Teknologi

Cara Beli Hosting Untuk Laman Web Di GB Network

Jika sebelum ni Acul kongsikan panduan cara beli domain di GB Network, jadi untuk entri kali ini Acul akan tunjukkan kepada anda bagaimana cara beli hosting untuk laman web di GB Network.

Domain ibarat alamat rumah dan hosting adalah rumah itu sendiri yang menyimpan segala data laman web anda. Jadi sekiranya anda ada domain tetapi tiada hosting, anda tetap tidak dapat menghasilkan laman web. Domain dan Hosting wajib ada sekiranya anda ingin bina laman web.

Persoalan yang timbul dalam pemikiran setiap orang adalah jenis hosting apa yang ingin dipilih untuk sesebuah laman web. Untuk pengetahuan anda, hosting terdapat beberapa jenis hosting yang anda boleh pilih berdasarkan jenis laman web dan bajet anda. Dibawah Acul akan terangkan serba sedikit mengenai hosting yang sesuai untuk laman web anda.

Cara Beli Hosting Di GB Network

Cara Beli Hosting Untuk Laman Web Di GB Network

Sebelum buat pembelian hosting anda perlu tahu serba sedikit maklumat mengenai hosting yang sesuai untuk laman web anda. Jangan main beli hosting je nanti rugi duit pula jika tidak digunakan dengan sebaiknya.

Hosting terbahagi kepada 3 jenis iaitu Shared Hosting, VPS Hosting dan Dedicated Server dimana ketiga-ketiga jenis hosting ini mempunyai fungsi yang sama namun tahap penggunaannya adalah berbeza.

Bagi anda yang baru sahaja ingin membina laman web terutamanya laman web yang tidak menerima jumlah pelawat yang tinggi, anda boleh memilih hosting jenis Shared Hosting. Shared Hosting ini bermakna akan berkongsi dengan laman web lain dalam satu server. Bermakna ada lebih kurang 10 laman web dalam server tersebut.

dedicated server hosting GB Network

Berbeza jika nak dibandingkan dengan VPS Hosting dan Dedicated Server yang memberikan hak esklusif kepada laman web dengan ruang disk dan pemindahan data yang sangat tinggi. Untuk Dedicated Server pemilik laman web boleh jual pakej shared hosting kepada orang lain.

Biasanya laman web yang mempunyai jumlah pelawat yang tinggi akan menggunakan hosting jenis VPS Hosting dan Dedicated Server ini. Harga untuk jenis hosting ini juga sangat mahal. Antara laman web yang menggunakan hosting jneis ini adalah seperti laman web Mudah.my, Maybank2u, Berita Harian dan sebagainya.

GB Network shared hosting

Harga untuk hosting juga berbeza disebabkan jumlah ruang disk (disk space), Monthly Data Transfer, RAM dan jenis server. Sistem Operasi (Operating System) hosting pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu Windows dan Linux. Kebanyakkan orang memilih pengguna OS Linux dan begitu juga Acul. Acul lebih selesa guna OS Linux berbanding OS Windows yang agak pening kepala.

Jadi anda yang baru nak membina laman web sama ada laman web perniagaan, blog atau pun laman web syarikat anda boleh pilih jenis Shared Hosting yang jauh lebih murah.

Langkah Pembelian Hosting

Untuk memulakan pembelian, anda boleh pilih mana-mana pakej hosting dari GB Network yang sesuai dengan bajet anda. Untuk blog Acul ni, Acul pilih pakej Silver iaitu RM120 sahaja setahun. Jadi hosting RM120 + Domain + ID Protection RM59 dengan jumlah RM179 setahun tidaklah terlalu membebankan jika Acul nak renew nanti.

Anda boleh pilih pakej Bronze atau Gold sekiranya inginkan disk space dan Monthly Data Transfer yang lebih tinggi. Tapi jika bajet anda kecil, anda boleh pilih macam pakej yang Acul pilih tadi. Dah buat pilihan, KLIK kat button Order Now pada pakej.

transfer domain to hosting

Kemudian anda akan dibawa ke bahagian pemilihan domain. Sekiranya anda belum beli domain, anda boleh daftar domain baru disini. Atau anda boleh pindahkan domain yang anda beli dari syarikat lain ke hosting disini ataupun anda boleh gunakan domain yang anda beli di GB Network.

Sekiranya anda menggunakan ruangan pindah domain anda perlu dapatkan EPP Code (authorization code) dari syarikat yang anda beli domain tersebut. Pemindahan domain juga perlu dibayar mengikut jenis extension domain tersebut mengikut kadar harga di GB Network. Anda juga perlu kemaskini Nameserver bagi domain tersebut.

Sekiranya anda beli domain dari GB Network dan ingin menggunakan hosting di GB Network anda tidak perlu buat pemindahan domain dan bayar kos pemindahan. Anda hanya perlu kemaskini Nameserver domain tersebut sahaja. Ini anda boleh dapatkan bantuan dari wakil GB Network melalui Live Chat.

Selesai sahaja pada bahagian anda perlu mengisi maklumat peribadi anda untuk tujuan pendaftaran akaun. Jika anda dah ada akaun GB Network anda boleh terus login akaun anda.

Setelah anda selesai mengisi maklumat di bahagian anda ini anda akan menerima invoice. Invoice ini juga akan dihantar ke alamat email anda sebagai rujukan. Anda perlu membayar tempahan yang anda buat selewat-lewatnya seminggu dari tempoh pembayaran atau tempahan anda dibatalkan.

Anda boleh buat pembayaran sama ada dengan menggunakan mesin ATM, Cash Deposit atau pun secara online. Kalau anda buat bayaran secara online lagi mudah kerana selesai sahaja anda membuat bayaran, anda boleh menggunakan hosting tersebut dalam tempoh 24 jam.

Bagi yang mengalami masalah dalam pendaftaran, tempahan, bayaran ataupun sebagainya anda boleh hubungi pihak GB Network Solution pada bahagian Contact Us.

___

Acul harap dengan panduan cara beli hosting ini dapat membantu anda yang mencari cara beli hosting sendiri tanpa bantuan orang lain.

Selamat mencuba 🙂

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

4 komen pembaca

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      sama2 tuan 🙂

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      yep betul tu 🙂 staff diorg mmg pantas

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik