Travel

Hotel Review: Pullman Putrajaya Lakeside

Hotel Pullman Putrajaya Lakeside satu lagi lambang megah Putrajaya. Hotel bertaraf 5 bintang ini sememangnya menjadi tarikan utama pengunjung yang datang ke Putrajaya sama ada dari rakyat Malaysia sendiri ataupun pelancong dari luar negara.

Dengan keluasan lebih empat ekar terletak di tepi Tasik Putrajaya serta lokasinya yang ideal dan mudah untuk diakses menjadikan ia tarikan utama. Hanya 25km dari Kuala Lumpur dan KLIA anda boleh memandu sendiri atau menggunakan khidmat teksi dan ERL.

Pullman Putrajaya Lakeside merupakan sebuah hotel yang tersergam indah di Putrajaya. Dengan konsepnya yang agak berbeza berbanding hotel-hotel di Putrajaya mahupun di Kuala Lumpur.

Empat Konsep Berbeza Di Pullman Putrajaya Lakeside

Struktur banggunan itu sendiri sangat unik, mempunyai 281 buah bilik, suite dan apartment dengan empat konsep berbeza yang melambangkan keunikan masyarakat berbilang kaum di Malaysia iaitu Jasmin Wing mewakili kekayaan budaya India.

Pullman Putrajaya Lakeside

Lotus Wing pula diilhamkan oleh seni bina China, sebuah taman mini Chinese Garden lengkap dengan jambatan merah kecil dan kolam ikan. Manakala Rafflesia Wing pula diinspirasikan oleh kaum Dayak atau Borneo.

Pullman-Putrajaya-Lakeside-Room

Sama seperti rumah panjang asli, Rafflesia Wing teletak berhampiran dengan Tasik Putrajaya. Dan akhir sekali ialah Bunga Tanjung, menggunakan elemen Melayu Tradisional seperti ukiran kayu dan tiang -tiang yang tinggi serta bumbung minang kabau.

Pullman-Putrajaya-Lakeside-Lobby

Kepelbagaian jenis bilik dan konsep yang ada di Pullman Putrajaya Lakeside memberi pengunjung pilihan untuk menginap mengikut keselesaan masing-masing. Setiap bilik dihiasi dengan ciri-ciri yang unik serta mempunyai ruang yang sangat luas dan selesa.

Kualiti perkhidmatan dan layanan mesra oleh kaki tangan Pullman Putrajaya Lakeside pasti akan membuatkan tetamu berasa senang.

Kepelbagaian Hidangan Di Pullman Putrajaya Lakeside

Pullman-Putrajaya-Lakeside-Dining Pullman-Putrajaya-Lakeside-Bar

Tidak lengkap sesebuah hotel tanpa restoran, di Pullman Putrajaya Lakeside anda mempunyai pilihan untuk menjamu selera di restoran- restoran yang ada seperti Restoren B’ – Hidangan sepanjang hari yang menyajikan hidangan buffet Asia dan Barat serta Pizza yang dibakar meggunakan oven kayu api.

The Village Alfresco Dining Restaurant yang dihiasi dengan bumbung atas tradisional dan menyajikan hidangan Mediterranean dan Asia moden kontemporari pastinya akan menggamit selera anda.

Di The China Bar & Lounge pula anda boleh menikmati snek dan minuman koktel dan mocktails sambil bersantai manakala di The Deli @ Pullman pula anda boleh mencuba pelbagai pilihan pastry yang segar dari oven.

Pullman Putrajaya Lakeside
No.2, Jalan P5/5, Presint 5
62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Tel. +60 (3) 8890 0000
Email: info@pullmanputrajaya.com
Facebook: Pullman Putrajaya Lakeside
Instagram: Pullman Putrajaya
Website: www.pullmanputrajaya.com

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

3 komen pembaca

  1. That is very attention-grabbing, You are an excessively professional
    blogger. I have joined your feed and sit up for in quest of more of your great post.
    Also, I have shared your web site in my social networks356369
    356369 Entri terkini…356369My Profile

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik