Hiburan

Encik Mimpi Fans Gathering Di Pak John Steamboat

Pak John Steamboat lagi… Ha kalau korang selalu singgah di Blog Acul ni mesti korang akan nampak banyak update mengenai Pak John Steamboat ni kan dan bukan Acul sahaja yang update, ramai lagi Blogger-Blogger yang update mengenai Pak John Steamboat ni. Sebab apa? Sebabnya Pak John Steamboat ni rajin buat promosi dengan menggunakan medium Blogger dan tak hairan setiap minggu ada sahaja Blogger yang buat artikel mengenai makanan di sana.

Kali ni Acul tanak cerita sangat mengenai Pak John Steamboat eCurve sebab rata-rata pembaca Blog Acul ni dah tau menu makanan disitu dan minggu lepas pun Acul baru tulis mengenai menu krimas Pak John Steamboat eCurve yang ketika ini dah berlangsung sehingga Januari 2015 nanti. Bagi korang yang nak rasa menu makanan istimewa Pak John Steamboat eCurve ni boleh lah serbu ke sana ye

Encik Mimpi Fans Gathering

Encik Mimpi Fans Gathering Di Pak John Steamboat

Ok Untuk artikel ni Acul nak story pasal Encik Mimpi Fans Gathering iaitu Dreemers Club yang baru-baru ni baru sahaja mengadakan Gathering bersama-sama peminatnya untuk kali kedua di Pak John Steamboat eCurve pada 12.12.2014 (Jumaat) yang lalu. Cantik betul tarikh yang dipilih kan?.

Untuk pengetahuan korang, Acul memang dah tahu mengenai Encik Mimpi Fans Gathering anjuran Dreemers Club ni sebab diberitahu oleh ahli Voxscape Entertainment pada bulan November yang lalu dan mereka mencari lokasi untuk buat Gathering. Jadi kami mencadangkan untuk buat di Pak John Steamboat eCurve sebab kami dah biasa berurusan dengan pengurusan disana.

Encik Mimpi Fans Gathering pak john steamboat ecurve

Untuk pengetahuan juga, Acul juga ada mengenali beberapa dengan ahli Dreemers Club ni. So Pada hari Jumaat tu Acul datang bukanlah sebagai peminat tetapi sebagai Blogger yang dijemput oleh Hai!Blogger untuk membuat liputan untuk Gathering ni.

Seramai 10 orang Blogger telah dijemput oleh Hai!Blogger untuk turut sama memeriahkan Gathering Encik Mimpi ni dan diantara yang datang adalah Acul, Halim Brothers, Ina Ainaa, Hazirah Shah, Feeq, Ayu dan Yazid.

Walaupun datang sebagai seorang Blogger namun itu tak menghalang Acul untuk beramah mesra bersama rakan-rakan dari Voxscape Entertaiment, Youtubers Malaysia dan juga ahli Dreemers Club. Mana yang kena sakat tu Acul minta maaf yer. hehe

Sambutan Meriah Daripada Peminat

sambutan meriah daripada peminat encik mimpi di pak john steamboat

Encik Mimpi yang popular dengan single ‘Rindukanlah’ dan ‘Ayuh Tinggalkan Dia’, bakal muncul dengan single terbarunya berjudul ‘Selamat Malam Cinta’ tidak lama lagi yang dengar ceritanya single tersebut berkisahkan mengenai pengalamannya putus cinta. Tak tahu la betul ke tidak. Malas pula nak tanya Encik Mimpi sebabnya Acul dah lama tinggalkan tulis mengenai dunia hiburan ni sejak dari tahun lepas lagi.

Seramai lebih daripada 80 orang peminat yang hadir pada hari Jumaat tersebut dan dengar-dengar cerita juga ada yang dari negeri Terengganu yang sanggup turun ke Kuala Lumpur semata-mata nak berjumpa dengan Encik Mimpi. Memang peminat setia tu.

Event juga dimeriahkan lagi dengan persembahan nyayian tetamu undangan Azhar Mustapa bersama Youtubers Malaysia dan Fero secara akustik. Pelbagai lagu yang telah dipersembahkan kepada peminat-peminat Encik Mimpi. Ternyata persembahan mereka mendapat reaksi yang positif daripada peminat Encik Mimpi dan ada juga antara peminat Encik Mimpi kini menjadi peminat kepada Azhar Mustapa dan Fero. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.

Pada petang Jumaat tu juga pelbagai aktiviti yang diadakan untuk menghiburkan peminat yang datang diantaranya persembahan solo dari Encik Mimpi dan cabutan bertuah. Peminat juga berpeluang membeli CD single Encik Mimpi, T-Shirt Club dan cenderahati dengan harga promosi. Selain dari itu juga peminat yang datang juga tidak lepaskan peluang untuk bergambar dan mendapatkan tanda tangan.

Ada juga peminat yang gunakan peluang ini untuk merakam video ucapan untuk disampaikan kepada rakan yang tidak dapat datang. Video ucapan selamat hari lahir khas dari Encik Mimpi tu. Mesti kawan tu tak lena tidur dibuatnya kan? hahaha

___________

Jutaan tahniah kepada Encik Mimpi dan Dreemers Club yang berjaya menghasilkan sebuah Gathering yang memang meriah. Terima kasih juga kepada peminat-peminat Encik Mimpi yang sporting antaranya Red dan Syeera yang selalu kena sakat dengan Acul.

Kalau ada lagi event-event macam ni jangan lupa ajak Acul lagi okeh 🙂

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik