Teknologi

Cara Daftar Syarikat Di SSM Daftar Perniagaan Anda Sendiri

Untuk artikel kali ni Acul nak kongsikan cara daftar syarikat di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) bagi anda yang berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri. Jadi lepas ni anda boleh daftar syarikat anda sendiri tanpa perlu bantuan pihak ketiga.

Di zaman teknologi yang semakin maju ni ramai diantara kita yang berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri. Sebagai seorang Blogger yang professional juga Acul perlu daftarkan blog Acul sebagai sebuah perniagaan kerana banyak kelebihan yang boleh Acul dapat jika Acul daftar peniagaan dengan SSM.

Apa Yang Anda Sediakan Untuk Daftar Syarikat Di SSM?

Cara Daftar Syarikat Di SSM Daftar Perniagaan Anda Sendiri

Sebelum anda daftar syarikat di SSM anda perlu buat persediakan supaya proses daftar syarikat anda berjalan dengan lancar. Jadi tak ada kelam kabut dan buang masa nanti. Ambil tahu juga lokasi pejabat SSM yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Anda boleh periksa lokasi pejabat SSM di laman web rasmi SSM.

Apa yang perlu anda sediakan adalah:

  1. kad pengenalan
  2. borang pendaftaran
  3. wang tunai RM70 untuk pembayaran tempoh 1 tahun
  4. Pen hitam

Jika anda buat perniagaan perkongsian yang ada rakan kongsi, anda dan rakan kongsi wajib perlu hadir ke SSM untuk daftar syarikat. Kalau dulu boleh datang salah seorang namun kini tidak. Kedua-duanya wajib hadir. Pastikan anda bawa kad pengenalan. Jangan lupa pula!

Untuk borang pendaftaran syarikat pula, anda boleh dapatkan di kaunter pejabat SSM secara percuma atau anda boleh dapatkan borang pendaftaran perniagaan secara online dengan download Borang A & Borang PNA 42. Sila isi maklumat peribadi dan perniagaan anda dengan lengkap.

Kalau dulu, anda perlu bawa sekali salinan kad pengenalan. Tapi kini tidak lagi kerana salinan kad pengenalan anda akan dicetak terus di kaunter SSM dari kad pengenalan. Tapi untuk langkah bersedia in case kalau pihak SSM mintak, lebih elok anda bawa sekali salinan kad pengenalan.

Sila bawa wang tunai RM70 untuk pembayaran pendaftaran perniagaan anda untuk tempoh 1 tahun. Kalau 2 tahun bayaran adalah sebanyak RM130. Kalau boleh bawak extra kalau ada tambahan apa-apa.

Untuk melancarkan proses pendaftaran jika anda ambil borang daftar perniagaan di kaunter pejabat SSM, disarankan bawa pen hitam sendiri kerana agak susah nak dapat pen di pejabat SSM. Orang memang ramai!

Cara Isi Borang Daftar Perniagaan

Dibawah adalah cara untuk isi borang daftar perniagaan yang boleh anda ikut. Jadi lepas ni tak la pening kepala nak isi borang daftar SSM ni.

1. Borang PNA42

Borang PNA42 borang daftar perniagaan di SSM

Perhatian: Sila isi dengan pen hitam dan huruf besar

A – Bahagian ni kena isi nama perniagaan yang kita nak daftar. Isi sekurang-kurangnya 2 pilihan nama perniagaan. Kot-kot pilihan pertama tu tak boleh didaftar jadi anda ada pilihan kedua. Jangan guna nama perniagaan yang terlalu general atau nama yang dah diwartakan. Cipta sendiri nama perniagaan yang unik atau nak mudah guna nama anda sendiri. Anda boleh letak perkataan Network, Resources, Couture, Collection di akhir nama perniagaan jika sesuai.

B – Yang ni anda perlu tulis perkhidmatan atau barang yang anda ingin jual. Beritahu je semua perkhidmatan dan barang yang anda jual. Tulis banyak-banyak pun tak apa asalkan ianya menjelaskan perniagaan anda. Sila tulis dengan jelas dan dalam Bahasa Melayu. Contohnya seperti “menjual peralatan komputer”, “membaik pulih komputer”, “percetakkan digital”, “pengiklanan” atau sebagainya yang bersesuaian dengan perniagaan anda.

C – Bahagian ni anda perlu buat tanda tangan dan isi nama penuh, nombor kad pengenalan serta nombor telefon anda dengan jelas.

2. Borang A

Borang A borang daftar perniagaan di SSM

Perhatian: Sila isi dengan pen hitam dan huruf besar

Ni pula panduan untuk isi Borang A.

  1. Kalau nama perniagaan ni guna nama sendiri seperti dalam MYKAD sila tanda di kotak atas. Kalau guna nama selain nama di MYKAD contohnya BELLA COUTURE, sila tanda di kotak bawah.
  2. No. Rujukan tak perlu isi. Biarkan je kosong.
  3. Nama Perniagaan, biarkan kosong dulu nanti lepas nama perniagaan dah approve baru isi bahagian ni atau biasanya staff SSM yang akan isikan.
  4. Tarikh Mula Berniaga letak je tarikh yang anda nak daftar perniagaan ni. Kalau hari ni nak daftar letak la tarikh hari ni.
  5. Perjanjian Perkongsian. Kalau anda ada rakan kongsi dan ada buat kertas perjanjian tandakan. Jika tiada perjanjian tandakan pada tiada.
  6. Alamat Perniagaan ni anda boleh letak alamat kedai, pejabat atau sekiranya anda berniaga di rumah, anda isi je alamat rumah anda.
  7. Jenis Perniagaan isikan seperti yang anda tulis pada Borang PNA42 tadi.
  8. Alamat Cawangan anda boleh isi sekiranya anda ada cawangan. Jika tiada, biarkan je kosong.
  9. Nama Pemilik letak nama anda. Kalau ada 2 pemilik contohnya suami isteri atau rakan kongsi anda perlu isi 2 Borang A. Satu untuk anda dan satu lagi untuk pemilik ke 2. Kedua-duanya wajib hadir di pejabat SSM sebab nak cap jari 2 pemilik. Kalau tak memang tak boleh daftar.
  10. Pengesahan pemilik isi je nama, nombor kad pengenalan dan tanda tangan.

Dah siap isi semua maklumat yang berkaitan, pergi ke pegawai SSM biasanya di bahagian kaunter depan yang bagi borang SSM untuk periksa borang anda sama ada lengkap atau pun tidak. Bila semuanya dah lengkap, nombor giliran akan diberi kepada anda dan anda boleh tunggu sehingga nombor anda dipanggil untuk sesi pendaftaran.

Bila dah selesai daftar dan bayar sebanyak RM70 anda perlu tunggu sekurang-kurangnya 1 jam untuk dapat sijil SSM. Waktu menunggu sijil SSM ni siap anda boleh pergi minum dulu atau suruh rakan kongsi anda balik. Salah seorang tunggu pun boleh. Kalau tak ramai orang kejap je siap sijil SSM ni.

Lepas je siap anda dapat sijil nama perniagaan dan nmboro pendaftaran yang menunjukkan perniagaan anda sudah didaftarkan. Sijil tersebut akan dapat pada hari yang sama daftar.

Jangan lupa letakkan nombor pendaftaran di sijil SSM anda tadi di laman web, Facebook Page, atau IG Shop anda untuk menunjukkan perniagaan yang anda jalankan ni adalah berdaftar.

____

Susah tak nak daftar perniagaan ni? Senang je kan? Ramai yang mula-mula anggap daftar perniagaan ni susah, leceh dan mahal sampai beratus-ratus sebenarnya anda silap! Nak daftar mudah dan murah je sebenarnya.

Jadi pada anda yang masih belum daftarkan perniagaan tu sila daftar perniagaan anda secepat mungkin untuk elakkan sebarang permasalahan akan datang 🙂

Lepas daftar syarikat ni anda boleh la buat akaun bank syarikat dan akaun KWSP anda sendiri. Kalau tak ada sijil SSM memang tak boleh buat.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik