Travel

10 Lokasi Untuk Anime Lovers Wajib Pergi Di Jepun

Negara Jepun memang sinonim dengan kartun anime dimana setiap anime yang dihasilkan dan ditayangkan dipertonton diseluruh dunia oleh pelbagai peringkat umur. Bukan sahaja kanak-kanak yang menonton anime, malahan yang dah berumur pun juga menonton anime. Termasuklah Acul sendiri yang memang memang tak miss tengok anime ni.

Rata-rata kini membesar dengan kartun-kartun anime dari Jepun ini seperti anime Doraemon, Dragon Ball, Naruto, Sin Chan dan banyak lagi. Kalau kat TV pun banyak rancangan kartun anime yang dipertayangkan terutamanya pada hari cuti Sabtu dan Ahad.

10 Lokasi Untuk Anime Lovers

Bagi anda yang kaki anime atau anime lovers, jika anda ke negara Jepun jangan lupa singgah di 10 lokasi dibawah. 10 lokasi anime lovers dibawah ini adalah antara yang popular di Jepun dan sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam negara dan luar negara.

Memang tak sah jika tak melawat lokasi anime lovers ni kalau anda seorang peminat anime Doraemon, Dragon, Naruto dan sebagainya. Inilah dia, syurga buat semua penggemar anime!

1. J World, Tokyo

j world tokyo lokasi anime lovers di jepun

Sebuah taman tema khusus didedikasikan untuk majalah anime paling terkenal, Shounen Jump! Iaitu J World. Taman tema ini ini menyimpan banyak koleksi berjudul Shonen Jump dari Dragon Ball, Naruto, hinggalah Kurobas dan Hunter X Hunter.

Ianya terletak di lantai 3 dari gedung Sunshine City World Import Mart di Ikebukuro dan dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

2. Toyosato Elementary School

Toyosato Elementary School k-on lokasi anime lovers di jepun

Toyosato Elementary School bukan sebarang sekolah ya! Sekolah ini digunakan sebagai asas dari SMU Sakuragaoka, tempat dimana karakter K-On bersekolah.

Gedung sekolah ini telah menjadi tempat perlancongan terkenal sejak animenya ditayangkan sejak tahun 2006 lalu dan sering digunakan untuk merayakan acara ulang tahun karakter K-On.

3. Fujiko F. Fujio Museum, Kawasaki

Fujiko F. Fujio Museum

Doraemon ada di sini! Fujiko F. Fujio Museum yang terletak di Kawasaki ini mengabadikan karya-karya terkenal Fujio F. Fujiko seperti Doraemon, Perman, Kiteretsu, dan lain-lain. Anda pasti dapat mengimbau semula nostalgia melihat dan bergambar dengan watak-watak kegemaran waktu kecil anda.

Tiket masuk ke Fujiko F. Fujio Museum boleh didapati melalui Loppo di Lawson convenience store.

4. Chibli Museum, Mitaka

Chibli Museum Mitaka lokasi anime lovers

Chibli Museum yang terletak di Mitaka ini sememangnya menjadi tumpuan pelancong dan anime lovers. Anda perlu beratur panjang untuk memasukinya. Ini kerana ia merupakan salah satu muzium yang paling susah untuk dilawati kerana had pengunjung yang dibenarkan masuk adalah limited!

Anda pasti terpesona dengan seni bina dan pameran Studio Ghibli yang terkenal dengan My Neighbor Totoro, Princess Mononoke, Spirited Away dan lain-lain.

5. Sanrio Puroland

Sanrio Puroland Hello Kitty anime lovers

Taman tema indoor Sanrio Puroland menawarkan peluang kepada anda untuk berjumpa dengan watak-watak dari Sanrio, seperti Hello Kitty. Taman tema ini terletak di Tokyo, Jepun.

Bagi peminat Hello Kitty anda boleh la datang kesini.

6. Pokemon Center Mega Tokyo, Ikebukuro

Pokemon Center Mega Tokyo

Buat di penggila kartun animasi Pokemon dan rakan-rakannya, Pokemon Center Mega Tokyo adalah tempat yang wajib anda perlu lawati. Di sini terdapat banyak mainan serta merchandise Pokemon seperti Plushie, alat tulis, snek dan lain-lain.

Anda juga boleh dapatkan cenderahati semua generasi pokemon kegemaran anda disini. Memang banyak pilihan sampai rambang mata dibuatnya.

7. Shinjiku

Shinjiku

Shinjuku adalah merupakan antara 23 bandar utama di Tokyo. Shinjuku terkenal sebagai pusat beli-belah, hiburan dan perniagaan. Stesen keretapi Shinjuku merupakan stesen keretapi yang paling sibuk di dunia.

Antara tarikkan utama di Shinjuku adalah Metropolitan Government Office, Kabukicho Red Light District, Shin-Okubo Korean Town, dan pelbagai pasaraya besar seperti Isetan, Takashimaya, Odakyu Department Store, Keio Department Store dan Big Camera.

8. Detective Conan Town, Hokuei, Tottori

Detective Conan Town

Bandar kecil Detective Conan Town ini merupakan tempat kelahiran pelukis komik manga terkenal Detective Conan iaitu Gosho Aoyama .Anda boleh dapati banyak tugu Conan, Shinichi, Ran, Pakcik Mouri dan lain-lain watak di sekitar bandar ini untuk anda bergambar.

Jangan lepaskan peluang untuk datang ke bandar kecil ini jika anda peminat tegar Detective Conan.

9. Odaiba, Tokyo

Odaiba gundam

Odaiba adalah pulau buatan manusia yang terletak di Tokyo Bay. Odaiba bermaksud kubu dan telah dibina pada zaman dahulu dengan tujuan untuk mempertahankan Tokyo daripada serangan musuh.

Studio Fuji TV membawakan banyak anime dengan mewujukan replika-replika dari anime Gundam seoerti RX-78-2 di Odaiba sebagai pusat pelancongan. Untuk peminat gundam inilah lokasi yang memang wajib anda kunjungi! Disini anda boleh lihat robot gundam yang besar. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar disini.

10. Akihabara

Akihabara

Peminat dan penggila karakter anime atau lebih dikenali dengan gelaran Otaku di Jepun, pasti tidak asing lagi dengan Akihabara. Terdapat banyak kedai figura dan merchandise di sini seperti Kotobukiya, Mandarake, Animate, dan Akiba Culture Zone.

Anda juga boleh merasai pengalaman Maid Cafe di Akihabara. Jangan terkejut jika anda dilayan seperti tuan disini dengan panggilan “Master” hehehe…

___

Jadi itulah 10 lokasi yang wajib anda pergi di Jepun sekiranya anda seorang anime lovers. Kalau nak diikutkan ada lagi tempat-tempat menarik yang berkaitan dengan anime popular di Jepun yang boleh anda kunjungi tetapi cukuplah dengan 10 lokasi ini.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik