Food Review

Tempat Makan Sedap Di Selangor Boleh Dicuba

Negeri Selangor merupakan antara negeri yang termaju di Malaysia dan sering menjadi tumpuan dari setiap rakyat Malaysia yang ramai berhijrah ke negeri ini untuk mencari rezeki.

Oleh sebab itu, banyak jenis makanan dari pelbagai negeri boleh didapati di negeri ini seperti asam pedas, masak lemak cili padi dan macam-macam lagi.

10 Tempat Makan Sedap Di Selangor

Berikut adalah senarai 10 tempat makan sedap di Selangor yang boleh anda cuba. Lokasi ini juga kebanyakkannya pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3.

Jadi memang tak dapat dinafikan lagi dengan keenakkan hidangan makanan yang disajikan disini. Mungkin ada tempat makan ini yang anda belum cuba. Jika begitu tak salah untuk mencuba kan?

1. Aroma Ikan Bakar

aroma ikan bakar jeram tempat makan sedap di selangor

Aroma Ikan Bakar terletak di Pantai Jeram, Kuala Selangor. Rata-rata yang datang ke sini memberikan respon yang baik. Menariknya restoran ini menghadap laut, jadi kalau nak tengok matahari terbenam sambil menikmati makanan laut anda boleh kesini.

Restoran ini mempunyai ruang makan yang besar dan mempunyai pelbagai pilihan makanan laut, harga juga murah, sedap dan semestinya berbaloi. Bila datang, mesti cuba ketam masak cili, udang tumis petai, kerang bakar dan macam-macam lagi. Pasti menyelerakan dan puas hati.

2. Laman Grill-Steak & Bar-B-Que

laman grill seksyen 13 shah alam

Kalau nak makan steak atau yang bakar-bakar ni, anda boleh cuba makan di Laman Grill-Steak & Bar-B-Que yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam ini. Kedai makan di Shah Alam ni memang best sebab pemiliknya ialah seorang Selebriti Chef yang terkenal iaitu Chef Zubir!

Kalau dalam TV asyik dia yang kritik masakan orang, apa kata anda datang sendiri ke sini rasa sendiri dan komen sedap ke tak! Selain di Shah Alam Chef Zubir ni memeliki beberapa lagi restoran Grill di sekitar KL dan Selangor.

3. Restoran Terapung HM Sri Bagan

Restoran Terapung HM Sri Bagan

Restoran Terapung HM Sri Bagan terletak di Bagan Lalang, Sepang ini merupakan restoran yang berkonsepkan terapung dan merupakan antara tempat terbaik untuk lihat matahari terbenam.

Makanan laut kesemuanya segar dan menyelerakan. Malah, harga setiap makanan laut juga murah dan berpatutan. Jika ke sini, anda mesti cuba ikan siakap bakar, pepahat masak cili, kerang masak serai, ikan kerapu masak stim asam boi dan juga ketam masak berempah.

4. Restoran Al-Rawsha

Restoran Al Rawsha

Bagi pencinta masakan Timur Tengah, Restoran Al-Rawsha yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam adalah antara restoran yang menyajikan pelbagai masakan Timur Tengah yang sedap dan berbaloi. Rekabentuk restoran ini seperti istana. Memang esklusif!

Restoran ini menawarkan pelbagai jenis makanan masakan timur tengah seperti nasi arab, Chicken Kebab Sandwich, Roti Mulawah, Chicken Kabsa dan bermacam-macam lagi.

5. Tudia Char Koey Teow

Tudia Char Koey Teow

Inilah lokasi warung paling santai buat semua penggemar char koey teow. Sajian sepinggan Char Kuey Teow Special dengan hidangan Ketam dan Udang yang sangat sedap. Anda boleh cuba char koey teow ini di Subang Jaya.

Memang seronok bersantai disini sambil menikmati keenakkan sajian char koey teow disini sambil menikmati angin malam.

6. Restoran Mee Ketam Sekyen 7

mee ketam seksyen 7 shah alam

Restoran Mee Ketam Sekyen 7 yang terletak di Shah Alam ini memang menjadi perbualan orang ramai kerana keenakkan mee ketamnya. Ramai pelanggan yang memberikan respon yang baik mengenai restoran ini.

Kalau anda kesini boleh la cuba mee kari, mee sup ala ketam dan udang galah. Memang sedap. Harganya pun agak murah dan berpatutan.

7. Satay Hut

satay hut

Nak rasa sate yang sedap selain daripada sate kajang? Anda boleh cuba Satay Hut yang terletak di Tanjong Karang. Memang sedap sate yang dijual disini. Selain sate, disini juga ada menyediakan pelbagai makanan goreng yang lain.

Kalau hari minggu memang penuh restoran ini. Ada yang sanggup datang dari KL semata-mata nak makan sate disini. Harganya juga amat berpatutan. Boleh cuba!

8. Wang Solo

restoran wang solo

Bagi peminat makanan dari Indonesia, anda boleh cuba menu makanan di restoran Wang Solo yang terletak di Bangi, Kajang dan Shah Alam. Restoran ini memang sentiasa penuh pada waktu tengah hari dan malam.

Antara menu popular disini adalah ayam penyet. Tapi awas! Pastikan anda pesan air sejuk sebab rata-rata makanan disini sangat pedas tapi serius sedap.

9. Yazid Burger

yazid burger shah alam

Terletak di Medan Selera Anjung, Seksyen 7 Shah Alam (belakang UNISEL), Yazid Burger menawarkan pelbagai jenis saiz burger bakar dari kecil hinggalah besar gedabak yang boleh makan untuk 5-6 orang.

Harganya juga amat berpatutan. Boleh cuba jika anda peminat burger bakar.

10. Rojak SS15 Subang Jaya

Rojak SS15 Subang Jaya

Kalau anda ke Subang Jaya, rajinkan diri anda untuk mencuba Rojak SS15 Subang Jaya yang sememangnya terkenal disini dengan Rojak yang berkuah pekat dan sedap. Ada 4 pilihan menu yang boleh anda pilih iaitu rojak biasa, telur, sotong, dan juga telur + sotong.

Lepas dah makan rojak, boleh ke gerai sebelah untuk pekena cendol original. Memang layan kalau makan waktu tengah hari sambil minum cendol.

___

Sebenarnya banyak lagi tempat makan sedap di Selangor yang ada tapi cukuplah kami senaraikan 10 tempat makan sedap di Selangor seperti di atas. Semoga restoran dan lokasi yang Acul kongsikan diatas dapat membantu anda merancang percutian di negeri Selangor.

Nak kongsi kepada Acul pengalaman percutian anda? Hantarkan kepada Acul disini dan Acul akan kongsikan di blog Aculnetwork.

Jangan lupa like page Aculnetwork di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel-artikel menarik seperti ini. Terima kasih.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

8 komen pembaca

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      cuba la. serius sedap weh

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      hehe boleh2 🙂

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik