Teknologi

WiseStamp Biar Email Nampak Professional

Penggunaan Email dalam komunikasi dan berinteraksi telah digunakan sejak dari dahulu hinggalah sekarang walau wujudnya pelbagai aplikasi lain yang lebih cepat dalam perhubungan seperti Yahoo Messenger, Instants Messanging, WhatsApp, WeChat dan banyak lagi namun penggunaan Email masih lagi berterusan hingga sekarang.

Penggunaan Email amat penting dalam perhubungan lebih-lebih lagi dikalangan professional yang menggunakan Email sebagai perantaran penghantaran data atau berhubung diantara satu sama lain. Kebanyakkan syarikat juga lebih selesa menggunakan Email sebagai perantaran kerana boleh meletakkan fail yang bersais besar dengan pelbagai format dan macam-macam lagi.

Walaupun seringkali digunakan namun tidak ramai yang ingin menjadikan Email ketahap yang lebih professional lebih-lebih lagi pengguna Email tersebut dikalangan pengguna professional dan Blogger. Tidak ramai yang tahu fungsi WiseStamp Extension pada pelayar Google Chrome mampu menjadikan Email anda menjadi lebih professional.

WiseStamp Extension

wisestamp email signature

WiseStamp merupakan antara extension atau tools yang digunakan oleh ramai pengguna Email untuk menjadikan Email mereka lebih professional kerana WiseStamp Extension ini membenarkan pengguna meletakkan maklumat mengenai pengguna secara automatik untuk sebarang pembuatan Email baru ataupun membalas Email dari pengguna lain.

Dengan menggunakan WiseStamp ini pengguna boleh meletakkan signature supaya penerima dapat mengetahui maklumat pengirim dengan lebih jelas. Pengirim juga boleh meletakkan pelbagai maklumat diri seperti nama syarikat, jawatan, nombor telefon, social media dan macam-macam lagi jadi ia memudahkan penerima untuk menghubungi pengirim pada masa akan datang.

Mungkin ada diantara anda yang menulis maklumat diri (signature) sendiri pada Email sebelum dihantar kepada penerima dan kalau anda nak tahu, ia sebenarnya membazir masa kerana dengan WiseStamp anda dapat jimatkan masa menulis maklumat diri ini. Apa yang menariknya, ianya percuma untuk digunakan dan banyak fungsi yang disediakan boleh anda gunakan.

Tapi kalau anda nak penggunakan fungsi-fungsi tambahan dan design yang lagi cantik anda boleh beli extension ini untuk penggunaan yang lebih menyeluruh dengan harga $6.0 sebulan yang bersamaan RM25.74 sebulan.

Install WiseStamp Pada Email

wisestamp google chrome extension

Untuk install WiseStamp ini adalah mudah sahaja. anda hanya perlu ke halaman Extension Google Chrome dan cari WiseStamp pada ruangan carian.

Setelah hasil carian telah dipaparkan cari extension WiseStamp Email Signature for GMail dan KLIK pada extension tersebut atau anda boleh terus KLIK pada button ADD TO CHROME untuk proses pemasangan pada pelayar web anda.

wisestamp setting

Setelah pemasangan berjaya, anda boleh lihat di bahagian kanan atas pada pelayar web Google Chrome dimana disitu ada icon WiseStamp dan anda boleh KLIK pada icon tersebut untuk lihat setting.

Seterusnya anda perlu mendaftar akaun untuk menggunakan extension ini. Anda boleh daftar akaun dengan akaun Facebook atau Gmail anda. Acul sarankan anda gunakan alamat email yang biasa anda gunakan untuk memudahkan urusan pada masa akan datang.

wisestamp account details

Selesai sahaja pendaftaran akaun, anda akan dipaparkan dengan ruangan pengisian maklumat diri. Isi maklumat yang mana anda ingin isikan sahaja.

edit signature wisestamp

Untuk ruangan ini anda perlu memilih template untuk signature Email anda. Anda boleh pilih mana-mana design template yang diberikan secara percuma. Anda membuang logo/watermark WiseStamp anda perlu beli extension premium dan sekiranya ada beli pakej premium anda boleh menggunakan pelbagai fungsi lain yang lebih menarik dan design template yang lebih cantik.

________

Nampak lebih professional dengan menggunakan WiseStamp ni betul tak? Apa yang paling penting ianya memudahkan kerja anda setiap kali menghantar email baru atau membalas email kerana anda tidak perlu tambahan kerja untuk mengisi maklumat diri untuk dipaparkan kepada penerima. Selamat mencuba 🙂

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

3 komen pembaca

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      sama2 bro 🙂

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik