Food Review

Tempat Makan Sedap Di Perak Untuk Dicuba

Nak cari Tempat Makan Sedap Di Perak? Negeri Perak terkenal dengan syurga makanan terutamanya di Ipoh kerana disini terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh didapati daripada makanan Melayu, India dan makanan Cina / Hainan mahupun pelbagai lagi citarasa yang boleh didapati di negeri ini. Malahan terdapat juga beberapa menu yang unik yang jarang-jarang didapati di tempat lain.

Kebanyakkan restoran yang disenarai dibawah pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 (JJCM) dan surat khabar tempatan. Memang tidak dinafikan dengan populariti restoran ini dan yang penting restoran-restoran ini adalah halal.

10 Tempat Makan Sedap Di Perak

Senarai ini adalah cadangan 10 tempat makan sedap di Perak yang QAcul sediakan untuk anda yang mungkin tercari-cari tempat makan sedap di Perak.

Semoga senarai ini dapat memberikan sedikit sebanyak panduan kepada anda untuk mencari tempat makan sedap di Perak ketika bercuti di Negeri Perak pada masa akan datang.

1. Mee Udang dan Ketam Sempoiii Diraja

Mee Udang dan Ketam Sempoiii Diraja tempat makan sedap di perak

Mee Udang dan Ketam Sempoiii Diraja ini memang popular di Ipoh Perak. Lokasi tempat makan sedap di Perak ini memang menjadi tumpuan penduduk di Ipoh dan penduduk dari negeri lain untuk menjamu selera menu mee udang dan makanan laut yang lain. Bukan setakat Jalan Jalan Cari Makan TV3 sahaja yang pernah ke sini, tetapi banyak media yang telah terjah ke sini seperti Utusan dan Harian Metro.

Selain Mee Udang biasa yang menjadi signature dish kat sini, ada juga menu makanan lain yang tidak kurang popularnya! Antaranya ialah Lobster Bakar,
Ketam Masak Telur Masin, Mee Ketam Nipah, Mee Udang Laut, Siakap Masak 4G dan banyak lagi.

2. JS Muara Restoran

JS Muara Restoran tempat makan sedap di perak

JS Muara Restoran yang berkonsepkan restoran terapung terletak di Kuala Gula Taiping merupakan tumpuan pengunjung yang ingin makan makanan laut dan ikan bakar sambil menikmati keindahan laut.

Kari ikan sembilang, masakan yang jadi identiti restoran ini dan juga kuala gula. JS Muara Restoran juga ernah masuk dalam majalah 3 tentang keenakan kari sembilang di sini.

3. Cendol Bismillah

cendol bismillah taiping perak

Cendol Bismillah merupakan cendol yang sangat popular di Taiping sejak dari tahun 1993. Kalau orang perak teringin nak makan cendol, disinilah lokasi yang menjadi tumpuan. Selain cendol, pasembor juga antara menu makanan yang sangat popular disini.

Kalau nak makan cendol dan pasembor kat sini, datang waktu tengah hari. Memang layan makan waktu cuaca panas. Tapi diingatkan, lokasi ini sentiasa penuh dengan orang. Jadi banyakkan bersabar.

4. Teratak Warisan Kampung Kuala Kangsar

Teratak Warisan Kampung Kuala Kangsar

Teratak Warisan Kampung yang terletak di Kuala Kangsar ini diusahakan oleh pasangan Saidi Othman dan Zaliah Ibrahim yang telah beroperasi hampir 15 tahun berkonsepkan menu masakan kampung.

Di restoran ini menyediakan pelbagai lauk pauk masakan kampung yang diantaranya ikan bakar, sup tulang, udang galah, ayam masak rempah, ulam-ulaman, gulai siput sedut dan macam-macam lagi. Memang syok kalau makan waktu tengah hari.

5. Nasi Lemak Ayam Kampung

nasi lemak ayam kampung ipoh perak

Nasi Lemak Ayam Kampung yang cukup popular di Ipoh yang terletak di Jalan Pitchay. Yang menjadi signature dish di sini sudah tentulah Nasi Lemak Ayam Kampung ! Setiap hari memang berlonggok ayam kampung di dapur kedai ini.

Nasi lemak di sini juga dikukus untuk memastikan aroma dan kelembutan nasi itu terjaga. Memang terbaik kalau makan dengan ayam kampung malam-malam. Bagi mereka yang tak gemar dengan ayam kampung, ada juga lauk lain yang boleh dicuba seperti ayam masak pedas, sambal sotong dan juga sambal kerang.

Bagi mereka yang nakkan privasi makan bersama group atau rakan-rakan sekerja, di sini juga ada menyediakan bilik VIP. Kemudahan surau yang luas dan selesa juga tersedia.

5. Gulam Rasul

gulam rasul teluk intan perak

Restoran Gulam Rasul yang terletak di Teluk Intan ini terkenal pada pengunjung yang suka makan masakan briyani dan gulai. Restoran ini seringkali menjadi tumpuan orang ramai terutamanya waktu tengah hari. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung disini adalah nasi briyani dan ayam gorengnya yang sangat sedap.

6. Nasi Vanggey

nasi vanggey ipoh perak

Kalau sesiapa yang datang ke Ipoh pasti tak sah kalau tak pekena Nasi Vanggey. Vanggey yang bermaksud “Mari” dalam bahasa Tamil sememangnya sudah terkenal di Ipoh dan dinikmati oleh semua bangsa. Nasi Vanggey juga dulu terkenal dengan panggilan Nasi Ganja dikalangan orang Melayu.

Walaupun sekarang sudah terdapat banyak cawangan Nasi Vanggey, tetapi Nasi Vanggey original adalah yang terletak di Jalan Yang Kalsom, iaitu sebuah Kedai Kopi peniaga cina iaitu Yong Suan. Nasi Vanggey dijual di bahagian hadapan kedai kopi, manakala pemilik kedai kopi ini pula hanya menjual air minuman sahaja. Siapa sangka kedai yang kelihatan seperti kedai makanan cina ini, rupanya menjual nasi yang menjadi ketagihan ramai orang.

7. Restoran Simpang Tiga

Restoran Simpang Tiga

Restoran Simpang Tiga yang terletak di Greentown Square Ipoh ini sering menjadi tumpuan pengunjung yang ingin makan masakan Padang yang merupakan menu istimewa masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat, Indonesia.

Disini menyediakan pelbagai lauk pauk yang diantaranya adalah seperti gulai ayam kampung, ayam penyet, ikan pekasam loma, gulai nangka, sambal merah, sambal belacan dan banyak lagi yang pasti meningkatkan selera pengunjung yang datang kesini.

8. Mee Udang Mak Jah

Mee Udang Mak Jah kuala sepetang perak

Lokasi makan mee udang yang sangat terkenal di Perak. Kalau ke Perak terutamanya di Kuala Sepetang, memang rugi kalau tak makan Mee Udang Mak Jah ni. Mee udang yang dihidangkan pula dihidangkan dengan udang galah yang besar. Memang sedap dan puas hati.

Ada yang sanggup datang jauh dari Kuala Lumpur kesini semata-mata nak makan mee udang ni.

9. Restoran Garden Seafood

Restoran Garden Seafood

Restoran Garden Seafood yang terletak di di Tanjung Malim ini terkenal dengan masakan cina yang menyediakan pelbagai menu makanan cina muslim seperti udang galah masak manis pedas bersama ladu, udang goreng mentega, udang galah panggang dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan.

Apa yang menarik disini, udang yang dihidangkan memang besar dan restoran ini penuh dengan barang antik. Sesiapa yang minat dengan barangan antik boleh la menjamu selera di restoran ini. Pelayannya juga berpakaian ala-ala pramugari. Rasa makan kat dalam kapal terbang pula.

10. Medan Selera Taman Kanak-Kanak

Medan Selera Taman Kanak-Kanak

Medan Selera Taman Kanak-Kanak ini memang terkenal di Ipoh kerana disini terdapat beberapa makanan yang dianggap lagenda dan marvellous walaupun hanya terletak di medan selera. Jangan pandang rendah dengan makanan yang ada di medan selera ya.

Antara yang menjadi sebutan pengunjung disini adalah popia basa SS Ali, Satay Endut, ABC Ah Seang, Sup Darus, Nasi Lemak Pandan dan Laici Kang. Belum cuba belum tahu.

___

Senarai diatas bukanlah muktamad tetapi masih terbuka untuk anda cadangkan tempat makan sedap di Perak yang mungkin lebih sedap dan lebih baik. Semestinya citarasa setiap individu adalah berbeza, tetapi populariti sesebuah tempat tidak boleh dipertikaikan.

Semoga anda suka dengan pilihan tempat makan sedap di Perak ini dan semoga anda dapat merancang percutian anda di negeri Perak dengan lancar.

Nak kongsi kepada Acul pengalaman percutian anda? Hantarkan kepada Acul disini dan Acul akan kongsikan di blog Aculnetwork.

Jangan lupa like page Aculnetwork di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel-artikel menarik seperti ini. Terima kasih.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

2 komen pembaca

  1. Rizal Rahman
    Rizal Rahman

    banyak tempat tak pernah sampai lagi walaupun kampung kat perak hehe

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      hhehe.. tak apa nanti ada masa pergi la ke tempat2 tu. acul pun banyak gak tempat tak pergi lagi hehe

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik