Lifestyle

Ini Caranya Untuk Atasi Rasa Takut Naik Kapal Terbang

Mengikut sumber New York Times, sebanyak 64% perempuan dan 36% lelaki mengalami fobia menaiki pesawat yang juga digelar sebagai pengidap “Aviophobia” atau maksudnya rasa takut naik kapal terbang.

Aviophobia merupakan satu jenis ketakutan, rasa cemas, dan gelisah ketika menaiki kapal terbang. Ketakutan ini bukan sahaja menimbulkan kegelisahan kepada penghidapnya malah turut mengganggu hidup mereka yang terpaksa berhadapan dengan masalah apabila mereka tidak dapat menaiki kapal terbang untuk tuntutan kerja.

Ketakutan ini bukanlah asing, malah bagi korang yang pertama kali menaiki kapal terbang mungkin juga akan mengalamai perasaan yang sama. Namun begitu, bagi yang menghidap Aviophobia biasanya akan mengalami rasa takut yang lebih kronik dan melampau sehingga boleh mengganggu emosi.

8 Tips Hilangkan Rasa Takut Naik Kapal Terbang

Cara Atasi Rasa Takut Naik Kapal Terbang

Berikut adalah 8 tips hilangkan rasa takut naik kapal terbang, barangkali boleh dipraktikkan untuk mengatasi masalah Aviophobia atau mengurangkan perasaan gugup ketika menaiki kapal terbang.

1. Cuba Sampai Awal Di Lapangan Terbang

Datanglah ke lapangna terbang lebih awal dari jadual penerbangan korang. Jika terlambat, pastinya wujud perasaan cemas ketinggalan pesawat. Rasa cemas ini sememangnya tidak akan membantu sebaliknya menjadikan korang lebih teruk! Bayangkan apabila jantung berdengup kencang, ia akan menyikarkan keadaan untuk menjadi relaks ketika di dalam kapal terbang. Paling tidak, cubalah untuk sampai sejam sebelum berlepas.

2. Memilih Tempat Duduk

Untuk memilih tempat duduk, tempahan awal perlu dibuat. Tempahan online boleh membantu korang melihat kedudukan tempat yang korang mahukan. Namun, bagi korang yang mudah rasa cemas ketika kapal terbang ingin berlepas atau mendarat, tempat duduk barisan hadapan adalah paling sesuai. Ini adalah kerana bahagian hadapan agak kurang terasa geloranya.

3. Elakan Minum Kopi Atau Minuman Berkafein

Minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman tenaga boleh membuatkan minda menjadi lebih ‘hyper’ dan menjadikan kita lebih gelisah ketika berada di dalam ketakutan. Antara minuman yang dicadangkan adalah air masak atau jus buah-buahan.

4. Mendengar Muzik Yang Menenangkan

Muzik instrumental atau lagu kegemaran boleh menjadi peneman di kala berada di dalam kapal terbang. Muzik yang lembut juga bakal memberikan korang ketenangan sekali gus menjadikan korang lebih relaks.

5. Cuba Latihan Pernafasan

Menarik nafas dengan betul biasanya akan membuatkan korang berasa lebih tenang. Caranya mudah! Mulakan dengan menutup mata, tarik nafas sedalamnya dengan menggunakan perut, tahan seketika dan kemudian hembus perlahan-lahan. Ulangi beberapa kali dan pastinya teknik ini berkesan untuk menghilangkan rasa gementar yang korang alami.

6. Beritahu Pegawai Penerbangan

Beritahu pramugara atau pramugari yang bertugas bahawa korang mengalaman masalah ‘takut’. Tidak perlu merasa malu kerana rasa takut dan cemas biasanya dirasakan oleh kebanyakan penumpang lain. Krew penerbangan biasanya mempunyai cara tersendiri untuk menenangkan penumpang yang mengalamai Aviophobia mengikut latihan yang diterima.

7. Sibukkan Diri

Kesibukan dengan melakukan beberapa aktiviti biasnya boleh mengalihkan perhatian dan melupakan seketika rasa takut dan cemas ketika berada di dalam kapal terbang. Membaca majalah yang disediakan atau berbual dengan penumpang sebelah mengenai topik menrik juga boleh dilakukan.

8. Jangan Terlalu Berfikir

Cuba jangan terlalu memikirkan bagaimana corak perjalanan yang dikendalikan oleh juruterbang. Terlalu berfikir akan menyebabkan korang rasa panik dan cemas. Jika korang tidak dapat berhenti berfikir, cuba ubah pemikiran korang berkaitan betapa indahnya lokasi yang bakal korang kunjungi apabila tiba nanti dan apa aktiviti yang akan korang lakukan bila berada disana.

Sumber: Majalah LIBUR

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

4 komen pembaca

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik