Lifestyle

Dewan Raja Muda Musa Shah Alam Pakej Kahwin Serendah RM25

Mencari dewan perkahwinan di Shah Alam untuk pakej kahwin hanya dengan serendah RM25 sahaja? Kali ni Acul nak memperkenalkan kepada anda Dewan Raja Muda Musa Shah Alam yang merupakan sebuah dewan yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam yang menawarkan perkhidmatan sewa dewan perkahwinan hanya serendah RM25 per pax dengan minimum 1,000 pax.

Bagi yang ingin melansungkan perkahwinan, dewan perkahwinan menjadi salah satu perkara penting yang ada dalam checklist. Ramai diantara bakal pengantin ini mencari dewan perkahwinan atau tempat kahwin untuk memudahkan jemputan tetamu datang ke majlis berbanding buat majlis perkahwinan dirumah.

Antara faktor-faktor yang membuatkan mereka mencari dewan perkahwinan adalah kerana lebih luas, ada penghawa dingin, kawasan parking yang luas, ada pelbagai kemudahan dan yang paling penting mereka tidak perlu kemas rumah. Nak kemas rumah sebelum dan selepas majlis kahwin memang memenatkan. Siapa yang dah melansungkan perkahwinan tau betapa penatnya nak mengemas.

Dewan Perkahwinan di Dewan Raja Muda Musa Shah Alam

Dewan Raja Muda Musa Shah Alam Pakej Kahwin Serendah RM25

Dewan Raja Muda Musa (DRMM) yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam, Selangor ini merupakan salah satu fasiliti utama yang terdapat di Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor (KBKNS). Ia mula beroperasi sejak tahun 2012 dan pejabat pengurusan terletak di aras 4, KBKNS.

Dibawah Pengurusan Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM), Dewan Raja Muda Musa Shah Alam ini sering kali menjadi pilihan sebagai sebuah lokasi untuk majlis-majlis seperti majlis perkahwinan, majlis korporat, majlis makan malam, karnival jualan, karnival sukan dan lain-lain acara.

Dewan Raja Muda Musa Shah Alam

Dengan berkeluasan 1,776 meter persegi dan ketinggian dewan yang melebihi 16 meter, Dewan Raja Muda Musa adalah dewan yang berkapasiti besar di Shah Alam dengan kemampuan menampung 3000 ke 4000 tetamu dalam satu masa bergantung kepada susun atur.

Jadi sekiranya anda ingin mengadakan majlis perkahwinan dengan jemputan lebih dari 1,000 jemputan, dewan ini memang sesuai untuk majlis anda.

Dewan Perkahwinan di Dewan Raja Muda Musa Shah Alam

Selain itu, dewan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti bilik seminar yang boleh memuatkan 200 orang dalam satu masa. Kemudahan asas seperti surau, tandas dan tempat letak kereta yang luas juga disediakan secara percuma.

Dewan ini juga dilengkapi dengan bilik Anggerik dimana kebiasaanya bilik ini digunakan oleh tetamu kehormat (VVIP/VIP) atau bilik solekan pengantin yang terletak bersebelahan pintu masuk utama dewan.

Pakej Perkahwinan di Dewan Raja Muda Musa

Pakej Perkahwinan di Dewan Raja Muda Musa

Dewan ini menawarkan pelbagai pakej dewan perkahwinan untuk pelbagai majlis perkahwinan. Antaranya adalah seperti:

  • Perkahwinan Melayu
  • Perkahwinan India
  • Perkahwinan India Mulsim

Berikut adalah senarai Pakej Perkahwinan Melayu serendah RM25 sahaja per pax dengan minimum 1,000 pax yang mungkin menarik minat anda untuk menggunakan dewan ini sebagai lokasi majlis perkahwinan anda.

Menu Utama

  • Nasi Beriani
  • Ayam Masak Merah
  • Daging Itam Johor
  • Dalca Sayur
  • Acar Buah
  • Buah-Buahan
  • Air Kordial

Pakej Termasuk

  • Penggunaan Dewan dari 11.00 pagi – 4.00 petang atau 6.30 petang – 11.30 malam
  • 50 set meja bulat dan kerusi beralas
  • 2 set stesen bufet
  • Set meja makan beradap
  • Meja hadiah & meja pendaftaran
  • Karpet merah
  • Sistem audio asas

Percuma

  • Hidangan makanan beradap
  • Kek 2 tingkat
  • 2 set hidangan Dome
  • Sudut minimum 30%
  • Penggunaan Bilik Anggerik (VIP)
  • Kawalan Parkir (RELA)

Pakej ini sah sehingga 31 Disember 2017.

Sekiranya anda ada katering pilihan sendiri dan hanya ingin menyewa dewan sahaja pun boleh dengan harga RM5,000 untuk satu hari. Anda boleh hubungi pihak Dewan Raja Muda Musa untuk membuat tempahan dewan.

Bagi anda yang ingin bertanyakan mengenai pakej-pakej lain seperti pakej perkahwinan India, pakej perkahwinan India Muslim, pakej korporat, pakej makan malam dan sebagainya anda boleh hubungi pihak Dewan Raja Muda Musa untuk dapatkan maklumat yang lebih jelas dengan datang sendiri ke pejabat mereka di Seksyen 7, Shah Alam atau hubungi mereka melalui nombor dibawah.

Dewan Raja Muda Musa
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.
WhatsApp: +6 011 – 1301 0276
Tel Pejabat: +6 03 – 5512 5582 / +6 03 – 5511 8236

Website | Facebook | Instagram

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

4 komen pembaca

  1. Lyn
    Lyn

    wah boleh muat sampai 4k tetamu. nasib baik dah kahwin 😀

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      hehe… sama la acul pun dah kawen 😀

  2. Fauzi
    Fauzi

    pernah ke dewan ni sebelum ni majlis sepupu. memang besar dewan ni. parking pun luas

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      yep. tanya management hari tu parking kereta boleh memuatkan lebih 100 kereta dalam satu masa

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik