Travel

Senarai Tempat Menarik Di Melaka Untuk Dikunjungi

Senarai tempat menarik di Melaka ini adalah untuk rujukan kepada anda yang ingin bercuti ke Negeri Melaka. Negeri Melaka adalah salah satu daripada negeri yang paling menarik untuk dikunjungi di Malaysia kerana nilai sejarahnya dan juga kerana kepelbagaian tarikan pelancongan yang lain.

Apa yang lebih membanggakan, negeri Melaka telahpun diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO kerana nilai universalnya.

Fakta menarik mengenai Melaka yang anda harus tahu, pada tahun 2008, Melaka diisytiharkan sebagai ‘Melaka Maju’ pada 20 Oktober 2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.

Senarai Tempat Menarik Di Melaka

Nak tahu apa tempat menarik di Melaka? Mari kita lihat senarai tempat menarik di Melaka untuk dilawati apabila anda berkunjung ke sini!

Semoga dengan senarai tempat menarik di Melaka yang kami tulis dibawah dapat membantu anda merancang percutian ke negeri Melaka pada masa akan datang.

1. Freeport A’famosa Outlet Village

Freeport A famosa Outlet Village tempat menarik di melaka

Freeport A’famosa Outlet Village yang terletak di Alor Gajah ini merupakan syurga membeli-belah untuk pengunjung yang berkunjung ke Melaka yang terletak tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur.

Di Freeport A’famosa Outlet Village ini, lebih daripada 70 kedai premium adalah jenama luar negara yang menawarkan barangan original dan berkualiti dengan harga yang telah diberi diskaun 30% – 70%.

Dengan permandangannya yang sangat menawan kerana struktur rekaan dan susunan bangunan nya yang ala-ala Eropah, anda akan juga dapat mengambil kesempatan ini untuk menangkap gambar sambil bersantai dan membeli-belah di kedai-kedai premium di sini.

2. The Pirate Adventure Melaka

The Pirate Adventure Melaka

Bersediakah anda untuk menjadi Lanun? Anda akan merasakan bagaimana pengembaraan seorang lanun yang sebenar di The Pirate Adventure. The Pirate Adventure ini adalah ilham daripada Nuevo Attraction & Destination Sdn. Bhd yang ingin menyediakan indoor attraction yang menggunakan 5 element dalam hidup kita.

Anda sebagai pengunjung berpeluang untuk merasakan bagaimana menjadi lanun untuk selama 1 hari, anda akan mencari arah di Lautan Selat Melaka sebelum sampai di hutan belantara untuk mencari harta karun yang tersembunyi.

Dengan peredaran teknologi dan kecanggihan teknologi masa kini, anda memang akan dapat merasai sendiri kegerunan ribut dan ombak di lautan luas.

3. Pantai Klebang

Pantai Klebang tempat menarik di melaka

Pantai Klebang adalah salah satu daripada pantai-pantai yang ada di Melaka. Namun begitu, oleh kerana lokasinya yang lebih strategik iaitu lebih dekat dengan bandar Melaka dan lebih accessible, secara tidak langsung ia menjadi pantai yang paling popular di sini.

Di Pantai Klebang ini juga, terdapat satu lokasi unik iaitu kawasan “padang pasir” yang sedikit tersorok. Anda boleh melayari Instagram dan cari hashtag-hashtag seperti #melakadesert. Bila dah tengok, pasti anda faham kenapa ramai yang suka berkunjung ke sini.

Walaupun lokasinya agak tersembunyi, anda tidak perlu risau kerana sentiasa ramai orang di sini. Yang datang buat wedding photoshoot pun ramai. Jika anda pergi bergambar di sini, akan ada kenderaan 4X4 yang boleh membawa anda dari tempat parking ke kawasan ini dengan caj RM3.00 seorang untuk sehala.

4. Kota A’Famosa

St.Paul’s Hill A’Famosa tempat bersejarah di Melaka

Kota A’Famosa merupakan destinasi yang paling ikonik untuk dilawati kalau bercuti ke Melaka terutamanya untuk mereka yang mempunyai anak yang bersekolah untuk lebih mendekati tentang sejarah Melaka.

Binaan kubu berbongkah batu ini yang berusia lebih 500 tahun telah dibina sejak zaman era penjajahan zaman Portugis pada tahun 1511 sebagai kubu pertahanan untuk melawan penentangan penduduk Melaka ketika itu. Terdapat beberapa laras meriam di sekitar kubu ini dan sesuai untuk aktiviti bergambar bersama keluarga.

5. Muzium Kapal Selam (Submarine Museum)

Muzium Kapal Selam Negeri Melaka

Salah satu muzium yang pasti membuatkan anak-anak tidak sabar untuk lawati. Muzium Kapal Selam yang terletak di Pantai Klebang dan saiz yang besar ini dibina pada tahun 1979 namun setelah tamat beroperasi kini dijadikan muzium untuk lawatan orang ramai.

Anda pasti terkejut bila melangkah masuk ke dalam kerana saiz laluan yang agak sendat. Waktu cuti memang ramai dan sesak di dalam tetapi mujurlah ada sistem penghawa dingin yang baik. Bunyi siren di dalam muzium ini pasti memberi anda satu pengalaman yang baru yang hanya ada di negeri Melaka.

6. The Shore Sky Tower

The Shore Sky Tower tempat menarik di melaka

The Shore Sky Tower adalah tempat menarik di Melaka anda wajib cuba. Sky Tower ini terletak di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery bersamaan 163 meter dari paras laut.

Yang menarik nya di sini adalah terdapat lantai kaca yang lutsinar. Ia akan menguji keberanian seseorang dan bukanlah untuk orang yang gayat. Di atas sana, anda boleh melihat permandangan sekeliling.

7. Melaka Upside Down House

Melaka Upside Down House

Upside Down House ini adalah salah satu lokasi yang harus dilawati, terutamanya buat kaki Instagram. Di sini anda akan mendapat satu pengalaman unik yang dihasilkan dengan memanipulasi kedudukan perabot dan barangan di dalam rumah.

Didalamnya terbahagi kepada 5 bahagian iaitu bilik tidur utama, bilik tidur anak, ruang tamu, dapur dan tandas. Semuanya terbalik di dunia ini! Anda juga boleh dapatkan bantuan staf untuk ambilkan gambar anda secara percuma.

8. Melaka River Cruise

Melaka River Cruise

Jom bersiar-siar di sepanjang Sungai Melaka dengan menaiki bot! Sungai yang mengalir merentasi bandar Melaka ini membolehkan anda menikmati pemandangan bangunan-bangunan warisan, gudang-gudang lama, gereja & juga kawasan perkampungan sambil menikmati keindahan lampu yang warna warni.

Anda boleh menaiki River Cruise ini di jeti Muara. Dari jeti Muara, anda akan dibawa sehingga ke jeti Taman Rempah dan anda akan berpatah balik ke jeti Muara. River Cruise ini beroperasi pada waktu malam dan merupakan salah satu tempat menarik di Melaka yang patut dikunjungi pada waktu malam.

9. Street Art Melaka

Street Art Melaka

Antara tempat menarik di Melaka adalah Bandar Hilir dan Sungai Melaka yang terdapat perkhidmatan River cruise. River Cruise adalah anda boleh menaiki bot yang disedia dan akan menyusuri Sungai Melaka.

Namun, anda boleh berjalan kaki di sepanjang pesisiran sungai yang turut disediakan tempat perjalan kaki. Di sepanjang jalan itu anda boleh lihat “Street Art” atau seni lukisan di dinding bangunan berdekatan.

10. Australia Village | Masbro Village

Australia village melaka tempat menarik di melaka

Australia Village atau lebih dikenali sebagai Masbro Village ini adalah tempat menarik di Melaka yang menjadi tumpuan. Kelihatan seperti sempit tetapi setiap unit rumah di sini sangat sesuai untuk percutian keluarga. Setiap rumah disini boleh memuatkan sekurang-kurangnya 6 orang.

Kemudahan yang disediakan adalah serba lengkap. Diantaranya, ruang tamu lengkap dengan meja makan, sofa dan televisi. Dapur lengkap dengan ketuhar, peti sejuk, cerek air dan kelengkapan dapur lain.

Terdapat 2 tilam saiz Queen (tingkat atas) dan 1 tilam sofa (tingkat bawah) di dalam setiap unit. Dilengkapi juga dengan 2 tandas dengan pemanas air. Setiap unit adalah dielengkapi dengan penghawa dingin.

11. Homestay Limastiga, Umbai

Homestay Limastiga Umbai melaka

Tempat menarik di Melaka yang seterusnya adalah di Homestay Limastiga. Ia nya terletak di Umbai. Dengan mengetengahkan konsep Kampung Melayu, suasana di tempat ini sangatlah terasa kita berada di kampung halaman.

Homestay Limastiga dikategorikan sebagai percutian privasi kerana konsep yang diamalkan oleh mereka ada “Private Homestay” dimana anda digalakkan untuk menyewa seluruh kawasan untuk menginap di sini. Maka, ia amat sesuai untuk majlis privasi seperti hari keluarga atau majlis syarikat.

12. The Stadthuys Melaka

The Stadthuys Melaka

The Stadthuys pada suatu masa dahulu adalah sebuah dewan bandaran sewaktu pemerintahan Belanda di negeri Melaka. Ia juga merupakan salah satu daripada monumen simbolik bagi negeri Melaka – ramai yang mengenalinya sebagai “bangunan merah kat Melaka tu”.

Ini adalah salah satu lokasi yang tak pernah putus dengan kehadiran pelancong yang ingin bergambar sebagai tanda kenangan. Kalau anda berminat, kat depan ni pun banyak beca untuk anda pilih dan boleh keliling bandar Melaka. Beca Hello Kitty, Doraemon dan Elsa Frozen pun ada!

13. Masjid Selat

Masjid Selat Negeri Melaka Mercu tanda di negeri melaka

Masjid di atas Selat Melaka ini dibina dengan aggaran kos 10 juta ringgit dan dibuka secara rasminya pada tahun 2006. Kalau waktu air laut pasang, ianya kelihatan seolah-olah terapung.

Lokasi Masjid Selat Melaka ini terletak berdekatan dengan pulau buatan manusia iaitu di Pulau Melaka dan Pantai Klebang. Pemandangan masjid ini pada waktu malam sememangnya sangat indah terutamanya ketika matahari melabuhkan tirai di kala senja.

13. Muzium Samudera

Muzium Samudera Tempat Menarik Di Negeri Melaka

Sebuah muzium yang unik dan segala pameran ditempatkan di dalam replika kapal perang Potugis. Terletak tidak jauh dari Jonker Street. Muzium Samudera ini juga dikenali dengan nama Flora de la Mar Maritime Museum dan pasti memberikan pengalaman yang berbeza untuk satu destinasi yang dianggap sebuah muzium.

Yang pasti anak-anak pasti teruja berada di atas dek muzim ini sambil bergambar dengan perkakasan kapal layar ini.

14. Jonker Walk

Jonker Walk tempat menarik di melaka

Jonker Walk adalah salah satu lokasi tarikan utama di Melaka kerana di sini, terdapat pelbagai barangan dijual pada harga yang berpatutan. Kalau setakat souvenir tu, memang melambak lah! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk singgah bila anda bercuti di Melaka.

Disini juga terdapat pelbagai restoran, cafe dan gerai yang menjual aneka menu makanan yang pasti membangkitkan selera anda. Paling best jalan-jalan kat sini waktu petang atau malam. Memang meriah!

15. Menara Taming Sari

menara taming sari tempat menarik di melaka

Menara Taming Sari merupakan satu tempat menarik di Melaka yang wajib dicuba sekiranya anda berada ke Bandar Melaka. Pengunjung berpeluang menaiki menara ini dengan dek tertutup yang akan naik ke atas dan berpusing berterusan secara perlahan 360 darjah.

Dari puncak menara yang setinggi 80 meter ini anda dapat melihat majoriti tarikan pelancongan yang ada di sekitar bandar Melaka seperti Muzium Samudera, Dataran Pahlawan, Bukit St John, Pulau Melaka, Masjid Pulau Selat dan sebagainya.

16. Zoo Melaka

zoo melaka tempat menarik di melaka

Destinasi yang paling popular kalau pelancong ingin beramah mesra dengan pelbagai spesis binatang yang dibawa khas baik dari dalam mahupun luar negara. Di Zoo Melaka juga ada persembahan yang mencuit hati terutamanya ketika melihat gelagat burung-burung yang jinak bergurau senda bersama pelatihnya yang diadakan pada setiap hari.

Satu lagi aktiviti menarik di sini ialah Safari Tour yang beroperasi setiap hujung minggu di mana pengunjung berpeluang melihat binatang-binatang liar pada waktu malam.

17. Taman Rama-Rama & Reptilia

Taman Rama-Rama Reptilia

Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka ini menempatkan lebih 20 spesies rama-rama di samping haiwan reptilia dan beberapa spesies lain untuk tatapan pengunjung.

Taman yang dibina di atas tanah berkeluasan 11 ekar ini mempunyai beberapa tema, iaitu Buterfly Aviary, Reptile Walk, Wild Photo Lane dan juga Koi Garden.

18. Taman Buaya

Taman Buaya Melaka

Taman Buaya Melaka yang mula dibuka pada tahun 1987 ini telah menjadi rumah kepada lebih 100 spesies buaya seperti American alligator, Indian marsh mugger crocodile & spectacled caiman.

Buaya-buaya di sini ditempatkan di dalam sangkar khas yang menyerupai keadaan habitiat asalnya. Selain itu, terdapat juga tarikan-tarikan lain di sini, seperti Malaysia in Miniature, Reptile Corner, Walkthrough Aviary, dan Mammal House.

Jika anda ingin menyaksikan pertunjukan buaya, ia hanya diadakan pada setiap hari Sabtu, Ahad, waktu cuti sekolah & cuti am sahaja bermula jam 11:30 pagi sehingga jam 2:30 petang.

19. Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Melaka Wonderland Theme Park

Melaka Wonderland Theme Park & Resort adalah salah satu daripada tempat menarik di Melaka untuk kanak-kanak. Taman tema ini mempunyai pelbagai tarikan, seperti water slides, Lazy cum Crazy Pool, Adventure Island, 1 Big Wave Pool dan banyak lagi!

Tempat ini juga dikelilingi hutan semulajadi yang berkeluasan 360 hektar. Oleh itu, ia adalah satu lokasi yang sangat sesuai untuk dikunjungi terutamanya ketika musim panas. Lepas basah kuyup berseronok ketika bermain air, anda bolehlah bersiar-siar sambil menikmati suasana hutan di sini.

20. A’ Famosa Resort

A-Famosa Resort Melaka

A’ Famosa Resort mempunyai banyak pilihan gelongsor air yang mencabar dan sesuai untuk golongan kanak-kanak dan dewasa. Salah satu tarikan yang paling teruja untuk golongan muda sudah tentu high speed water slide yang merupakan gelongsor air yang tinggi dan curam yang pasti memberi ledakan adrenalin yang maksimum.

21. Taman Burung Melaka

melaka bird park melaka

Destinasi yang pasti akan menghilangkan segala kusut di minda. Taman burung secara terbuka ini terletak di Taman Botani di Ayer Keroh, Melaka. Konsepnya lebih kurang sama dengan Taman Burung KL di mana pengunjung boleh berinteraksi secara langsung dengan burung-burung yang jinak serta memerhati burung melalui skywalk setinggi 12 meter.

Walaupun pilihan burung belaan di sini tidak sebanyak di Taman Burung KL, namun spesis-spesis burung di sini tetap eksotik yang susah untuk dilihat di tempat lain.

___

Kalau nak diikutkan Negeri Melaka sememangnya destinasi pelancongan yang unik di Melaka baik tempat bercuti, kawasan bersejarah, resort bertaman tema, pilihan makanan yang pelbagai dan sebagainya. Semoga panduan tempat menarik di Melaka yang ringkas ini memberi anda inspirasi untuk bercuti ke negeri bersejarah ini kelak.

Nak kongsi kepada Acul pengalaman percutian anda? Hantarkan kepada Acul disini dan Acul akan kongsikan di blog Aculnetwork.

Jangan lupa like page Aculnetwork di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel-artikel menarik seperti ini. Terima kasih.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

5 komen pembaca

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik