Lifestyle

Lelaki Berjambang Ternyata Lebih Sihat Dan Digilai Wanita

Betul ke lelaki berjambang lebih sihat dan digilai wanita? Jika anda tak pernah terfikir untuk menyimpan jambang, mungkin anda patut mempertimbangkannya semula. Fakta tentang kelebihan janggut lelaki sama ada dari sudut sains mahupun psikologi telah terbukti.

“Amboi, bukan main macam-macam stail janggut sekarang. Aku ingatkan kalau muka bersih, lagi nampak muda, ‘babyface’. Rupanya banyak pula kelebihan janggut lelaki. Menarik juga ni.”

Wahai kaum Adam, letakkan pisau cukur anda sekarang!

6 Kelebihan Lelaki Berjambang Yang Anda Perlu Tahu

Lelaki Berjambang Ternyata Lebih Sihat Dan Digilai Wanita

Ini 6 kelebihan lelaki berjambang yang mungkin anda tak pernah tahu sebelum ini. Mari kupas apa penjelasannya.

1. Melindungi Dari Sinar UV

Menurut sebuah jurnal daripada University Of Southern Queensland ini, janggut dapat melindungi 95% kulit wajah anda daripada sinaran matahari dan UV yang merosakkan kulit.

Hasilnya, kulit anda kurang berkedut, kendur, dan kulit bintik-bintik yang tidak diingini. Sekaligus, ia mengurangkan risiko lelaki daripada terkena kanser kulit!

2. Mengurangkan Risiko Lelah

Tahukah anda, kelebihan janggut ini turut membantu mengurangkan risiko penyakit lelah.

Eh, bagaimana pula? Menurut sebuah laporan daripada Huffington Post, janggut ini dapat bertindak sebagai ‘penapis’ yang membantu menghalang debu daripada memasuki sistem pernafasan anda.

Jadi, udara yang anda sedut akan menjadi lebih bersih secara semulajadi. Tapi, kenalah selalu trim dan jaga kebersihan janggut ya.

3. Selamat Tinggal Jerawat

Dr. Shannon C. Trotter, pakar dermatologis merungkaikan bahawa tindakan mencukur boleh membawa jangkitan bakteria dan iritasi kulit.

Ini kerana, mencukur akan menyebabkan bukaan pada rongga kulit lalu mendorong pelbagai masalah kulit muka seperti jerawat.

4. Lebih Maskulin

Memang tak dapat disangkal lagi, jambang menjadi simbol kelelakian. Namun, ia bukan dakwaan semata-mata. Kajian daripada Evolution and Human Behavior telah membuktikannya.

Satu tips daripada sebuah artikel Fox News ini pula tentu amat bermanfaat kepada anda: Wanita paling tertarik dengan ’10-day stubble’ atau jambang lelaki yang dibiarkan panjang selama 10 hari.

5. Digilai Wanita

Walaupun setiap wanita mempunyai pilihan tersendiri, namun secara umumnya mereka lebih tertarik kepada lelaki yang berjambang.

Menurut sebuah kajian yang dilaporkan oleh The Telegraph, wanita mendapati kelebihan janggut lelaki ini menampakkan mereka lebih matang, romantik, agresif, tegap, dan dominan.

6. Tampil Lebih Yakin

Kebanyakan lelaki yang menyimpan janggut mendapati bahawa mereka akan berasa lebih konfiden terhadap diri sendiri secara automatik. Malah, orang sekeliling akan mula mengambil serius terhadap pendapat anda.

Berbanding dahulu, mereka anggap lelaki itu macam budak hingusan. Bila dah berjambang, barulah nampak matang dan meyakinkan. Makin gerun pun ada!

Bukan Sekadar Gaya

Ternyata, ia bukan sekadar trend hipster, tetapi turut memiliki seribu satu kelebihan yang memberi manfaat. Menariknya, ia selari dengan tuntutan Islam dan merupakan salah satu sunnah Nabi SAW.

___

Jadi, apa lagi, dah tiba masanya kita simpan janggut mulai hari ini. Bukan saja bergaya, dapat pahala pula kalau kena dengan niat dan caranya.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

2 komen pembaca

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik