Travel

Senarai Tempat Menarik di Perak Untuk Dilawati

Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu daripada 13 buah negeri yang membentuk Malaysia dan Perak merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang, dan keempat terbesar di Malaysia.

Kalau bercerita mengenai hal pelancongan, memang sangat tempat menarik di Perak seperti tarikan pulau-pulau, tarikan hutan lipur ataupun taman tema dan tempat bersejarah yang ada di Perak yang seringkali menjadi tumpuan orang ramai sama ada dari dalam Malaysia dan juga luar negara.

Tempat Menarik di Perak Untuk Dilawati

Senarai di bawah mengumpulkan koleksi tempat menarik di Perak mengikut kategori. Semoga dengan senarai tempat menarik di Perak yang kami tulis dibawah dapat membantu anda merancang percutian ke negeri Perak pada masa akan datang.

1. Tempat Bersejarah dan Muzium di Perak

Kellie’s Castle tempat menarik di perak

Muzium Perak

Merupakan sebuah institusi muzium yang terdapat di Taiping dan merupakan yang tertua di Malaysia. Dibina pada tahun 1883 dan menempatkan pelbagai barangan dan artifak sejarah Melayu di negeri Perak khususnya.

Kellie’s Castle

Sebuah rumah agam lama yang dibina oleh Kellie untuk isterinya pada tahun 1915 sebagai lambang cinta sejatinya. Malangnya warga Scotland ini gagal menyiapkan rumah agam ini kerana meninggal secara mengejut kerana penyakit pneumonia. Ramai yang mengatakan rumah agam ini dihuni oleh makhluk halus.

Sultan Azlan Shah Galery

Sebuah galeri atau muzium di Kuala Kangsar yang menempatkan pelbagai bahan bersejarah tentang kehidupan Almarhum Sultan Azlan dari muda sampailah ke era pemerintahannya. Di sini juga menempatkan informasi berkenaan sejarah negeri perak dan Keluarga Diraja Perak.

Muzium Arkeologi Lenggong

Galeri yang dibina di Kota Tampan bersempena sebagai simbolik kepada tapak arkeologi tentang sejarah paleolitik di negara Malaysia. Di sini menempatkan pelbagai artifak dan bahan prasejarah dan yang paling mencuri tumpuan ialah rangka ‘Perak Man’ yang dipercayai berusia 10 ribu – 11 ribu tahun yang ditemui di Gua Gunung Runtuh.

Kota Belanda

Merupakan sebuah kubu lama kolonial Belanda yang berusia lebih 300 tahun dan terletak di Teluk Gadung, Pulau Pangkor. Kubu ini dahulunya merupakan tempat penyimpanan bijih timah yang diambil dari negeri Perak dan juga merupakan sebuah kubu pertahanan tentera Belanda.

Kompleks Sejarah Pasir Salak

Merupakan satu tempat yang mempunyai banyak kesan sejarah terutamanya tentang pejuangan pahlawan-pahlawan Melayu yang menentang penjajahan Inggeri satu ketika dahulu.

Muzium Beruas

Terletak di Pekan Beruas dan sekitar 50 minit dari bandar Sitiawan. Muzium ini menempatkan lebih 300 artifak bersejarah tentang zaman Kerajaan Gangga Negara dan Raja Beruas.

Batu Bersurat Pulau Pangkor

Merupakan sebuah batu besar yang mempunyai ukiran lukisan harimau membawa lari seorang kanak-kanak dan mempunyai lakaran tulisan “VOC” dan “If Carlo 1743”.

Port Weld

Bekas stesyen keretapi pertama di Tanah Melayu yang berhubung dengan Taiping. Kini yang tinggal hanyalah pondok menjual tiket dan signboard sebagai simbolik kepada Port Weld.

Muzium Darul Ridzuan

Muzium utama di Ipoh yang dibina pada tahun 1926 dan menempatkan pelbagai barangan bersejarah kerajaan negeri Perak.

Muzium Geologi

Sebuah muzium di Ipoh yang menempatkan lebih 700 jenis batu-batuan untuk kajian para ahli geologi dan merupakan hasil kajian Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

Muzium Diraja Kuala Kangsar

Merupakan istana lama yang turut dikenali sebagai Istana Kenangan, Istana Lembah atau Istana Tepas dan telah dibina pada tahun 1926. Kini ianya menjadi sebuah muzium dan dibuka kepada orang ramai.

Menara Jam Condong

Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak yang menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.

2. Tarikan Zoo dan Taman Haiwan di Perak

Zoo Taiping tempat menarik di perak

Zoo Taiping

Merupaan zoo terbesar di negeri Perak yang menempatkan lebih 1300 ekor binatang dari 180 spesis binatang dalam dan luar negara. Sesuai untuk datang dengan kanak-kanak dan keluarga untuk melihat binatang seperti harimau, zirafah, badak air dan pelbagai jenis binatang lagi.

Night Safari Zoo Taiping

Salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Taiping, Perak untuk melihat binatang liar di habitat pada waktu malam. Juga terletak di Zoo Taiping dan pengunjung boleh ke sini setiap malam dari jam 8 – 11 malam.

Eco Park

Merupakan sebuah taman dan tarikan pelancongan yang ada di Bukit Merah Laketown Resort yang menempatkan lebih 40 spesis burung-burung, mamalia dan reptilia di dalam sebuah kawasan yang berkeluasan 4 ekar.

Kelip-Kelip Kampung Dew

Salah satu aktiviti menarik di Perak untuk melihat kelip-kelip atau kunang-kunang di persisiran sungai dengan menaiki bot di Kampung Dew yang terletak di Semanggol, Perak.

Pulau Orang Utan

Hanya kira-kira 10 minit dari Bukit Merah Laketown Resort, pulau ini menempatkan lebih 20 ekor orang utan daripada peringkat umur bayi sehingga yang orang utan dewasa. Pengunjung perlu menaiki bot merentasi tasik untuk melawat pusat penjagaan orang utan di sini.

Burung Enggang di Pasir Bogak

Di Pasir Bogak terdapat sebuah resort iaitu Sea View Resort yang menjadikan burung enggang sebagai salah satu tarikan di sini. Setiap petang pengunjung berpeluang untuk melihat dan memberi makan burung enggang dengan dekat.

Lost World Petting Zoo

Sebuah tarikan taman haiwan yang terletak di Lost World of Tambun yang menempatkan binatang seperti burung-burung, raccon, ular sawa, kura-kura gergasi, monyet, rusa dan rubah.

Tiger Valley

Merupakan salah satu tarikan yang ada di Lost World of Tambun di mana pengunjung berpeluang melihat Siberian Tiger dengan lebih dekat. Tumpuan utama di sini ialah ketika melihat binatang buas ini diberi makan.

Pusat Konservasi Hidupan Liar (Wildlife Conservation Centre)

Merupakan sebuah taman haiwan di Sungai, Perak yang menempatkan binatang seperti seladang, rusa, harimau dan juga burung-burung.

Ladang Ternakan Rusa

Sebuah ladang rusa yang terletak di Kampung Menderang, Sungkai dan menempatkan pelbagai spesis rusa di dalam kawasan berkeluasan 100 hektar.

Taiping Equine Park

Bagi yang berada di Taiping dan ingin melihat dari dekat atau merasai pengalaman menunggang kuda, boleh datang singgah di Taiping Equine Park.

Pusat Pengurusan Penyu Segari

Sebuah santuri penyu di Pantai Pasir Panjang, Segari yang menempatkan penyu-penyu kecil dan telur-telur yang bertujuan untuk pemuliharaan binatan yang terancam ini sebelum dilepaskan ke pantai.

Santuari Burung Kuala Gula

Sebuah destinasi terbaik di Perak untuk melihat burung-burung yang terletak tidak jauh dari Hutan Paya Laut Matang. Menempatkan ratusan spesis burung dan unggas yang cantik dan susah untuk ditemui ditempat lain.

Taman Alam Kinta

Sebuah kawasan yang ideal di Batu Gajah untuk memerhati burung liar seperti burung raja udang, wak-wak, burung kuang dan pelbagai lagi. Dikatakan mempunyai lebih 1000 ekor burung. Sebuah menara tinjau ada disediakan untuk kemudahan pengunjung untuk memerhati burung-burung ini.

3. Pantai dan Pulau Menarik di Perak

Pulau Pangkor

Pulau Pangkor

Sebuah pulau peranginan yang paling popular di negeri Perak dan merupakan salah satu destinasi terdekat untuk warga KL dan Selangor yang inginkan percutian di pulau. Di sini terdapat banyak resort dan hotel untuk menginap dan menawarkan aktiviti suka air yang best untuk dilakukan seperti banana bot, snorkeling dan bermain jetski.

  • Pulau Pangkor Laut, Pulau Giam & Pulau Mentagor – Merupakan pulau-pulau kecil yang bersebelahan dengan Pulau Pangkor yang sering menjadi pilihan pengunjung untuk snorkeling kerana di kelilingi dengan kawasan terumbu karang.
  • Pantai-pantai di Pulau Pangkor – Pulau Pangkor mempunyai beberapa pantai yang sering menjadi pilihan pengunjung untuk bercuti dan mencari penginapan. Antara pantai yang popular di Pulau Pangkor ialah Pantai Pasir Bogak, Pantai Coral, Teluk Nipah dan juga Teluk Belanga.
    Pantai Ban Pecah – Sebuah pantai rekreasi yang terletak di Tajung Piandang dan tidak jauh dari pekan Parit Buntar. Lebih terkenal di kalangan orang kampung sebagai pantai ‘rock’. Destinasi lebih sesuai kalau anda hanya mahu lepak-lepak tepi pantai tanpa kesibukan orang.

Pulau Sembilan

Merupakan rimpunan 9 pulau-pulau kecil di Perak yang menjadi tarikan kepada pelancong untuk mencuba aktiviti memancing, snorkeling atau scuba diving. Satu tempat menarik di Perak untuk melihat terumbu karang dan hidupan marin yang eksotik di sini. Nak ke sini perlu menaik bot yang mengambil masa setengah jam dari Jeti Kampung Sungai Burung.

Pulau Marina

Terletak tidak jauh dari Pulau Pangkor dan pengunjung boleh memandu menerusi jambatan ke Pulau Marina. Di sini terdapat sebuah jeti baru yang berhubung ke Pulau Pangkor. Pelancong yang ingin ke Pulau Pangkor boleh naik feri di sini dengan masa yang lebih cepat berbanding menaiki feri dari Jeti di Lumut. Terdapat juga sebuah resort di sini untuk penginapan di tepi pantai iaitu Marina Sanctuary Resort.

Pantai Pasir Panjang

Sebuah pantai di Segari yang menjadi tempat penyu bertelur kerana struktur pantai dan kurang pencemaran. Di sini juga terletak sebuah santuari penyu yang dikenali Pusat Pengurusan Penyu Segari.

Teluk Senangin

Sebuah kawasan peranginan yang sangat popular di Perak dan di sini terdapat beberapa resort yang sesuai untuk percutian bersama keluarga. Terdapat juga aktiviti sukan air di sini seperti banana ride dan menaiki bot.

Teluk Batik

Merupakan sebuah tempat peranginan tepi pantai yang mempunyai beberapa chalet dan resort di sini seperti Marina Cove Resort dan Teluk Batik Resort. Terletak tidak jauh dari jeti Pulau Pangkor.

4. Taman Tema, Mercu Tanda & Hiburan Keluarga di Perak

Lost World of Tambun taman tema air di perak

Bukit Merah Laketown Resort

Sebuah resort dan taman permainan yang pasti membuatkan anak-anak teruja sekiranya bercuti di sini. Antara tarikan utama yang ada di sini ialah Water Park dan Eco Park. Kemudahan penginapan turut tersedia. Tidak jauh dari sini terdapat sebuah santuari orang utan di Pulau Orang Utan.

Lost World of Tambun

Sebuah taman tema yang lengkap dengan kemudahan seperti water park dan hot spring park. Di sini juga menempatkan resort sekiranya pengunjung ingin menginap. Antara tarikan di Lost World of Tambun yang ada ialah water park, amusement park, lost world petting zoo, tiger valley, tin valley dan adventure park.

Sungai Klah Hotspring

Sebuah tempat berhampiran dengan Pekan Sungkai yang menempatkan beberapa kolam air panas semulajadi yang sesuai untuk mandi dan berendam. Terdapat juga kolam yang panas sehingga 100 darjah celsius, malah pengunjug berpeluang merebus telur di dalam kolam air panas ini.

Menara Condong Teluk Intan

Dulunya merupakan sebuah tempat penyimpanan air dan menara jam. Namun kini ianya menjadi sebuah mercu utama untuk bandar Teluk Intan dan negeri Perak. Dari jauh bangunan yang sangat ikonik kelihatan condong dan pengunjung berpeluang menaiki ke atas menerusi tangga yang ada di menara ini.

Batu Bertenggek

Merupakan sebuah batu yang besar yang bersaiz sebuah kereta kancil yang terletak di hadapan bangunan SKOMK. Batu ini merupakan simbolik dan tugu peringatan kepada perngorbanan pejuang-pejuang negara yang terkorban ketika perang dunia kedua.

Masjid Lama Bagan Serai

Merupakan sebuah masjid berkayu yang sangat unik binaannya. Terletak di Bagai Serai dan dikenali oleh orang Bagan sebagai Masigit Lawas yang bermaksud masjid lama.

Masjid Ubudiah

Merupakan masjid Diraja Negeri Perak yang terletak di Kuala Kangsar dan merupakan antara masjid yang tercantik di Malaysia.

Stesen Keretapi Ipoh

Beroperasi seperti stesen keretapi lain namun yang menjadikannya sebagai tarikan pelancong ialah senibina bangunannya yang unik dan ada yang menggelarkan stesen ini sebagai Taj Mahal kerana mempunyai senibina rekabentuk yang lebih kurang sama.

Menara Peringatan Birch

Merupakan sebuah menara jam berwarna putih yang terkenal di Ipoh sebagai simbolik kepada bekas Residen British iaitu JWW Birch yang terbunuh di Pasir Salak pada 1875.

Kilang Pembuatan Kayu Arang – Merupakan sebuah kilang tradisional yang membuat arang kayu menggunakan kayu bakau. Lokasinya terletak di Kuala Sepetang.

5. Tarikan Alam Semulajadi di Perak

air terjun lata kinjang perak

Terjun Hulu Kernas

Sebuah air terjun yang popular di Kuala Kangsar yang terletak di dalam Hutan Lipur Ulu Kernas. Akses yang mudah dan terletak hanya 13 km dari pekan Kuala Kangsar menjadikan destinasi air terjun ini sering menjadi pilihan untuk aktiviti mandi manda air terjun.

Air Terjun Sungai Bil

Terletak di Slim River, dalam Daerah Tanjung Malim, destinasi merupakan satu air terjun untuk berkelah dan mandi manda yang popular bersama keluarga dan kawan-kawan. Di sini juga mempunyai tapak perkhemahan untuk bercamping.

Air Terjun Lata Kinjang

Sebuah tempat mandi air terjun yang sangat popular kerana air terjun di sini sangat tinggi dan mempunyai kemudahan yang lengkap untuk aktiviti berkhelah, berkhemah, jungle trekking, abseiling ataupun memancing. Terletak kira-kira 18 km dari pekan Tapah, Perak.

Air Terjun Lata Iskandar

Sebuah kawasan air terjun di Hutan Lipur Lata Iskandar yang terletak di pertengahan di antara Cameron Highland dan Tapah. Air terjun ini bersumber dari bukit yang pasti sejuk dan dingin airnya. Terdapat juga kemudahan denai jalan kaki untuk aktiviti meredah hutan. Di kaki air terjun ini terdapat bazar Orang Asli yang menjual barangan kraftangan yang menarik sebagai cenderahati pada harga yang sangat berpatutan.

Air Terjun Lata Kekabu

Sebuah destinasi air terjun yang menarik yang terletak di Hutan Lipur Lata Kekabu dan lokasinya tidak jauh dari jalan utama Kuala Kangsar – Lenggong. Kemudahan prasaran seperti pondok, parking kereta dan tandas tersedia untuk pengunjung.

Air Terjun Ulu Kinta

Sebuah tempat berkelah untuk mandi manda air terjun yang terletak di Hutan Lipur ulu kinta dan tidak jauh dari Ipoh. Air terjun ini merupakan kawasan hulu kepada Sungai Kinta dan sering menjadi kunjungan warga kota Ipoh untuk mandi air terjun dan sungai.

Air Terjun Ulu Chepor

Sebuah destinasi air terjun untuk berkelah di Chemor, negeri Perak dan terletak hanya 10 km dari bandar Ipoh. Kemudahan seperti surau, taman permainan kanak-kanak dan bilik persalinan turut disediakan untuk pengunjung.

Felda Residence Hot Springs

Kawasan kolam air panas dan taman tema air yang terletak di Sungkai. Disini juga menawarkan kemudahan seperti tandas, parking kereta, bilik penginapan dan banyak lagi untuk pengunjung.

Cameron Hinglands

Tarikan yang menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong luar terutamanya pada waktu cuti dan perayaan. Disini ada ladang teh yang luas. Pengunjung boleh merasa teh yang segar baru dipetik dan pengujung sendiri boleh merasai pengalaman memetik daun teh. Selain teh, disini juga ada menjual starwberry.

Lata Ulu Lawin

Kawasan rekreasi dan air terjun yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari Pekan Gerik. Kawasan air terjun ini senang diakses dengan kereta dan mempunyai kemudahan asas seperti parking kereta, kedai makan, tandas awam, chalet dan kawasan tapak perkhemahan.

Lata Tanjung Kala

Sebuah air terjun yang terpencil yang terletak diantara pekan Gerik dan Kuala Kangsar.

Hutan Rekreasi Kuala Woh

Sebuah kawasan berkelah yang mudah diakses dengan kereta dan terletak kira-kira 10 km dari pekan Tapah dan menjanjikan tarikan alam semulajadi seperti air terjun, kolam air panas semulajadi dan hutan yang kaya dengan flora dan fauna.

Taman Tasik Taiping

Terletak tidak jauh dari Zoo Taiping, taman ini merupakan salah satu taman bertasik buatan manusia yang terawal di Malaysia. Pengunjung boleh tasik cruise dengan bot atau bersiar-siar menikmati keindahan pokok-pokok kanopi yang besar dan berusia ratusan tahun di sekelilingnya.

Hutan Paya Laut Matang

Merupakan sebuah hutan paya bakau yang terjaga yang merupakan salah satu tarikan pelancongan di dalam Daerah Matang, Perak. Terdapat kemudahan seperti platform jalan kaki, chalet dan tapak perkhemahan untuk pengunjung yang ingin lebih mendekati dengan eko sistem hutan paya bakau.

Taman Rekreasi Gunung Lang

Terletak sekitar 5 km dari bandaraya Ipoh dan merupakan tempat rekreasi yang menempatkan sebuah tasik dikelilingi dengan bukit batu kapur. Di sini pengunjung boleh menikmati keindahan alam dengan menaiki bot, bermain di taman permainan, melawat menara tinjau atau memberi makan ikan di kolamnya.

Hutan Simpan Belum (Royal Belum State Park)

Sebuah hutan simpan di utara Semenanjung Malaysia yang sesuai untuk aktiviti hutan seperti jungle trekking, melihat flora dan fauna, hiking, mandi air terjun dan menaiki bot laju. Di sinilah salah satu destinasi di Semenanjung Malaysia untuk lebih melihat dengan lebih dekat bunga yang terbesar di dunia iaitu Reflesia.

Taman Herba Perak (Perak Herb Garden)

Sebuah taman yang dibangunkan dan menempatkan pelbagai jenis tumbuhan herba tempatan yang susah nak cari ditempat lain seperti daun sekentut, kacip fatimah, hempedu bumi dan sebagainya. Daun dan tumbuhan herba ini kebiasaannya bertujuan sebagai bahan kosmetik dan juga untuk tujuan perubatan. Pengunjung juga boleh membeli daun-daun herba ini di sini.

Bukit Larut (Maxwell Hill)

Sebuah tempat peranginan tanah tinggi yang bersuhu sejuk dan di sini pengunjung berpeluang untuk melakukan aktiviti seperti jungle trekking, mandi air terjun, melihat pokok-pokok bunga atau sekadar jalan jalan untuk melihat pemandangan yang indah dari puncak bukit ini.

Gua Gendang & Gua Itik

Dahulunya gua-gua ini pernah menjadi tempat persembunyian komunis dan kini ianya menjadi tarikan untuk aktiviti lasak hutan termasuk untuk kem-kem motivasi dan jati diri. Pekan terdekat dari sini ialah Pekan Pengkalan Hulu yang hanya 6-7 km sahaja.

Kolam Air Panas Ulu Slim

Merupakan sebuah kolam air panas semuljadi yang paling panas di Malaysia dengan suhunya boleh mencecah 104 darjah celsius. Kebiasaannya pengunjung ke sini hanya untuk merebus telus dan meremdam kaki. Terdapat kemudahan pondok yang disediakan untuk pengunjung. Satu tempat menarik di Perak yang sangat unik untuk dilawati.

Tasik Temenggor / Pulau Banding

Merupakan sebuah tasik buatan manusia yang terbesar di Perak dan terbinanya tasik dan pulau ini selepas siapnya pembinaan Empangan Temenggor. Lokasi ini sesuai untuk mereka yang inginkan aktiviti yang mendekatkan diri dengan alam sekitar seperti memancing di atas rumah bot, berakit, mandi air terjun dan jungle trekking.

Taman Reffliesia

Terletak di Kg Bongor di Bersia, Gerik. Menempatkan beberapa jenis pokok bunga reflesia di sini seperti reflesia azlanii dan cantley. Untuk ke sini perlu melalui jalan tidak berturap dari Kg Bongor ke kawasan kaki bukit dan seterusnya berjalan kaki ke taman reflesia selama 1 jam.

Gunung Kenderong

Sebuah gunung setinggi 1123 meter yang terletak kira-kira 10 km dari Pekan Gerik dan sering menjadi destinasi ekspidisi, mendaki dan jungle trekking. Pengunjung boleh berhubung dengan agensi dan orang kampung di sini untuk mendaki.

Bukit Engku Busu

Sebuah bukit yang popular di Lumut, Perak untuk aktiviti jungle trekking. Denai pejanlan kaki juga disediakan untuk pendaki sehingga ke puncak bukit.

Lost World Hot Spings

Sebuah tarikan yang ada di Lost World of Tambun yang menempatkan kolam air panas semulajadi.

Kolam Air Panas Trong

Sebuah kolam air panas semulajadi yang terletak di Batu 9, Changkat Jering, Taiping. Kemudahan seperti kolam simen dan tempat persalinan juga disediakan untuk pengunjung yang mandi di sini.

Gua Tempurung

Sebuah gua yang ada di Gopeng yang mudah diakses dan menjadi tarikan pengunjung untuk merasai pengalaman menerokai gua. Kemudahan seperti platform pejalan kaki dan lampu juga disediakan. Gua Tempurung merupakan salah satu gua yang terpanjang di Semenanjung Malaysia dengan kedalaman 3 km.

Gua Tambun

Terletak di Ipoh dan Gua Tambun terkenal dengan lukisan motif di dinding gua yang dipercayai bermula pada zaman Neolitik yang berusia 3000 tahun. Lukisan ini juga sama dengan lukisan sejarah yang dijumpai di Australia da Papua New Guinea.

___

Semoga dengan perkongsian tempat menarik di Perak ini dapat membantu anda merancang percutian di negeri Perak pada masa akan datang.

Nak kongsi kepada Acul pengalaman percutian anda? Hantarkan kepada Acul disini dan Acul akan kongsikan di blog Aculnetwork.

Jangan lupa like page Aculnetwork di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel-artikel menarik seperti ini. Terima kasih.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik