluarga, pasangan mahupun rakan-rakan.

Secara umumnya senarai di bawah lebih kepada destinasi seperti bazar larut malam (uptown/ downtown) atau tempat menarik untuk bersiar-siar seperti kawasan mercu tanda di Kuala Lumpur.

Bazar Larut Malam, Pasar Malam, Uptown Dan Downtown Di Kuala Lumpur

Istilah-istilah ini memang lain bunyinya tetapi secara umumnya membawa maksud yang sama iaitu sebuah tempat ala bazar/pasar malam yang meriah dengan deretan gerai-gerai yang menjual makanan santai ataupun gerai yang menjual barang-barang seperti jersey, tali pinggang, aksesori wanita, aksesori smarphone, aksesori vape, barangan hobi dan sebagainya. Memang sesuai untuk datang ke sini pada waktu malam untuk makan-makan sambil sambil cuci cuci mata dan shopping.

Perbezaan uptown dan downtown – Kalau secara istilah geografinya, perkataan uptown dan downtown ini digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu tempat sama ada berada di dalam bandar ataupun di pinggiran bandar. Namun di KL istilah uptown umumnya lebih sinonim merujuk kepada bazar larut malam yang terletak jauh dari bandar utama dan berada di pinggir-pinggir bandar. Downtown pula merujuk kepada bazar larut malam yang lokasinya berada di dalam bandar utama.

1. KL Downtown Nightmarket / Downtown Cheras

downtown cheras tempat menarik di kuala lumpur waktu malam

Sebuah bazar larut malam yang terletak di tidak jauh dari Bulatan Bandar Tun Razak. Bazar larut malam ini menempatkan ratusan gerai-gerai peniaga Melayu yang menawarkan barangan seperti aksesori wanita/lelaki, barangan kanak-kanak, hiasan rumah, alatan ganti kereta dan sebagainya.

Pilihan makanan juga banyak dan pasti membuatkan korang rambang mata untuk memilih. Dibuka setiap hari dari 10 malam sehinggalah ke 5 pagi.

2. Uptown Danau Kota

uptown danau kota tempat menarik di kuala lumpur

Jadi kalau korang ingin makan-makan di tempat yang meriah untuk lepak bersama kawan-kawan pada waktu malam, apa kata singgah sekali ke Uptown Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.

Banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan aksesori dan hiasan diri yang ada di sini. Beroperasi dari Rabu-Ahad bermula 9 malam sehinggalah ke 3 pagi memang satu ‘port’ terbaik untuk ‘ngeteh’ atau cuci-cuci mata melihat barangan.

3. Petaling Street

petaling street tempat menarik di kuala lumpur waktu malam

Ada juga yang mengenali destinasi ini sebagai Chinatown. Di sini terdapat banyak gerai-gerai seperti pasar malam yang menjual banyak produk-produk berjenama yang ‘sangat mampu milik’. Jadi faham-fahamlah sendiri kualitinya namun tidak salah kalau korang beli dan pakai sebab tiada siapa yang tahu.

Kebiasaanya Petaling Street mula meriah dari lewat petang sehinggalah larut malam. Sering juga menjadi kunjungan pelancong asing kerena lokasi yang strategik dan mudah untuk diakses dengan train, teksi serta pengangkutan awam yang lain.

4. Kampung Baru

kampung baru kuala lumpur

Kalau korang inginkan tempat lepak dan pilihan restoran atau gerai makan yang banyak, sangat dicadangkan untuk jenguk-jenguk ke Kampung Baru. Di sini terdapat deretan kedai-kedai yang banyak dan memang meriah pada waktu malam.

Sama ada makan berat, goreng-gorengan atau makanan pantai timur, semuanya ada. Bukan sahaja pada waktu malam, restoran dan gerai di sini juga menjual makanan tengahari yang menarik juga.

5. Pasar Malam Kampung Baru

pasar malam kampung baru kuala lumpur

Pasar malam ini memang meriah kalau korang ingin mencari pilihan aneka makanan Melayu dan juga santai-santai. Selain makanan ada juga gerai-gerai yang menjual barangan-barangan seperti di pasar malam yang lain.

Kalau dah berada di KL, jangan lupa untuk singgah melihat gelagat peniaga dan pengunjung baik dalam mahupun luar negara. Pasar malam ini beroperasi pada hari Sabtu bermula 6 petang sehinggalah ke 1 pagi.

6. Jalan Bukit Bintang

bukit bintang kuala lumpur

Sekitar Bukit Bintang memang banyak tarikan tempat membeli belah seperti Lot 10, Low Yat, Berjaya Time Square, Sungei Wang & BB Plaza dan juga Pavillion KL. Selain shopping mall, di sekitar Jalan Bukit Bintang ini juga terdapat beberapa deretan kedai dan gerai yang menjual barangan seperti keychain, cermin mata lokal, tali pinggang dan sebagainya.

Kadang-kadang di sini juga banyak show yang dipersembahkan oleh seniman jalanan dan busker-busker. Tidak jauh dari sini terdapat pasar malam (Jalan Alor) yang memang hidup sampai awal pagi namun rata-rata peniaga adalah daripada bangsa Cina dan rata pengunjung di sini juga adalah pelancong luar. Bagi yang beragama Islam, cari makan di Jalan Alor mungkin sangat tidak sesuai kecuali kalau korang beli buah sahaja.

Baca: 10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

_______

Semoga beberapa cadangan tempat menarik di Kuala Lumpur waktu malam seperti di atas memberi korang secebis dua idea di mana untuk menghabiskan masa dan lepak-lepak bersama kawan-kawan atau keluarga kelak. Selamat bercuti.

SUMBER CARI DESTINASI

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

2 komen pembaca

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik