Teknologi

Cara Beli Domain Untuk Laman Web Di GB Network

Mencari panduan cara beli domain? Kali ni Acul nak kongsikan kepada anda cara beli domain di GB Network Solution yang menawarkan perkhidmatan menjual domain dan hosting dengan kadar yang berpatutan.

Pentingkah domain ni? Untuk pengetahuan anda, Domain ialah nama atau alamat laman web yang ditulis di pelayar laman web seperti Google Chrome, Mozilla Firefox dan sebagainya. Istilah lain untuk alamat blog juga disebut URL yang bermaksud “Uniform Resource Locator“. Domain ini diperlukan untuk membawa pelawat ke halaman laman web atau Blog anda.

Pada asalnya domain adalah di dalam bentuk nombor seperti 1.2223.355.32 dan telah diganti dengan huruf untuk mudah diingati. Di dalam pemilihan domain, kita boleh pilih extension apa yang nak dipakai. Extension ialah huruf akhir selepas [dot] seperti .com, .net, .org, .com.my, .my, .edu.my dan sebagainya. Pemilihan nama domain melambangkan isi kandungan utama laman web atau Blog.

Contohnya, domain bagi laman web yang anda sedang layari ini adalah www.aculnetwork.com. Sedikit tip, fikir terlebih dahulu apakah nama yang ingin anda letak sebagai domain anda, kerana alamat inilah yang orang ramai akan taip di web browser untuk pergi ke laman web anda. Oleh itu, ia haruslah ringkas dan mudah diingati.

Panduan Cara Beli Domain Di GB Network

GB network panduan cara beli domain dan hosting

Di internet terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang sama menjual domain dan hosting sama ada di dalam negara atau pun luar negara. Anda bebas memilih mana-mana syarikat yang sesuai dengan bajet anda.

Untuk panduan ini Acul akan terangkan cara beli domain di GB Network kerana bagi Acul harga yang ditawarkan di GB Network adalah murah berbanding syarikat lain dan sepanjang lebih daripada setahun Acul berurusan dengan syarikat ini Acul amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Semoga panduan beli Domain ini dapat membantu anda untuk beli domain anda sendiri tanpa perlu bantuan orang lain.

panduan cara beli domain dan hosting di GB Network

Untuk memulakan pembelian domain, anda perlu pergi ke laman web GB Network dan pilih menu Domain & SSL. Sebelum membeli domain, sila pastikan anda betul-betul yakin dengan domain yang anda nak beli kerana setelah domain dibeli anda tidak dapat ubah nama domain tersebut melainkan anda terpaksa membeli domain lain. Untuk nama domain sila pilih domain yang ringkas dan mudah diingati. Lebih baik domain tersebut mempunyai 4 hingga 8 huruf sahaja.

Dibahagian pembelian domain ini anda akan dipaparkan dengan harga bagi setiap domain yang anda inginkan dan harga domain juga bergantung kepada jenis domain tersebut dan berapa lama tempoh domain itu dibeli. Harga domain di GB Network adalah serendah RM45.00 untuk tempoh setahun. Ianya lebih murah jika dibandingkan dengan syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang sama.

Setiap syarikat yang menawarkan jualan domain ini harga mereka tidak sama kerana bergantung kepada syarikat itu sendiri. Harga domain ini dipengaruhi mata wang USD jadi tidak hairan jika harga domain ini akan berubah dari masa ke semasa.

domain checker GB Network

Setelah yakin dengan pemilihan domain dan bajet anda, anda perlulah memeriksa sama ada domain tersebut masih belum dibeli ataupun tidak.

Jika domain itu sudah dibeli, Acul nasihatkan anda lupakan sahaja hasrat anda untuk membeli domain tersebut kerana biasanya domain yang dah dibeli dan ingin dijual adalah terlalu tinggi harganya. Jadi cuba cari domain yang unik dan tidak dibeli lagi oleh orang lain.

GB Network domain configuration

Jika anda berjaya mendapatkan domain yang masih belum dibeli seterusnya anda perlu ke bahagian tempahan domain. Anda boleh buat pilihan untuk dapatkan khidmat percuma bagi DNS Management dan Email Forwarding tetapi anda perlu membayar tambahan RM14.00 untuk dapatkan khidmat ID Protection.

DNS Management ini membolehkan anda menukar Domain Nameserver anda pada bila-bila masa sahaja. Manakala ID Protection ini berfungsi untuk menyembunyikan maklumat peribadi anda dari pengetahuan orang di laman who.is Bagi pemilik yang tidak sertakan fungsi ID Protection, adalah mudah untuk orang lain mendapatkan maklumat seperti nama anda, alamat, email dan nombor telefon anda.

Domain Nameserver ini anda boleh dapatkan sekiranya anda mempunyai hosting dan boleh didapati dari syarikat yang menawarkan khidmat hosting ini. Sekiranya anda dah ada hosting dari syarikat lain anda perlu masukkan Nameserver hosting tersebut dalam domain ini untuk dipadankan. Anda boleh hubungi pihak syarikat hosting anda untuk dapatkan bantuan mengenai Nameserver ini.

Sekiranya pihak GB Network ada menawarkan promosi, anda boleh dapatkannya dan letakkan di bahagian Promo Code.

Setelah selesai dengan pemilihan domain, anda perlu mengisi maklumat peribadi anda untuk tujuan pendaftaran akaun. Jadi mudah untuk anda menguruskan domain anda atau membuat pembelian baru pada masa akan datang.

Setelah anda selesai mengisi maklumat di bahagian anda ini anda akan menerima invoice. Invoice ini juga akan dihantar ke alamat email anda sebagai rujukan. Anda perlu membayar tempahan yang anda buat selewat-lewatnya seminggu dari tempoh pembayaran atau tempahan anda dibatalkan.

Anda boleh buat pembayaran sama ada dengan menggunakan mesin ATM, Cash Deposit atau pun secara online. Kalau anda buat bayaran secara online lagi mudah kerana selesai sahaja anda membuat bayaran, domain anda akan terus dibeli dan anda boleh gunakan domain tersebut dalam tempoh 24 jam.

Manakala untuk domain .my dan .com.my anda perlu berikan maklumat seperti nombor kad pengenalan dan SSM untuk pengaktifan. Ini anda perlu email kepada GB Network untuk pengaktifan. Maklumat ini perlu diberikan kepada Mynic yang diuruskan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Bagi yang mengalami masalah dalam pendaftaran, tempahan, bayaran ataupun sebagainya anda boleh hubungi pihak GB Network Solution pada bahagian Contact Us.

___

Acul harap dengan panduan cara beli domain ini dapat membantu anda yang mencari cara beli domain sendiri tanpa bantuan orang lain.

Selamat mencuba 🙂

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

2 komen pembaca

  1. Ok…Beli domain dah tahu cara lepas ni nak tahu cara pasang domain ni untuk blogspot pulak. Boleh buatkan tutorial tak? 😀

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik