Teknologi

Panduan Cara Aktifkan Akaun Google Webmaster

Pentingkah aktifkan akaun Google Webmaster dan adakah ianya berguna kepada pemilik Blog? Mungkin ramai yang tidak tahu apakah fungsi Google Webmaster ini dan mungkin masih ramai yang kepentingannya kepada pemilik Blog.

Untuk kali ni, Acul nak terangkan kepada anda apakah fungsi Google Webmaster dan cara aktifkan akaun Google Webmaster ini supaya blog anda lebih mudah di indexkan pada enjin carian Google.

Rata-rata pemilik blog yang professional mempunyai akaun Google Webmaster dan dengan akaun ini ia banyak membantu pemilik blog atau laman web memeriksa blog mereka dengan lebih jelas. Antaranya adalah pemilik dapat lihat berapa jumlah entri blog yang telah di indexkan, sumber trafik, keyword, broken link dan sebagainya. Jadi, ianya amat berguna.

Cara Aktifkan Akaun Google Webmaster

google webmaster tools

Untuk mengaktifkan akaun Google Webmaster, anda perlu ada akaun Google. Untuk akaun ini anda boleh guna email Gmail anda. Pergi ke laman rasmi Google Webmaster dan login akaun Google anda.

Cara Aktifkan Akaun Google Webmaster

Setelah selesai log masuk, lihat pada kanan skrin dan tekan button Add a Property untuk daftarkan URL blog anda. Anda juga boleh membuat pendaftaran URL blog-blog lain pada akaun ini. Jadi senang untuk anda jaga sekiranya anda ada banyak blog atau laman web.

Selepas selesai isi url blog anda, anda akan dibawa ke bahagian kaedah pengesahaan (verification methods) dan disini anda boleh buat pilihan pengesahan. Pilih mana-mana yang mudah untuk anda buat. Bagi yang faham penggunaan perisian FTP anda boleh gunakan pilihan HTML file upload dan masukkan ke dalam folder domain anda.

google webmaster verification methods

Bagi yang tak tahu penggunaan perisian FTP anda boleh pilih HTML tag. Anda perlu salin kod HTML tag yang diberikan dan masukkan ke dalam template anda. Bagi pengguna WordPress anda perlu masukkan dalam file header.php sebelum tag </head>. Setelah selesai KLIK pada button verify.

Lepas proses pengaktifan, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah masukkan link sitemap blog anda. Tujuannya ialah untuk memberitahu Google bahawa blog anda wujud dan ia akan memudahkan robot Google untuk melawat blog anda. Jadi dengan itu blog anda akan lebih mudah di indexdekan di halaman carian Google.

add sitemap google webmaster

Untuk masukkan sitemap ini anda boleh lihat pada bahagian menu di kiri dan pilih Crawl –> Sitemap kemudian KLIK pada button ADD/TEST SITEMAP dan masukkan link sitemap anda. Anda boleh dapatkan link sitemap dengan menggunakan plugin Yoast SEO ataupun Google Sitemap.

Kemudian anda perlu tunggu sehingga Google mengesahkan sitemap blog anda. Biasanya dalam tempoh 24 jam tempoh pengesahan ni. Selesai je proses ini maka anda telah berjaya mengaktifkan akaun Google Webmaster.

Baca: Panduan Mudah Cara Pasang Google Analytics Dalam Blog

___

Acul harap dengan panduan mudah ni anda dapat aktifkan sendiri akaun Google Webmaster Tools tanpa bantuan orang lain dan tingkatkan lagi prestasi blog anda ke tahap yang lebih baik dari masa ke semasa.

Jika anda ada sebarang pertanyaan jangan segan-segan untuk bertanya pada Acul di ruangan komen ya 🙂

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

2 komen pembaca

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik