Lifestyle

Belajar Bagaimana Kompang Dihasilkan Di Melaka

Bila bercerita mengenai kompang mesti ramai diantara kita yang membayangkan sekumpulan anak muda bermain kompang di majlis perkahwinan bukan? Dulu Acul pernah bermain kompang tapi berhenti main sebab sibuk dengan aktiviti lain. Ramai kawan-kawan Acul yang bermain kompang maklumlah cari duit lebih lagi-lagi waktu musim orang berkahwin.

Ya! Kita selalu lihat kompang dimainkan ketika pengantin tiba sebelum bersanding namun pernahkan kita ambil tahu bagaimanakah ia dihasilkan? Acul pun tidak pernah nak ambil tahu bagaimana ia dibuat sebelum ini sehinggalah Acul ke Kampung Pulai, Merlimau Melaka untuk melihat sendiri bagaimana kompang ini dihasilkan.

Bahan-Bahan Pembuatan Kompang

pembuatan kompang kampung pulai merlimau melaka
pembuatan kompang kampung pulai merlimau melaka

Gema Seni terletak di Jalan Masjid, KM16 Kampung Pulai Merlimau Melaka merupakan lokasi pembuatan kompang dan parang yang diusahakan oleh Haji Kasim Haji Limat.

Bahan yang digunakan untuk tapak kompang adalah dari Kayu Rebana, Sena dan Cempedak. Bahagian lapisan kulit kompang adalah dari kulit kambing yang telah dikeringkan selama 1 hari. Jika cuaca panas dan baik, kompang boleh dihasilkan sebanyak 20 unit selama 2 hari. Bermakna 1 hari 10 unit kompang pasti telah siap sedia untuk jualan.

Belajar Bagaimana Kompang Dihasilkan
bagaimana kompang dihasilkan
kulit kambing untuk membuat kompang
kulit kambing untuk membuat kompang

Di Gema Seni, kompang dihasilkan mengikut saiz yang di inginkan oleh pelanggan. Saiz bermula dari 5 inci hingga 15 inci. Harga pula bermula dari RM 10 hingga RM 90 bergantung kepada saiz kompang. Kulit kambing yang digunakan ke atas kompang boleh bertahan sehingga 10 tahun.

belajar bagaimana menghasilkan kompang
Kompang dibuat untuk menghasilkan bunyi yang betul dan sedap
penghasilan kompang gema seni merlimau melaka
Penghasilkan kompang yang baik perlu dilakukan dengan teliti

Kompang merupakan alat muzik tradisional Melayu yang terkenal sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dipercayai dibawa masuk oleh pedagang Arab. Pada ketika itu permainan kumpulan alat bunyian amat masyhur dimainkan di dalam upacara marhaban, selawat, berzanji dan sebagainya.

Walau berkurun lamanya, kompang tetap menjadi instrument muzik utama dalam keraian, keramaian, perkahwinan dan sambutan kerana ia telah menjadi nadi di dalam budaya masyarakat rumpun Melayu nusantara tidak kira sama ada di Brunei, Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Baca: Asam Pedas Melaka Che Ad Memang Power

Sekiranya anda kesini jangan lupa singgah sebentar di Homestay Che Ad yang terletak tidak jauh dari Gema Seni untuk merasai masakan Asam Pedas Melaka Che Ad yang memang sedap. Korang rugi kalau tidak makan tengah hari disini.

__________

Bagi yang berminat untuk melihat sendiri dan belajar bagaimana kompang dihasilkan bolehlah datang ke alamat yang tertera dibawah. Projek Industri Kampung Gema Seni ini juga disokong sepenuhnya oleh Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar.

Jalan Masjid,
KM 16 Kampung Pulai,
77300 Merlimau Melaka, Malaysia
No Tel : +6012 624 1671 (Shabri), +6013 695 6423 (Alias)

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik