Teknologi

Lindungi Blog Dari Digodam Oleh Hacker Dengan WordFence

Blog digodam oleh Hacker dan bagaimana nak lindungi blog dari digodam? Masalah ini mungkin menjadi tanda tanya kepada ramai pemilik blog lebih-lebih lagi kepada Blogger yang memang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan mereka.

Blog merupakan harta maya kepada pemilik blog atau Blogger yang kebanyakkan Blogger kini menjana pendapatan daripada Blog sama ada dari iklan, advertorial, menjual barang atau perkhidmatan dan sebagainya. Jadi kalau blog digodam pasti menjadi satu masalah besar buat Blogger. Kadang-kadang ada yang menangis bila perkara ni terjadi.

Lindungi Blog Dari Digodam Dengan WordFence

Lindungi Blog Dari Digodam Oleh Hacker Dengan WordFence

Berita baik buat pengguna WordPress kini anda boleh menggunakan plugin WordFence secara percuma dimana plugin WordFence ini berfungsi melindungi blog anda dari digodam oleh penggodam dan malware yang berbahaya.

Jadi lepas ni anda dah tak perlu pening-pening lagi memikirkan bagaimana nak tingkatkan keselamatan blog anda dari digodam dengan adanya bantuan dari WordFence ni yang boleh membantu menjaga blog anda dari digodam oleh penggodam yang tak bertanggungjawab.

Lindungi Blog Dari Digodam Oleh Hacker

WordFence akan melindungi blog anda dengan bantuan Firewall untuk menangkis ip address yang mencurigakan dan malware yang berbahaya serta memberikan maklumat dan laporan kepada anda mengenai aktiviti yang mencurigakan pada blog anda. Jadi anda boleh pantau aktiviti ini dari blog anda.

Cuba tengok gambar diatas, gambar tu adalah laporan dari blog Acul dimana situ ada tunjukkan jumlah ip address yang disekat oleh WordFence. Biasanya tu adalah datang dari robot yang dicipta oleh penggodam untuk menembusi keselamatan blog anda. Jadi dengan adanya WordFence ini, ia boleh melindungi blog dari ditembus.

Oh ya… Sedikit tips dari Acul, bagi anda yang pengguna WordPress cuba ELAK dari menggunakan username seperti admin atau nama yang sama dengan alamat domain blog anda sebab ia mudah ditembus oleh penggodam. Gunakan username yang susah penggodam nak jangka. Mengenai password pula sila gunakan yang ada kombinasi huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol untuk tingkatkan tahap keselamatan.

Jika anda inginkan tahap keselamatan yang lebih tinggi anda boleh beli plugin WordFence ini untuk penggunaan yang lebih banyak fungsinya dengan bayaran $8.25 sebulan iaitu bersamaan RM35.61 sebulan.

wordfence download count

WordFence yang dicipta oleh team Mark Maunder mendapat reaksi yang positif dari kalangan pengguna WordPress dan diantara penggunanya adalah Acul sendiri. Plugin WordFence ini telah dimuat turun sebanyak 38 juta kali dan mempunyai lebih 4,000 pengguna berbayar.

WordFence juga ada menawarkan perkhidmatan memulihkan laman web yang menggunakan platform WordPress dan Joomla yang digodam serta membersihkan jangkitan malware dengan harga $149. Jadi jika laman web anda digodam anda boleh dapatkan bantuan dari WordFence ni.

___

Jika anda belum lagi install plugin WordFence ni cepat-cepatlah install dan lindungi blog anda dari digodam. Jangan tunggu-tunggu sebab kita tak jangka bila blog kita akan digodam. Jangan dah kene godam kang baru la terkial-kial nak cari bantuan untuk pulihkan kembali blog. Lagi parah kalau segala data dalam blog dipadam. Memang menangis tepi bucu katil la nanti hehe…

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

6 komen pembaca

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      hehe terbaik 🙂

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik