Teknologi

Cara Bayar Bil Secara Online Dengan CIMB Clicks

Di zaman teknologi yang semakin maju ni semua perkara dah menjadi mudah. Kalau dulu nak bayar bil api, air, telefon dan sebagainya perlu ke pejabat pos, kiosk dan banggunan pengeluar untuk bayar bil. Tapi kini semuanya dah mudah sebab boleh bayar bil secara online terus melalui akaun bank kita.

Untuk entri kali ni, Acul nak tunjukkan kepada anda cara bayar bil secara online dengan CIMB Clicks. Bagi anda yang masih lagi beratur dan menunggu giliran untuk bayar bil, cuba ikut panduan yang Acul terangkan dibawah ini.

Semoga dengan panduan yang mudah ini anda dapat menyelesaikan masalah yang anda hadapi.

Cara Bayar Bil Dengan CIMB Clicks

Cara Bayar Bil Secara Online Dengan CIMB Clicks

Untuk bayar bil secara online dengan CIMB Clicks, pastikan anda mempunyai akaun CIMB Clicks terlebih dahulu sebelum mengikuti langkah dibawah.

Jika anda masih tiada akaun CIMB Clicks, anda boleh pergi ke cawangan CIMB yang berdekatan dengan tempat tinggal anda untuk dapatkan bantuan bagaimana aktifkan akaun CIMB Clicks anda.

login akaun CIMB Clicks

Untuk langkah pertama, pergi ke laman web rasmi CIMB Clicks dan KLIK pada button login. Kemudian masukkan username dan password anda untuk masuk ke akaun CIMB Clicks anda.

cara bil online dengan cimb clicks

Setelah anda berjaya login masuk ke akaun CIMB Clicks, lihat pada menu dan halakan mouse anda pada button Pay dan pilih Bills untuk masuk ke bahagian pembayaran bil.

bayar bil online cimb clicks

Kemudian pilih jenis akaun anda dan masukkan nama syarikat yang anda nak bayar bil tu. Contohnya Tenaga Nasional Berhad (TNB). Anda tak perlu taip sampai habis pun sebab ia akan keluar secara automatik dan anda boleh pilih yang anda nak.

bayar bil dengan cimb clicks

Selepas pilih nama syarikat bil yang nak anda bayar, satu tetingkap akan dipaparkan dimana anda perlu masukkan no akaun bil tersebut dan jumlah bil yang nak bibayar. Anda juga boleh buat penambahan bil disini dengan KLIK pada button Add Another Bill. Ikut langkah yang sama seperti diatas untuk tambahan bil tadi.

Selesai sahaja masukkan bil yang nak dibayar tu anda boleh terus buat pembayaran. Untuk akan datang, anda tak perlu ulang balik langkah-langkah diatas sebab CIMB Clicks dah simpan maklumat bil anda. Jadi anda boleh terus buat pembayaran bil-bil ini dengan lebih cepat dan mudah.

___

So macam mana? Tak susah kan? Lepas ni anda boleh bayar bil secara online dengan CIMB Clicks dan tak perlu buang masa lagi dengan beratur dan menunggu. Semoga panduan ini membantu anda 🙂

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

2 komen pembaca

  1. Rizal Rahman
    Rizal Rahman

    terima kasih 🙂

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      sama2 semoga membantu 🙂

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik