Lifestyle

Sakit Jantung – Faktor dan Cara Mengurangkan Risiko

Penyakit sakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, lantas menjalar ke bahagian tangan kiri dan rahang. Pesakit juga akan mengalami kesukaran bernafas.

Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah kerana sebahagian otot jantung tidak berfungsi disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih berbahaya kepada jantung. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan serangan jantung.

Ramai yang menganggap serangan jantung hanya berlaku kepada golongan yang sudah berusia. Faktor genetik turut mendedahkan seseorang kepada penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia itu.

Faktor Penyakit Sakit Jantung

Sakit Jantung Faktor dan Cara Mengurangkan Risiko

Dibawah adalah 6 faktor yang boleh menyebabkan penyakit sakit jantung.

  1. Kurang bersenam – Bersenam membantu menguatkan jantung sekali gus melancarkan perjalanan darah
  2. Kandungan lemak yang tinggi – Makanan dengan kandungan lemak yang tinggi seperti minyak sapi, mentega dan daging berlemak mendorong pengumpulan lemak di sekitar jantung yang boleh menyebabkan arteri jantung tersumbat.
  3. Merokok – Asap rokok mempercepatkan pembekuan darah dan menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah. Ia juga mengurangkan bekalan oksigen kepada jantung dan meningkatkan tekanan.
  4. Darah tinggi – Menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah. Ini memaksa jantung untuk mengepam darah dengan lebih kuat melalui saluran yang sempit itu.
  5. Kencing manis – Pesakit kencing manis berisiko tinggi menghidap serangan jantung kronik.
  6. Tertekan – Mereka yang tertekan perasaannya menjadikan degup jantung meningkat sekali gus meningkatkan tekanan darahnya.

Cara Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Dibawah adalah cara untuk mengurangkan risiko diserang penyakit sakit jantung yang boleh anda amalkan.

  1. Bersenam adalah perkara utama dalam menjaga kesihatan. Apa kata anda mulakan sesi senaman anda dengan berkunjung ke gimnasium seperti di Jatomi Fitness Health Club bagi memberi anda lebih keyakinan untuk menjaga kesihatan.
  2. Sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan dan merujuk pada pakar. Bagi mereka yang tidak mempunyai masa akibat kesibukan kerja, tiada alasan lagi dengan telefon bimbit EPI Life. Alat ini berfungsi mengukur denyutan jantung dan mengesan tanda-tanda tidak normal pada jantung dengan serta merta. Ia dapat merekodkan bacaan ECG dengan tepat dan mengesan simptom dengan cepat.
  3. Jaga pemakanan anda dengan melebihkan pemakanan sayur-sayuran serta mengambil makanan serat dengan lebih kerap. Bijirin oat adalah pilihan makanan serat terbaik ketika santai dan elakkan pengambilan makanan ringan dan tidak berkhasiat.
  4. Kurangkan makan daging merah seperti kambing, daging lembu, kerbau dan lain-lain. Amalkan pengambilan daging putih (white meat), daging ayam dan ikan kerana kandungan kalorinya lebih rendah.
  5. Berhenti merokok terutamanya kepada mereka yang berusia 35 tahun ke atas.
  6. Elak hidup dalam keadaan stres dan tertekan. Mereka yang mempunyai sikap panas baran dan tidak sabar lebih terdedah dengan penyakit jantung yang kronik berikutan pengepaman jantung yang tidak sekata.

___

Harus diingatkan jantung kita tiada pengantinya dan perlu diguna lama. Jadi bermula hari ini jagalah jantung kita. Pastikan kita bersenam sekurang-kurangnya seminggu sekali dan buat pemeriksaan doktor. Amalkan gaya hidup yang sihat dan ingatlah kepada orang yang tersayang 🙂

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik