Travel

Tempat Bersejarah di Malaysia Yang Paling Popular

Tempat bersejarah di Malaysia memang banyak dan unik. Ada yang dibina atas dasar kuasa, cinta dan mengelakkan pencerobohan dari negara lain.

Namun antara banyak-banyak tempat bersejarah di Malaysia ni hanya 6 yang sentiasa menjadi subjek kajian bagi para pengkaji malah dijadikan kerja khusus oleh pelajar sekolah.

Tempat Bersejarah Di Malaysia Yang Paling Popular

Jom kita ketahui 6 tempat bersejarah di Malaysia yang popular.

1. Kota A’Famosa

St.Paul’s Hill A’Famosa tempat bersejarah di Melaka

Kota A’Famosa merupakan tempat bersejarah di Malaysia yang terletak di Melaka. A’Famosa merupakan sebuah kubu yang telah dibina oleh penjajah Portugis selepas mereka menakluk Melaka pada tahun 1511.

Kota A’Famosa ini dibina oleh buruh yang telah dipaksa untuk membina kubu ini atau nama rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Untuk membina Kota A’Famosa ini, ianya mengambil masa selama 5 bulan.

Manakala bahan-bahan untuk membina kubu ini diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain. Oleh kerana suhu panas terik pada ketika itu dan ditambah pula dengan kekurangan makanan, ramai buruh-buruh mati ketika pembinaan Kota A’Famosa ini.

Alfonso de Albuquerque ialah orang yang memberi arahan atas pembinaan Kota A’Famosa ini.Pada tahun 14 Januari 1641, penjajah Belanda telah menyerbu A’Famosa melalui Pintu Santo Domingo Gate dan telah mengorbankan lebih 7,000 orang kesan akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah dibaiki.

Porta de Santiago yang merupakan pintu utama telah digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas itu, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai A’Famosa dan meletakkan logo mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini dengan ukiran “Anno 1670”.

2. Kellie’s Castle

Kellie’s Castle tempat bersejarah di malaysia

Kellie’s Castle merupakan tempat bersejarah di Malaysia yang terletak di Perak. Siapa yang tinggal di Perak pasti tahu akan tempat bersejarah ini iaitu Kellie’s Castle.

Kellie’s Castle yang diibaratkan seperti Taj Mahal kerana Kellie’s Castle ini dibina atas lambang cinta William Kellie Smith kepada isterinya.

Kellie’s Castle ini telah dibina pada tahun 1915 tidak dapat disiapkan sepenuhnya kerana kematian Kellie yang mati secara mengejut pada tahun 1926 kerana mempunyai penyakit pneumonia.

Kellie’s Castle ini mempunyai senibina yang bercirikan Scottish, Moorish dan India. Walaupun mempunyai sejarah yang tersendiri, ada yang berpendapat bahawa tempat ini mempunyai makhluk halus dimana roh Kellie’s dan keluarganya ada berlegar-legar di kawasan istana tersebut.

3. Istana Seri Menanti

Istana Seri Menanti

Istana Seri Menanti merupakan tempat bersejarah di Malaysia yang terletak di Negeri Sembilan. Istana Seri Menanti mempunyai keunikan yang tersendiri. Tahukah anda bahawa istana ini dibina tanpa menggunakan sebatang paku?

Istana ini dibina tanpa menggunakan sebatang paku malahan mereka menggunakan teknik alternatif iaitu menghubungkan kayu-kayu dan tiang istana ini hanya dengan menggunakan pasak kayu.

Istana Seri Menanti ini dibina pada tahun 1902 dan telah disiapkan pada 1908 ini mempunyai 4 batang tiang seri utama dan 99 batang tiang kayu. Senibina istana ini dipengaruhi dengan ciri-ciri budaya seni minangkabau dari Indonesia. Istana Seri Menanti ini terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

4. Chandi Lembah Bujang

Chandi Lembah Bujang

Chandi Lembah Bujang merupakan tempat bersejarah di Malaysia yang terletak di Kedah. Chandi Lembah Bujang yang terletak di Kedah ini merupakan satu seni binaan yang dikatakan sebagai bahan binaan manusia yang paling tertua di Asia Tenggara.

Walaupun di Chandi Lembah Bujang ini tidak banyak boleh dilawati tetapi kawasan tersebut mempunyai sejarah yang tersendiri.

Chandi Lembah Bujang ini dikatakan dibina pada awal masihi hingga 20 masihi. Lembah Bujang mempunyai perhubungan yang sangat rapat dengan aktiviti perdagangan maritim antaranya beberapa negara Asia, China, Asia Barat dan India.

5. Fort Cornwallis

Fort Cornwallis

Fort Cornwallis merupakan tempat bersejarah di Malaysia yang terletak di Pulau Pinang. Fort Cornwallis yang terletak di Pulau Pinang ini telah dibina pada tahun 1786 yang diketuai oleh Francis Light telah siap dibina pada 1810. Nama Fort Cornwallis diambil dari Gabenor General India iaitu Charles CornwalliS.

Kubu ini dibina adalah untuk menjadi sebagai tempat pertahanan daripada serangan dari musuh. Kota ini juga mempunyai bentuk bintang 5 bucu dengan keluasan 417.6 kaki persegi.

6. Kota Belanda

kota belanda

Kota Belanda merupakan tempat bersejarah di Malaysia yang terletak di Perak. Kota Belanda yang terletak di Perak ini telah dibina pada tahun 1670 oleh Syarikat Hindia Timur Belanda.

Kota Belanda ini dibina adalah untuk menyimpan bijih timah yang mereka dapat di negeri tersebut. Manakala pada tahn 1960, penduduk tempatan di Perak tidak bersetuju dengan cara pihak Belanda mendapat hasil bijih timah itu.

Oleh disebabkan penduduk tempatan tidak bersetuju, mereka telah memusnahkan kota belanda tersebut. Selepas kota tersebut telah dimusnahkan, Belanda telah membina semula kota tersebut pada tahun 1749.

Pada ketika itu, kota tersebut telah menempatkan seramai 80 orang pengawal. Selepas tahun 1779, kota belanda tidak lagi digunakan lagi kerana Belanda telah menumpukan perhatian mereka kepada perdagangan rempah ratus di Maluku, Indonesia.

Selain itu, Belanda juga sedang berhadapan dengan peperangan Napoleon di Eropah dan disebabkan itu,kota belanda telah menjadi sebuah kota yang terbiar.

________

Itulah dia antara tempat bersejarah di Malaysia yang popular. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah mengambil iktibar dari sejarah-sejarah tempat ini.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik