Travel

Senarai Tempat Pusat Membeli Belah Popular Di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, selain menjadi tarikan sebagai destinasi pelancongan buat masyarakat tempatan dan pelancong dari luar yang ke ibu kota untuk meluangkan masa bersama keluarga dan menjamu selera, Kuala Lumpur juga dikenali sebagai syurga tempat pusat membeli-belah.

Bagi yang kaki shopping, destinasi ibu kota Kuala Lumpur sememangnya ibarat syurga bagi anda. Baik barangan berjenama, barangan borong, barangan cenderahati atau apa sahaja, Kuala Lumpur mempunyai pelbagai tempat shopping menarik yang boleh dikunjungi.

Tak melampau kalau dikatakan, Kuala Lumpur merupakan destinasi membeli belah yang paling lengkap di Malaysia.

13 Tempat Pusat Membeli Belah Popular Di Kuala Lumpur

Di bahagian bawah ini anda boleh tengok satu persatu senarai tempat pusat membeli belah popular di Kuala Lumpur yang anda boleh kunjungi.

Semoga destinasi-destinasi di bawah ini memberi anda idea untuk cuci cuci mata, lepak-lepak dan mencari sesuatu yang berkenan di hati kalau anda bercuti ke Kuala Lumpur kelak.

1. Suria KLCC Mall

Suria KLCC Mall pusat membeli belah di kuala lumpur

Suria KLCC adalah pusat membeli-belah yang sangat popular di kalangan masyarakat tempatan dan pelancong dari luar. Ia terletak di kaki Menara Berkembar Petronas.

Suria KLCC menawarkan banyak lot kedai yang majoritinya menawarkan produk barangan berjenama. Di sini juga terdapat medan selera yang menarik serta pilihan restoran yang sedap-sedap. Dan lebih menarik, ianya hanya bersebelahan dengan KLCC park yang sesuai untuk anda lepak-lepak.

2. Pavilion Kuala Lumpur

Pavilion Kuala Lumpur

Bagi yang inginkan sebuah destinasi membeli belah yang banyak pilihan dan menawarkan pelbagai jenis pilihan produk terutamanya yang branded atau sederhana, apa kata ke shopping mall ini yang terletak di Bukit Bintang.

Pavilion KL mempunyai lebih 400 lot kedai pelbagai kategori dan juga mempunyai medan selera yang agak besar di aras 7 bangunan. Pilihan restoran-restoran di dalam mall ini juga banyak.

3. Berjaya Time Square Mall

Berjaya Time Square Mall

Terletak di Bukit Bintang shopping mall ini juga sangat popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara. Yang menariknya disini ada sebuah hotel yang berkongsi bangunan dengan mall ini.

Di dalam mall juga terdapat sebuah taman tema indoor yang menempatkan beberapa permainan yang sangat menarik untuk anak-anak seperti roller coaster. Boleh bawa anak-anak anda disini untuk bermain sambil membeli-belah.

4. Mid Valley Megamall

Mid Valley Megamall

Mid Valley Megamall menempatkan ratusan lot kedai dengan pelbagai pilihan barangan berjenama dalam dan luar negara. Shopping mall ini memang sangat besar dan sentiasa tidak lekang dengan kunjungan orang ramai terutamanya di hujung minggu.

Kalau anda kesini, apa kata anda cuba ke tingkat atas sekali untuk ke food court. Banyak pilihan makanan disini yang anda boleh cuba. Kalau penat membeli belah boleh juga anda meluangkan masa bermain bowling atau menonton wayang.

5. NU Sentral

NU Sentral kuala lumpur

NU Central antara pusat membeli belah yang baru sahaja dibuka pada orang ramai. Pasaraya ini terletak di bawah satu bumbung dengan Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) dan menawarkan banyak lot kedai yang menjual barangan yang berjenama popular atau yang sederhana.

Pasaraya ini dimiliki sepenuhnya oleh Pelaburan Hartanah Berhad & Nu Central juga adalah sebahagian daripada pelaburan yang nilainya mencecah sehingga RM 1.4 billon.

6. KL Sogo

KL Sogo kuala lumpur pusat membeli belah popular di kuala lumpur

Setiap kali hujung tahun, memang banyak jualan murah yang ditawarkan di KL Sogo terutamanya produk barangan dan aksesori wanita seperti kasut, handbag, minyak wangi dan sebagainya.

Harga-harganya pula sangat mampu milik dan sesuai untuk anda yang kaki shopping untuk menghabiskan masa di sini pada hujung tahun. Pasaraya ini sentiasa penuh pada hujung minggu.

7. The Garden

The Garden kuala lumpur

Pasaraya ini bersambungan dengan Mid Valley Megamall dan di sini terdapat lebih 200 shop lot. Kebanyakannya ada menjual barangan dan produk kategori high end dari luar negara seperti Burberry, Louis Vitton, Celvin Klein dan sebagainya.

The Garden mungkin sesuai kalau dikatakan sebagai tempat shopping untuk orang berada yang nak memcari barangan berjenama dan esklusif.

8. Sungei Wang & BB Plaza

Sungei Wang & BB Plaza

Menempatkan lot kedai yang kebanyakkanya boleh dikatakan harga-harganya lebih mampu milik sekiranya nak dibandingkan dengan pilihan yang ada di mall lain di sekitarnya seperti di Lot 10.

Tempat membeli belah ini juga agak besar dan boleh membuatkan orang yang pertama kali di sini sesat untuk mencari pintu keluar. Nak cari barangan kamera dengan harga mampu milik? Lokasi ini memang sesuai untuk anda yang minat dengan fotografi.

9. Starhill Gallery

Starhill Gallery

Kalau anda berada di dalam mall ini, pasti anda terasa seperti di dalam sebuah hotel yang mewah kerana hiasan dalamannya yang sangat eksklusif. Suasana di sekelilingnya juga lebih senyap dan tidak terlalu ramai dengan orang seperti di kebanyakan shopping mall yang lain di Kuala Lumpur.

10. Sephora

Sephora shopping mall di kuala lumpur

Hanya bersebelahan dengan Starhill Gallery dan Sephora merupakan destinasi yang sangat ideal bagi mereka yang gemarkan fesyen-fesyen terkini kerana kedai-kedai di sini menawarkan barangan dan aksesori untuk wanita yang terkini.

Antara yang dijual disini adalah gincu, minyak wangi dan pelbagai alatan bersolek lain yang berjenama dari luar negara terutamanya yang diimport dari Perancis, UK, Itali dan sebagainya.

11. Lot 10 Shopping Mall

Lot 10 Shopping Mall

Terletak di Bukit Bintang dan merupakan tempat membeli belah barangan luar negara berjenama yang lebih popular. Shopping mall yang menempakan lebih 100 lot kedai yang menjual barangan dan fesyen kelas pertengahan dan high end.

12. Plaza Low Yat

Plaza Low Yat

Sebuah kompleks bangunan yang popular di Kuala Lumpur dikalangan pelajar dan peminat gajet. Disini banyak menawarkan gajet-gajet elektronik sama ada aksesori komputer, kamera, smart phone dan sebagainya. Bagi yang nak cari pusat perkhidmatan laptop dan telefon pintar boleh datang kesini.

13. Central Market

Central Market

Ada dikalangan kita yang lebih mengenali destinasi ini sebagai Pasar Seni atau mungkin CM sahaja. Central Market menjadi tumpuan pelancong kerana di sinilah tempat yang sangat ideal untuk dilawati sekiranya anda seorang penggemar barangan kraftangan dan seni tempatan.

Selain membeli hasil karya yang ada di sini pengunjung juga boleh cuci-cuci mata dengan produk unik yang ada di sini.

____

Selain dari tempat pusat membeli belah di Kuala Lumpur seperti yang diatas ni, sebenarnya banyak lagi tempat shopping yang ada Kuala Lumpur. Namun 13 di atas ini antara pusat membeli belah yang popular di kalangan masyarakat tempatan dan pelancong luar.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda merancang percutian di Kuala Lumpur pada masa akan datang.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik