Food Review

The Mines Foodtopia dari RM9.90 November 2017 Ini

Makan… Makan… Fuh! November 2017 ini The Mines akan melansungkan program FoodtopiaFoodbulous Weekdays Treat” bertempat di The Mines Shopping Mall, Seri Kembangan Selangor, dimana sebanyak 13 outlet makanan yang terlibat sama dalam program ini.

Bile sebut je promosi makan, pastinya ramai diantara kita yang akan ambil peluang ini untuk sertainya. Yela… Makan kan? Siapa yang tak suka makan? Lagi-lagi kalau makanan tu favorite kita. Lagi la kita tak sabar-sabar nak makan.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk sertai program FoodtopiaFoodbulous Weekdays Treat” yang berlansung pada November 2017 ini. Kalau tak nanti rugi pula.

Daftar Sebagai Ahli Capitastar & Nikmati Set Makanan Dengan Harga RM9.90 Nett Sahaja

foodtopia-promo-500x504

Untuk menikmati hidangan set makanan program FoodtopiaFoodbulous Weekdays Treat” dengan harga RM9.90 nett ini anda perlu mendaftar sebagai ahli Capitastar dahulu.

Cara untuk mendaftar anda perlu ke laman web rasmi Foodtopia The Mines dan isi maklumat diri anda. Kemudian anda akan terima email QR Code dimana QR Code ini anda perlu simpan (save) atau screenshot dan tunjukkan pada antara 13 outlet makanan yang terlibat untuk dapatkan set hidangan dengan harga RM9.90. Mudah je kan?

Dibawah ni 13 outlet makanan yang terlibat. Anda boleh pilih mana-mana outlet makanan dibawah ni selepas daftar sebagai ahli Capitastar.

  • Ah Yip Herbal Soup
  • Almendi’s
  • Bar B Q Plaza
  • Dubuyo
  • Esquire Kitchen
  • Fish & Co
  • Kimosasa
  • Makan Culture
  • Nyonya Mama
  • Pizza San Francisco
  • Sepiring
  • The Chicken Rice Shop
  • Teppanyaki

FoodtopiaFoodbulous Weekdays Treat” ini akan berlangsung bermula dari 6 November 2017 sehingga 1 Disember 2017 dan QR Code ini hanya boleh digunakan pada hari bekerja sahaja mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Dibawah ni antara 5 restoran yang berdaftar untuk program FoodtopiaFoodbulous Weekdays Treat” dan 5 restoran ini juga Acul dah cuba hidangannya. Memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Jom tengok apa yang menariknya.

1. Fish & Co

fish-and-co-foodtopia-promo2
rsz_fish-and-co-the-mines-shopping-mall rsz_fish-and-co-footopia

Di Fish & Co yang terletak di level 1 (L1-100*102), anda boleh dapatkan Spaghetti Pomodoro + Coke/Sprite/Iced Tea dengan harga RM9.90 nett sahaja dan dengan tambahan RM1.00, anda akan dapat Mashed Potato.

2. Kimosasa Cafe

Kimosasa-Cafe-foodtopia-promo2
rsz_kimosasa-cafe rsz_kimosasa-cafe-foodtopia

Bagi yang vegetarian anda boleh cuba makanan di Kimosasa Cafe yang menyediakan vegetarian cuisine. Cafe ini terletak di Level 3 (L3-21A).

Untuk program FoodtopiaFoodbulous Weekdays Treat” ini, anda boleh mencuba hidangan (Kimochi Gohan/Sexy Rice/Angry Toufu/Funny Rice + Iced Honey Lomen) dengan harga RM9.90 nett. Makanan yang dihidangkan disini juga adalah halal dan tiada campuran babi. Jadi boleh cuba makan tanpa was-was.

3. Almendi’s

Almendis-Foodtopia-promo2-500x504
rsz_almendis-restoran-foodtopia rsz_almendis-foodtopia

Bagi penggemar makanan dari timur seperti makanan Arab dan Yemen, anda boleh cuba beberapa set makanan yang menarik dengan harga RM9.90 nett di Almendi’s yang terletak di Level 1 (L1-106/107) berhampiran dengan Restoran Fish & Co.

Antara hidangan yang disediakan disini adalah seperti mendi chicken, chicken shawarna, hummus, basbosa dan lain lain yang pasti menyelerakan.

4. Makan Culture

makan-place-foodtopia-promo2-500x504
rsz_makan-place rsz_makan-place-foodtopia

Selain daripada makanan vegetarian dan makanan arab anda juga boleh mencuba hidangan di Makan Culture yang terletak di Level 1 (L1-96B/96C). Disini ada menyediakan pelbagai hidangan yang pasti akan membangkitkan selera anda.

Antara set hidangan yang disini untuk Footopia adalah seperti Minced Chicken Rice, Yong Chow Fried Rice, Vegetarian Kari Laksa atau Dry Curry Kuay Teow bersama dengan Iced Lemon Tea hanya RM9.90 nett.

5. Pizza San Francisco

Pizza-San-Francisco-Foodtopia-Promo-500x504
rsz_pizza-san-francisco rsz_pizza-san-francisco-foodtopia

Untuk penggemar makanan itali apa kata anda cuba nikmati hidangan set Algio Olio Fish, Cioppino Fish atau Carbonara di Pizza San Francisco di Level 1 (L1-65). Hidangan set ini juga dihidangkan bersama soft drink.

Harga untuk set hidangan ini hanya RM9.90 nett sahaja dan anda juga boleh addon Creme Brulee dengan hanya tambahan RM5.00 untuk program Footopia ini.

Kelebihan lain Ahli Capitastar, Foodtopia “Foodbulous Weekdays Treat”

Sebagai Ahli Capitastar, anda bukan sahaja dapat menikmati makanan kegemaran anda di 13 outlet terpilih dengan harga yang sangat berbaloi malahan anda juga boleh mendapatkan Foodtopia Rewards yang memang sangat-sangat berbaloi.

foodtopia rewards

Bagaimana caranya? Anda hanya perlu berbelanja minimum RM30.00 dalam satu resit atau RM80.00 dua resit berbeza pada tarikh yang sama dan anda boleh nikmati ganjaran diatas yang pasti membuatkan anda teruja.

Untuk lagi gambar, anda boleh lihat dalam Facebook Page Aculnetwork.

___

Jadi apa tunggu lagi. Ambil peluang ini untuk nikmati hidangan kegemaran anda dengan harga yang sangat jimat. Jangan lepaskan peluang ini kerana ianya akan tamat pada 1 Disember 2017 ini. Inilah masanya untuk nikmati makanan kegemaran anda dengan harga yang berbaloi.

The Mines Shopping Mall
Jalan Dulang, MINES Resort City,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik