Travel

Senarai Hotel Di Perak Yang Menjadi Tumpuan

Senarai hotel di Perak ini adalah untuk rujukan pengunjung yang ke negeri Perak sama ada untuk bercuti ataupun atas urusan bekerja. Selain daripada tempat-tempat menarik untuk dilawati, makan dan membeli belah, di negeri Perak terdapat banyak pilihan hotel yang boleh dipilih.

Senarai Hotel Di Perak Tumpuan Pengunjung

Terdapat banyak pilihan dan harga adalah berbeza-beza mengikut taraf hotel, lokasi, kemudahan dan tawaran semasa yang diberikan. Bagi memudahkan pencarian anda disini kami senarai beberapa senarai hotel di Perak yang boleh menjadi rujukan anda.

Berikut adalah senarai hotel di Perak yang sering menjadi tumpuan pengunjung.

1. The Haven Resort Hotel Ipoh

The Haven Resort Hotel Ipoh hotel di perak

The Haven Resort Hotel Ipoh Menawarkan restoran dan kolam mandi yang besar dengan dilengkapi semua suite luas dihiasi mewah. Resort Haven All Suites Ipoh juga menyediakan kemudahan dapur, wifi percuma, TV skrin rata 42 inci, penghawa dingin, sofa, ruang duduk dan balkoni peribadi.

Restoran di hotel ini menyediakan bufet sajian tempatan dan makanan barat. Kemudahan lain seperti simpanan bagasi dan taman permainan kanak-kanak dan trek jogging juga disediakan disini untuk pengunjung.

Lot 41396, Persiaran Perpaduan, The Haven Lakeside Residences, 31150 Ipoh

2. The Banjaran Hotsprings Retreat

The Banjaran Hotsprings Retreat hotel di perak

The Banjaran terletak berlatar belakangkan bukit-bukit batu kapur, serta menyediakan tempat percutian kesihatan yang tenang dengan mata air panas geoterma serta kolam renang yang dipanaskan secara semulajadi. Gua mandian wap serta mandian ais juga disediakan.

Vila-vila yang luas di Banjaran Resort dilengkapi dengan kolam renang peribadi dan tab mandi panas luaran. Ruang tamu yang luas dilengkapi dengan TV LCD 40 inci dan WiFi percuma. Perkhidmatan butler juga boleh didapati disini.

Terapi Ayurveda dan perubatan tradisional Melayu disediakan di spa yang mesra alam. Ia juga mempunyai spa ikan untuk kaki dan pusat kecergasan yang serba lengkap.

No. 1, Persiaran Lagun Sunway 3, 31150 Ipoh

3. Heritage Hotel Ipoh

Heritage Hotel Ipoh

Heritage Hotel Ipoh menawarkan bilik-bilik dengan TV kabel dan perkhidmatan bilik 24 jam. Ia mempunyai kelab kesihatan dan 3 pilihan tempat makan. Setiap bilik berhawa dingin di Heritage Hotel mempunyai bilik mandi peribadi dengan kemudahan tempat mandi dan pancuran mandian. Selain TV dengan saluran kabel, kemudahan membuat teh/kopi dan bar mini juga disediakan.

Restoran Singgah @ H menyajikan hidangan tempatan dan Barat, sementara Polo Cafe menawarkan makanan tempatan dan antarabangsa. Garden Lounge mempunyai pelbagai minuman dan makanan ringan, yang diiringi dengan muzik piano secara langsung.

Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh

4. M Boutique Hotel

M Boutique Hotel

M Boutique Hotel mempunyai bilik-bilik moden yang berhawa dingin dengan Wifi percuma serta dinding bata terdedah dan karya seni. Terletak di Ipoh, hotel butik ini mempunyai restoran dan pusat kecergasan sendiri.

Semua bilik dilengkapi dengan TV satelit skrin rata, peti keselamatan, cerek elektrik dan bar mini. Bilik mandi peribadi mempunyai pancuran mandi, pengering rambut, jubah mandi dan peralatan mandian percuma. M Boutique Hotel mempunyai kedai yang menjual barang-barang gaya hidup. Simpanan bagasi disediakan di kaunter penyambut tetamu 24 jam di hotel ini.

No. 2, Hala Datuk 5, 31650 Ipoh

5. Pangkor Laut Resort

Pangkor Laut Resort hotel di perak

Terletak di Pulau Pangkor, Pangkor Laut Resort menawarkan penginapan di tepi laut atau dikelilingi oleh taman-taman tropika. Resort ini mempunyai 2 kolam renang luaran dan spa yang pernah memenangi anugerah. Setiap vila yang berhawa dingin di Pangkor Laut Resort mempunyai balkoni peribadi, bar mini dan bilik mandi peribadi.

Para pengunjung boleh membuat senaman di bilik kecergasan. Gelanggang skuasy dan tenis juga disediakan. Pilihan membeli-belah termasuk Kazbah Gift Shop dan Spa Boutique. Hidangan Asia disajikan di Uncle Lim’s Kitchen, yang menghadap ke laut. Fisherman’s Cove Restaurant menawarkan makanan laut yang segar serta masakan barat, Cina dan Itali.

32200, Lumut, Perak, Malaysia, 32200 Pangkor

6. Belum Rainforest Resort

Belum Rainforest Resort

Belum Rainforest Resort terletak di dalam Hutan Tropika Belum-Temengor yang damai di Pulau Banding, Gerik, Perak. Ia menawarkan bilik-bilik dengan Wi-Fi percuma dan pemandangan taman atau tasik berdekatannya. Kayak dan kano disediakan untuk menjelajahi pulau dan persekitarannya. Makanan dan minuman ada dihidangkan di restoran di resort.

Tetamu boleh melawat Kampung Orang Asli di Kejar Hilir dan air terjun Ruok dengan bot. Pulau Banding adalah 5 jam memandu dari Kuala Lumpur. Bandar-bandar terdekat adalah Gerik di Perak dan Jeli di Kelantan.

Pulau Banding, 33200 Gerik

7. Tune Hotel – Taiping

Tune Hotel taiping hotel di perak

Tune Hotel Taiping terletak bertentangan dengan Taiping Sentral Mall yang terkenal, yang menawarkan pilihan untuk membeli-belah, menjamu selera dan hiburan.

Bilik-bilik di sini dilengkapi dengan penghawa dingin, TV skrin rata, peti keselamatan bersaiz komputer riba, meja kerja, bilik mandi en suite menawarkan pancuran mandian bertekanan tinggi, bidet semburan, pengering rambut dan wifi percuma. Hotel ini terletak bersebelahan dengan TESCO Taiping dan berjarak 3 km dari Zoo Taiping dan Night Safari.

No. 67, Taiping Centre Point, Susur Larut, 34000 Taiping

8. Ibis Styles Ipoh

Ibis Styles Ipoh

Ibis Styles Ipoh terletak berhampiran dengan pilihan membeli-belah dan hiburan dan berhampiran dengan Ipoh Parade. Tetamu boleh menjamu selera di Streats Café, yang menyajikan makanan istimewa antarabangsa. Untuk minuman yang menyegarkan, mereka juga boleh ke MU Bar, yang terletak di atas bumbung hotel.

Kakitangan di kaunter penerimaan tetamu 24 jam boleh membantu dengan perkhidmatan simpanan bagasi, dobi, cucian kering dan perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang. Kemudahan mesyuarat juga disediakan, berserta dengan tempat letak kenderaan persendirian percuma.

No 18, Jalan Chung Onn Siew, 30250 Ipoh

9. Manhattan Hotel

Manhattan Hotel Ipoh

Manhattan Hotel Ipoh berjarak 5 minit berjalan kaki dari AEON MALL Ipoh Station 18 dan menyediakan bilik-bilik moden berhawa dingin dengan WiFi percuma di seluruh kawasan penginapan.

Setiap bilik dilengkapi dengan TV dan penghawa dingin. Tempat penginapan ini menyediakan kaunter penyambut tetamu 24 jam. Anda boleh bersenam di pusat kecergasan dan bersantai di lounge lobi. Pilihan tempat makan dan minum termasuk kedai kopi dan New Yorker Café.

Pusat Perniagaan Pengkalan Putra (Manhattan Business Center) Jalan Pasir Puteh, 31650 Ipoh

10. Legend Inn Hotel

Legend Inn Hotel hotel di perak

Legend Inn Hotel terletak di Taiping, Perak. Hotel ini mempunyai sebuah restoran bufet dan akses Wifi percuma. Bilik-bilik di sini dihias menarik dan dilengkapi dengan lantai berkarpet. Kemudahan membuat teh/kopi, bar mini dan TV skrin rata disediakan di dalam semua bilik.

Tetamu yang menginap di Legend Inn Hotel boleh menggunakan kemudahan bankuet, pusat perniagaan dan perkhidmatan sewaan kereta. Perkhidmatan dobi/menyeterika ditawarkan kepada tetamu dengan bayaran tambahan. Tempat penginapan ini juga menempatkan kaunter penerimaan tetamu 24 jam dengan simpanan bagasi.

No 2, Jalan Long Jaafar, 34000 Taiping

____

Inilah senarai 10 hotel di Perak untuk rujukan anda yang ingin mencari penginapan di Perak pada masa akan datang. Semoga dengan senarai 10 hotel di Perak yang kami tulis diatas dapat membantu anda merancang percutian di negeri Perak kelak.

Nak kongsi kepada Acul pengalaman percutian anda? Hantarkan kepada Acul disini dan Acul akan kongsikan di blog Aculnetwork.

Jangan lupa like page Aculnetwork di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel-artikel menarik seperti ini. Terima kasih.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik