Teknologi

Review Hotel: Best Western Hotel Petaling Jaya

Best Western Hotel merupakan sebuah legasi perhotelan antara yang terbesar didunia dengan memiliki lebih daripada 4,000 unit hotel di lebih 100 negara termasuk Malaysia yang kini Best Western Hotel mempunyai 5 unit hotel kesemuanya iaitu di Shah Alam, Kota Kinabalu, Ipoh, Sandakan dan kini di Petaling Jaya yang masih lagi didalam proses pembinaan dan akan dibuka secara rasmi pada tahun 2015 akan datang.

Baru-baru ini Acul berkesempatan untuk menginap di Best Western Hotel Petaling Jaya ketika menyertai Kembara Kraf Selangor 2014 anjuran Unit Perancang Negeri Selangor (UPEN) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majalah Gaya Travel. Kalau nak di ikutkan memang Acul selalu ke Petaling Jaya tetapi inilah kali pertama Acul menginap di hotel disini.

Best Western Hotel Petaling Jaya

Best Western Hotel Petaling Jaya

BEST WESTERN Hotel Petaling Jaya terletak di lokasi strategik di tengah-tengah daerah perniagaan dan pembangunan baru Petaling Jaya di Seksyen 13 yang terdiri daripada 344 bilik tamu dilengkapi dengan menarik dan bilik yang dikelilingi oleh keselesaan dan kemudahan.

Hotel ini adalah merupakan sebahagian daripada Kompleks tumpuan utama yang menawarkan kemudahan pelbagai fungsi untuk perniagaan, runcit, kerja, riadah dan gaya hidup semua di satu tempat.

Dengan kedudukannya yang strategik di tengah-tengah daerah perniagaan ia memudahkan pengunjung yang menginap disini untuk bergerak kemana-mana sahaja.

Antaranya jika ingin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) perjalanan ke sana hanya mengambil masa lebih kurang 50 minit, 30 minit memandu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, 10 minit memandu untuk ke Mid Valley Megamall Kuala Lumpur dan tidak jauh dari Jaya 33 Shopping Mall Petaling Jaya. Hotel ini merupakan pilihan yang sesuai bagi mereka yang ada urusan perniagaan dan percutian.

Kemudahan Di Best Western Hotel Petaling Jaya

best western petaling jaya superior room

Seperti mana-mana hotel yang lain, Best Western Hotel Petaling Jaya juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengunjung yang menginap disini.

Diantaranya adalah bilik tamu dan bilik suite yang dilengkapi dengan kemudahan asas seperti Wi-Fi, In-Room Movies (HyppTV), Safe box, Mini Bar, Telefon, Jam Pengera, Meja Tamu dan Kerusi Tamu.

Best Western Hotel Petaling Jaya toilet

Harga untuk bilik adalah diantara RM260 RM282 untuk 1 hari 1 malam. Antara harga yang dikelas pertengahan untuk disekitar Bandaraya Petaling Jaya jika nak dibandingkan dengan hotel-hotel lain yang ada disekitar pusat bandar ini.

Best Western Hotel Petaling Jaya food

Selain daripada kemudahan bilik, Best Western Hotel Petaling Jaya juga menyediakan kemudahan lain seperti ruang makan yang selesa iaitu Kembali Kitchen.

Turut ada disini adalah Bilik Mesyuarat yang selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan SkyZ Dine Bar yang terletak di tingkat 14 untuk pengunjung yang ingin menikmati pemandangan pusat bandar pada waktu malam sambil bersantai.

Bagi anda yang nak datang ke sini bolehlah buat tempahan di laman web rasmi mereka di www.bestwesternpj.com.my

BEST WESTERN Hotel Petaling Jaya
No. 1, Jalan 13/1, Section 13,
46100 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Facebook: Best Western PJ

Guest Fax: (+603) 7610 2200
Room Reservation: (+603) 7610 2222
Email: info@bestwesternpj.com.my
Front Desk: (+603) 7610 2222

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik