Travel

5 Lokasi Air Terjun Yang Menarik Di Malaysia

Negara Malaysia mempunyai banyak lokasi air terjun yang cantik dan menarik. Lokasi air terjun ini sentiasa penuh dengan pengunjung terutamanya pada hari minggu dan cuti sekolah walaupun kadangkala lokasi air terjun ini agak sukar untuk sampai.

Walaupun kadangkala sukar untuk ke lokasi ini, lokasi air terjun seringkali menjadi tumpuan pengunjung kerana airnya yang segar dan nyaman serta pengunjung juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi sambil berenang.

5 Lokasi Air Terjun Wajib Korang Terokai

Disini Acul ada senaraikan 5 lokasi air terjun yang menarik di Malaysia yang boleh korang kunjungi pada hari minggu. Jadi tidak salah sekiranya anda membawa keluarga korang berkelah di air terjun sambil menikmati keindahan alam.

1. Air Terjun Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru Selangor

Siapa kata kawasan bandar seperti Selangor tiada kawasan air terjun yang indah dan menarik? Sungai Chiling adalah antara air terjun yang menarik di Malaysia dan juga antara air terjun yang popular di Selangor. Ia terkenal dengan kecantikan dan keindahannya.

Namun, ia tidak begitu sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil atau bayi. Ini kerana korang perlu merentasi sungai sebanyak lima kali sebelum sampai ke destinasi. Ia mungkin sesuai bagi sepasang suami isteri yang sukakan aktivti mencabar. Selain dari berkelah, korang juga boleh memberi ikan makan di santuari ikan dan juga terdapat aktiviti jungle trekking.

Satu pantang larang di sini ialah korang tidak boleh lakukan aktiviti BBQ untuk menjaga alam semulajadi disini.

2. Air Terjun Ulu Geruntum, Gopeng Perak

Bagi korang yang sukakan aktiviti sukan lasak, korang boleh berkunjung di Ulu Geruntum ini. Terdapat beberapa air terjun di mana ada kawasan rendah yang senang untuk diakses dan kawasan tinggi di mana korang perlu merentasi sungai dan mendaki sedikit untuk sampai ke destinasi.

Di sini juga terdapat aktiviti ekstrem seperti waterfall abseiling yang boleh korang cuba.

3. Air Terjun Lata Kinjang, Tapah Perak

Air terjun Lata Kinjang ini boleh dilihat dari Lebuhraya Utara Selatan dan turut menyumbang kepada kepopularanya. Untuk sampai ke kawasan air terjun, korang perlu melalui sebatang jambatan gantung. Ia merupakan air terjun tertinggi di Malaysia.

Air terjun ini juga terkenal dengan mitos Sang Kelembai. Kononnya, bekas tapak kaki, lesong menumbuk padi dan tapak semaian sayur sang kelembai yang telah disumpah masih boleh dilihat disini.

4. Air Terjun Giam Klimau, Miri Sarawak

Terletak tidak jauh dari Gua Niah, korang perlu melalui beberapa pos keselamatan kerana ia adalah kawasan persendirian. Sebaik tiba di lokasi air terjun, korang akan dapat melihat keunikan air terjun itu yang jatuh ke batu dan tidak membentuk takungan.

Tidak jauh dari air terjun itu barulah korang boleh berenang. Dalam bahasa Bidayuh, ‘giam’ bermaksud air terjun.

5. Air Terjun Sungai Kanching, Rawang Selangor

Hutan Lipur Kanching terletak berdekatan dengan Taman Rimba Templer yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur. Tempat ini terkenal dengan pelancong asing seperti pelancong Arab dan Eropah. Korang juga boleh menaiki pengangkutan awan dengan bas ke air terjun itu.

Lebih menarik lagi, tempat ini terdapat tujuh buah air terjun dan amat popular dengan keluarga yang ingin berkelah dan bersantai di hujung minggu. Cuma ambil masa dalam 10 minit sahaja untuk sampai ke air terjun namun anda perlu berhati-hati kerana terdapat banyak monyet liar yang mungkin datang mengambil makanan yang korang bawa.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

1 komen pembaca

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik