Travel

Senarai Hotel Di Selangor Yang Menjadi Tumpuan

Senarai hotel di Selangor ini adalah untuk rujukan pengunjung yang ke negeri Selangor sama ada untuk bercuti ataupun atas urusan bekerja. Selain daripada tempat-tempat menarik untuk dilawati, makan dan membeli belah, di negeri Selangor terdapat banyak pilihan hotel yang boleh dipilih.

Senarai Hotel Di Selangor Tumpuan Pengunjung

Terdapat banyak pilihan dan harga adalah berbeza-beza mengikut taraf hotel, lokasi, kemudahan dan tawaran semasa yang diberikan. Bagi memudahkan pencarian anda disini kami senarai beberapa senarai hotel di Selangor yang boleh menjadi rujukan anda.

Berikut adalah senarai hotel di Selangor yang sering menjadi tumpuan pengunjung.

1. Sama Sama Hotel KLIA

Sama Sama Hotel KLIA hotel di selangor

Sama Sama Hotel KLIA mempunyai kolam renang luaran, 3 pilihan tempat makan dan pusat kecergasan 24 jam. Bilik-bilik kalis bunyi mempunyai pemandangan taman dan TV skrin rata.

Sama Sama Hotel bersambung ke KLIA melalui jambatan langit. Hotel ini juga boleh diakses melalui perkhidmatan ulang-alik 24 jam percuma (kereta bugi).

Bilik-bilik yang luas di Sama Sama Hotel dilengkapi dengan akses internet. Bilik mandi en suite mempunyai kemudahan pancuran mandi dan tab mandi. Pembuat kopi/teh dan bar mini juga disediakan.

Jalan CTA 4B KLIA, 64000 Sepang

2. Holiday Villa Hotel & Suites Subang

Holiday Villa Hotel Suites Subang

Holiday Villa terletak dalam jarak 15 minit dari Sunway Pyramid dan The Summit. Hotel ini menawarkan 9 pilihan untuk menjamu selera dan kolam renang bersaiz Olimpik. Ia juga mempunyai gelanggang skuasy dan tenis.

Bilik-bilik yang moden di Holiday Villa Subang dilengkapi dengan TV satelit skrin rata dan alat membuat teh/kopi. Bilik-bilik mandi en suite dan peti keselamatan peribadi disediakan.

Kemudahan-kemudahan rekreasi yang disediakan termasuk pusat kecergasan dan lorong boling. Hotel ini menyediakan perkhidmatan ulang-alik berjadual secara percuma untuk ke taman tema air Sunway Lagoon.

9, Jalan SS 12/1, 47500 Subang Jaya

3. Best Western Petaling Jaya

Best Western Petaling Jaya

Best Western Petaling Jaya antara hotel di Selangor yang boleh dipilih oleh anda. Hotel ini terletak di lokasi yang strategik iaitu ditengah-tengah bandar yang memudahkan pengunjung kemana-mana di kawasan Lembah Klang.

Bilik-bilik ini dihias secara elegan dan berhawa dingin sepenuhnya. Kemudahan-kemudahan lain termasuk bar mini, TV skrin rata dengan saluran bayar setiap tontonan dan kemudahan membuat kopi/teh. Bilik mandi en suite mempunyai pancuran mandian.

No 1 Jalan 13/1, Section 13, 46100 Petaling Jaya

4. One World Hotel

One World Hotel

Terletak di Petaling Jaya, One World Hotel menawarkan penginapan moden dengan TV skrin rata, akses internet dan kolam renang. Kemudahan di Hotel One World termasuklah kedai kecantikan/kedai gunting dan sebuah pusat perniagaan. Urusan perjalanan boleh dibuat di meja tempahan pelancongan.

Hotel ini juga dekat dengan Bandar Utama, Damansara yang merupakan pilihan tepat bagi pelancong yang berminat dengan membeli-belah jenama mewah, makanan dari pelbagai budaya dan membeli pakaian.

First Avenue, Bandar Utama City Centre, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

5. Hotel Armada Petaling Jaya

Hotel Armada Petaling Jaya

Berdiri megah bersebelahan dengan Lebuh Raya Persekutuan, Hotel Armada Petaling Jaya berjarak 5 minit berjalan kaki dari Stesen LRT Asia Jaya. Menawarkan bilik-bilik dengan akses internet berwayar dan WiFi percuma, ia menempatkan gimnasium, bar dan 2 restoran.

Bilik-bilik kontemporari di Armada menyediakan TV skrin rata dengan saluran kabel serta bilik mandi peribadi dengan alat pengering rambut. Kemudahan membuat teh/kopi dan bar mini juga disediakan.

Lorong Utara C, Section 52, 46200 Petaling Jaya

6. Empire Hotel Subang

Empire Hotel Subang

Empire Hotel menawarkan penginapan bertaraf 4 bintang dengan sebuah TV skrin rata dan WiFi percuma di daerah komersial Subang Jaya. Hotel ini mempunyai sebuah pusat kecergasan, parking peribadi percuma dan sebuah restoran.

Empire Hotel Subang terletak di sebelah Empire Shopping Gallery dan berjarak 5 minit berjalan kaki dari Pusat Beli-belah Subang Parade. Kawasan Komersial Sunway dan Stadium Shah Alam berada dalam jarak 6 km.

Bilik-bilik yang luas di Empire Subang dilengkapi dengan perabot moden dan TV satelit. Kemudahan membuat teh/kopi dan bar mini disediakan untuk kemudahan anda. Setiap bilik mandi peribadi mempunyai kelengkapan mandian dan kemudahan pancuran mandian air panas/sejuk.

Jalan SS 16/1, 47500 Subang Jaya

7. Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie berjarak sejauh 30 minit memandu dari Bandar Kuala Lumpur. Ia menghadap ke 2 padang golf 18 lubang yang bertaraf dunia, di tengah-tengah kehijauan tropika. Hotel ini menawarkan kolam renang bersaiz Olimpik dan 6 pilihan untuk menjamu selera.

Bilik-bilik yang mewah dilengkapi dengan TV satelit dan peti keselamatan peribadi. Kemudahan lain yang disediakan termasuk bar mini dan kemudahan membuat teh/kopi. Perkhidmatan bilik 24 jam disediakan. Tetamu boleh berehat di sauna. Gelanggang tenis, gelanggang skuasy, gimnasium dan pusat perniagaan juga disediakan.

Restoran Kites menawarkan hidangan sepanjang hari, serta menyajikan bufet hidangan Asia dan Barat yang pelbagai. Pilihan tempat makan yang lain termasuk Restoran Jepun Fu-Rin dan Restoran Cina Phoenix.

Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1, 40250 Shah Alam

8. Palace Of The Golden Horses

Palace of the Golden Horses

Palace of the Golden Horses terletak di MINES Wellness City, Kuala Lumpur. Ia menampilkan tempat perlindungan spa dan kesihatan, 5 buah restoran, dan perkhidmatan shuttle percuma ke Pusat Beli-belah Mines di Selangor.

Palace of the Golden Horses terletak 15 minit pemanduan dari Pusat Bandar Kuala Lumpur. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berjarak 35 minit memandu dari hotel ini.

Bilik-bilik di Golden Horses Palace menawarkan balkoni peribadi serta pemandangan tasik, premis hotel, atau bandar. Setiap bilik dilengkapi dengan TV skrin rata, peti keselamatan, dan alat pembuat teh/kopi.

Jalan Kuda Emas, Mines Resort City, Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan

9. Prescott Hotel Kajang

Prescott Hotel Kajang

Prescott Hotel Kajang terletak di Pusat Bandar Kajang. Ia menawarkan parking percuma dan WiFi percuma. Prescott Hotel Kajang adalah 30 minit perjalanan melalui kereta dari Pusat Bandar Kuala Lumpur. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pula adalah 40 minit perjalanan melalui kereta.

Bilik-bilik dilengkapi dengan kemudahan membuat teh dan kopi serta bar mini. Peralatan mandian dan seterika turut disediakan. Anda boleh mengekalkan kecergasan anda di gimnasium atau mengunjungi Kajang Hill Golf Club atau Saujana Impian Golf and Country Club. Perkhidmatan dobi dan cucian kering juga disediakan.

Blenders Café menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan Eropah untuk makan tengah hari dan makan malam.

Wisma Metro Kajang, Jalan Semenyih, 43000 Kajang

10. Premiere Hotel

Premiere Hotel

Premiere Hotel terletak di Perbandaran Bukit Tinggi, dalam jarak 30 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Hotel ini menawarkan sebuah kolam renang luaran, 3 pilihan untuk menjamu selera dan WiFi percuma.

Bilik-bilik di Premiere Hotel dilengkapi dengan sebuah TV berskrin rata 32 inci, peti deposit keselamatan dan alat untuk membuat teh/kopi. Kemudahan menyeterika disediakan atas permintaan.

Kemudahan lain yang disediakan di hotel ini termasuklah perkhidmatan penyewaan kereta dan perkhidmatan hantar-jemput lapangan terbang.

Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang

11. Hotel De Art @ Section 7

Hotel de Art shah alam hotel di selangor

Menawarkan hiasan bergaya dan warna-warna dinding yang terang, Hotel de ART @ Section 7 terletak di Shah Alam. Ia mempunyai restoran dan bilik-bilik dengan TV skrin rata dan WiFi percuma.

Bilik-bilik di Hotel de ART @ Section 7 dilengkapi dengan hiasan dengan tema moden. Setiap bilik yang serba lengkap ini menyediakan alat membuat teh/kopi dan TV skrin rata 32 inci. Pancuran mandian air panas dan peralatan mandian disediakan di bilik mandi en suite.

Untuk kemudahan, hotel ini menyediakan perkhidmatan dobi dan cucian kering. Kakitangan di kaunter penerimaan tetamu yang dibuka 24 jam boleh melayani permintaan tetamu.

3, Jalan Kristal AS7/AS, Seksyen 7,, 40000 Shah Alam

12. Somerset Damansara

Somerset Damansara

Terletak di Petaling Jaya, Somerset Damansara Uptown Petaling Jaya berhampiran dengan KidZania dan The Curve. Semua bilik dilengkapi dengan TV skrin rata dengan saluran kabel. Beberapa unit menyediakan ruang tempat duduk dan/atau ruang makan.

Ia turut menampilkan dapur dengan microwave dan peti sejuk. Parking peribadi turut ditawarkan secara percuma.

No 2A, Jalan Ss 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya

13. The Royale Bintang The Curve

The Royale Bintang The Curve

The Royale Bintang The Curve terletak di Mutiara Damansara dan hotel ini dilengkapi dengan bilik yang elegan, berhawa dingin sepenuhnya dan dilengkapi dengan lantai berkarpet. Setiap bilik menyediakan TV skrin rata, bar mini dan tingkap yang besar dengan pemandangan. Terdapat juga bilik mandi en suite dengan peralatan mandian percuma dan pengering rambut.

Pengunjung boleh menggunakan kemudahan mesyuarat, ruang simpanan bagasi dan perkhidmatan sewa kereta. Hotel ini menempatkan kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan juga menawarkan perkhidmatan ulang-alik serta pemindahan lapangan terbang dengan bayaran tambahan.

Pengunjung juga boleh menikmati sajian tempatan Malaysia dan Barat yang lazat di restoran bufet di lokasi. Untuk kemudahan, pilihan menjamu selera di dalam bilik juga disediakan.

6 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya

____

Inilah senarai 13 hotel di Selangor untuk rujukan anda yang ingin mencari penginapan di Selangor pada masa akan datang. Semoga dengan senarai 13 hotel di Selangor yang Acul kongsikan diatas dapat membantu anda merancang percutian di Selangor kelak.

Nak kongsi kepada Acul pengalaman percutian anda? Hantarkan kepada Acul disini dan Acul akan kongsikan di blog Aculnetwork.

Jangan lupa like page Aculnetwork di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel-artikel menarik seperti ini. Terima kasih.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

2 komen pembaca

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      harap2 dapat membantu mereka yg nak cari hotel 🙂

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik