Food Review

Senarai Tempat Makan Sedap Di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur selain menjadi tumpuan pelancong untuk bercuti dan membeli-belah, Kuala Lumpur juga dikenali sebagai syurga makanan untuk pelancong kerana boleh dikatakan kesemua makanan popular di negeri dalam Malaysia boleh didapati di sini.

Bahkan, disini juga terdapat pelbagai pilihan restoran dari negara luar seperti restoran makanan jepun, korea, makanan barat dan sebagainya yang pastinya menjadi pilihan penduduk tempatan dan pelancong dari luar.

15 Tempat Makan Sedap Di Kuala Lumpur

Sekiranya anda bercuti ke Kuala Lumpur, bolehlah singgah di mana-mana restoran dan tempat makan sedap di Kuala Lumpur seperti di bawah baik untuk sarapan pagi, makan tengah hari ataupun makan malam. Lebih-lebih lagi bersama keluarga, pasangan atau sahabat handai. Pastinya memberikan pengalaman dan kenangan indah buat anda.

Majoriti restoran yang dinyatakan di bawah sudah bertahun lamanya mendapat tempat di hati kalangan warga ibu kota Kuala Lumpur dan sering menjadi tempat liputan untuk penggambaran rancangan tv. Jom kita lihat senarai 15 tempat makan sedap di Kuala Lumpur.

1. Restoran Mee Tarik Warisan Asli

mee tarik warisan asli

Destinasi yang terkenal dengan makanan Cina Muslim menghidangkan pelbagai jenis masakan mee bergoreng dan bersup yang menu-menu masakannya dibawa khas dari China merupakan antara tempat makan sedap di Kuala Lumpur yang sangat terkenal disini.

Yang uniknya mee yang ada di sini memang sangat kenyal tidak seperti mee kuning biasa dan pengunjung boleh melihat sendiri bagaimana mee tarik ini dibuat dengan tangan secara live. Selain itu juga anda boleh cuba ba bao tea yang sangat popular di restoran ini. Anda Boleh ke restoran ini yang terletak di Jalan Utama Tasik 3, Kuala Lumpur.

2. Restoran Raso Omak Den

Restoran Raso Omak Den

Nama restorannya sudah cukup untuk menggambarkan yang menu-menu di sini lebih kepada masakan asli orang Negeri Sembilan. Memang banyak pilihan masakan lauk pauk kampung yang ada di sini dan yang popularnya semestinya aneka masak lemak cili api, keli sambal, sambal tempoyak daun kayu, itik salai, daging salai, ayam kampung salai, ikan bakar dan macam-macam lagi.

Kalau anda orang Negeri Sembilan yang teringin nak makan sedap menu kampung sendiri, anda boleh ke restoran ini di Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur pada setiap hari (kecuali Jumaat).

3. Gerai Ikan Bakar Seri Menanti Jalan Bellamy

Gerai Ikan Bakar Seri Menanti Jalan Bellamy tempat makan sedap di kuala lumpur

Kalau bercakap pasal destinasi ikan bakar di Kuala Lumpur, salah satu tempat yang best di KL yang boleh anda cuba ialah di warung yang terletak di Jalan Bellamy berdekatan dengan Muzium Diraja KL. Pelbagai pilihan lauk yang dibakar ada di sini seperti ikan terubuk, ikan kembung, ayam kampung, sotong, pari dan sebagainya.

Yang menjadikan ikan bakar di sini sedap adalah kerana resepi rempah ikan bakarnya dibuat sendiri yang memang tiada di tempat lain. Dicadangkan untuk datang ke sini sebelum waktu makan tengahari untuk mengelak bertembung dengan pekerja-pekerja sektiar yang makan di sini. Kalau tidak, jenuh nak menunggu tempat duduk kosong.

4. Restoran Mee Kari Udang Galah

Restoran Mee Kari Udang Galah tempat makan sedap di kuala lumpur

Mee Kari udang galah merupakan satu menu yang sangat unik yang susah nak didapati di tempat lain. Namun di Kuala Lumpur, anda boleh mencubanya di Restoran Mi Kari Udang Galah, Bandar Sri Permaisuri yang diresepikan oleh Haji Saharuddin.

Memandangkan trademark di sini adalah udang galah, maka banyak juga menu lain yang turut dimasak dengan melibatkan kelibat si udang galah seperti mee rebus udang galah, nasi beriyani udang galah, mee goreng udang galah & mee bandung udang galah. Mengikut bajet masing-masing pengunjung boleh pilih sendiri saiz udang galah yang hendak dimakan.

5. Gobang Maju Patin Tempoyak

 Gobang Maju Patin Tempoyak

Kalau di Temerloh, Pahang nama Gobang ini memang cukup popular dengan masakan patin tempoyak yang sedap & lazat sehingga seantero Malaya katanya. Tak perlu ke Temerloh kerana di KL juga ada cawangannya yang juga menggunakan resepi yang sama dan terletak di Jalan Sri Rejang 1, Taman Sri Rampai.

Selain masak tempoyak, restoran ini juga ada menyediakan menu masakan lain seperti mee kari daging, ikan bakar, ikan patin goreng, siput sedut, udang galah, gulai ayam & beberapa menu ikan sungai lain yang sesuai untuk anda menjamu masakan orang Pahang untuk makan tengahari di Kuala Lumpur.

6. Muhibbah Seafood Restaurant

Muhibbah Seafood Restaurant

Sekiranya anda ingin mencari menu masakan panas, makanan laut & masakan ala-ala Thai, bolehlah datang ke Restoran Muhibbah Seafood yang terletak di Sungai Penchala, KL.

Kedainya luas, pemandangan sekitarnya menyamankan seperti di luar bandar & ditambah pula dengan makanan yang sedap, memang kombinasi terbaik. Anda boleh ke sini samaada untuk makan tengahari ataupun untuk makan malam.

7. Nasi Ayam Hainan Taman Melawati

Nasi Ayam Hainan Taman Melawati

Menu simple dan lokasi kedainya biasa-biasa sahaja namun pelanggan yang datang waktu tengahari untuk lunch memang luar biasa ramainya. Kedai ini terletak di Medan Selera Taman Melawati dan diusahakan oleh pasangan Cina Muslim yang sudah bertapak lebih 30 tahun di KL.

Harga pun berpatutan dan sesuai untuk anda yang ingin rasai sendiri kesedapan nasi ayam hainan. Beroperasi setiap hari kecuali Khamis dan bermula 11 pagi sehingga habis lauk. Kebiasaanya sebelum Asar sudah habis.

8. Nasi Lemak Saleha

Nasi Lemak Saleha

Bagi yang merindui nasi lemak kampung yang sedap, salah satu destinasi yang paling popular di Kuala Lumpur adalah di Restoran Nasi Lemak Saleha yang terletak di Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur. Macam-macam lauk nasi lemak ada baik sambal ikan bilis, paru, sotong, rendang, sambal kerang dan sebagainya.

Walaupun signature dish mereka adalah nasi lemak berlauk, namun bukan bermakna tiada pilihan makanan lain yang sedap di sini. Anda juga boleh bersarapan pagi atau makan malam di sini dengan roti canai, pulut kuning, lontong, satay, laksa, nasi ayam, mee kari & pelbagai makanan santai bergoreng lain seperti pisang goreng atau popia goreng.

9. Nasi Lemak Antarabangsa

Nasi Lemak Antarabangsa

Antara jenama nasi lemak di Kuala Lumpur yang popular paling lama berada di Kuala Lumpur sejak tahun 70 an lagi. Nasi Lemak Antarabangsa diresepikan oleh Puan Normi dan telah banyak menjadi liputan rancangan tv dalam negara. Kalau di Kampung Baru, Kuala Lumpur gerai nasi lemak ini sentiasa penuh terutamanya sebelah malam.

Nasi lemak yang disediakan boleh dimakan dengan pelbagai pilihan lauk seperti kerang, sambal sotong, paru, rendang dan sebagainya. Waktu puncak terutamanya hujung minggu memang kena beratur jawabnya walaupun hanya nak dapatkan sebungkus nasi lemak.

10. The Khan Mongolian Restaurant

The Khan Mongolian Restaurant

Kalau anda suka makanan seafood/BBQ sambil makan malam ramai-ramai bersama keluarga, salah satu restoran yang menarik dan boleh anda cuba adalah di The Khan Mongolian Restaurant yang kepakarannya menghidangkan Mongolian Muslim BBQ & steamboat.

Selain itu, ada macam-macam lagi hidangan ala-ala Mongolia yang pasti memberi anda satu pengalaman makan yang unik. Terletak di Taman Danau Kota, KL & dibuka bermula 5 petang -12 malam.

11. RSMY House of Real Beriani (Restoran Selera MY)

RSMY House Of Real Beriani

Restoran yang menyediakan pelbagai makanan baik yang ringan mahupun makanan berat seperti nasi beriyani. Sering dipenuhi pengunjung dari sekitar ibu kota yang ingin menjamah menu popular di restoran ini seperti roti cheese nan leleh, ayam tandoori, nasi beriyani bukhari dan pelbagai menu menarik lain.

Anda boleh ke mana-mana cawangan restoran ini di sekitar KL yang terletak di Off Jln Masjid India, Jln Medan Tuanku ataupun di Danau Kota (belakang Hosptal Columbia).

12. Restoran Rebung

Restoran Rebung

Bagi yang ingin sarapan pagi, makan tengahari buffet atau makan malam dengan selera orang Melayu dengan pelbagai pilihan menu makanan, apa kata anda ke Restoran Rebung yang dimiliki oleh chef selebriti terkenal tanahair, Dato’ Chef Ismail.

Boleh dikata one stop centre untuk mereka yang ingin makanan ala kampung yang sedap di KL baik dari hidangan santai, kuih muih, sehinggalah lauk pauk yang pasti membuatkan anda pening nak memilih.

Lokasinya strategik mudah diakses dari ibu kota KL di Jalan Tanglin, Tasik Perdana serta mempunyai tempat parking yang lapang, kedai yang besar dan kemudahan yang lengkap untuk pengunjung seperti makan di hotel. Dibuka 7 hari seminggu dari 7.00 am – 10.oo pm.

13. Restoran Sambal Hijau

Restoran Sambal Hijau

Restoran yang terletak di Kampung Sungai Penchala, KL ini sangat menarik untuk anda terjah kalau ingin menu masakan lauk pauk kampung yang banyak pilihan dan sedap.

Baik untuk makan tengahari atau malam, restoran ini tidak pernah lekang dengan kunjungan pelanggan setempat untuk menjamu lauk kampung seperti daging salai masak lemak cili api, udang galah masak lemak, gulai ketam, aneka kerabu, ulam-ulaman dan sebagainya. Kalau dikira tray lauk yang ada di sini, memang lebih daripada 15 jenis.

Walaupun Restoran Sambal Hijau ini beroperasi dari awal pagi sehinggalah lewat malam setiap hari, waktu terbaik untuk datang merasa menu-menu yang masih banyak & panas sekitar 9 pagi -12 tengahari. Kalau lambat atas nasib dan rezeki anda, kalau ada ada kalau habis habislah.

14. Restoran Satay Zaini

 Restoran Satay Zaini

Bercakap pasal satay, pasti Restoran Hj Samuri di Kajang yang terlintas di fikiran anda yang mana merupakan satu tempat makan menarik di Selangor untuk pelancong. Namun kalau anda di KL & inginkan kelainan rasa satay tetapi tetap sedap, apa kata ke Satay Zaini di Jalan Kolam Ayer Lama di Ampang, KL.

Satay Zaini yang sudah bertapak lebih 35 tahun di KL boleh dikatakan merupakan pencabar terdekat dari segi populariti kesedapan Satay Kajang. Pelbagai jenis satay yang ada di sini seperti satay perut muda, satay ayam, daging, satay hati ayam, satay kambing & satay limpa.

Yang paling mendapat sambutan di sini adalah satay daging & satay perut muda dan yang pasti kuah kacangnya memang lemak berempah lain dari tempat lain. Kalau datang malam sebaiknya sekitar 7-9 pm kalau tidak makan aranglah jawabnya.

15. Samudra Exotic River Fish Restaurant

Samudra Exotic River Fish Restaurant

Restoran yang terletak di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur ini sangat ideal untuk anda sekiranya berhajat nak makan ikan sungai terutamanya dari Sungai Pahang seperti ikan patin buah, lampam, sebarau, tenggalah, baung, kerai, udang galah dan sebagainya.

Dan sudah tentu menu-menu lauk di sini lebih kepada ala-ala masakan kampung seperti masak tempoyak, asam pedas, lemak cili api, bakar sambal dan aneka jenis masakan kampung lain.

Dibuka dari 11.00 pagi sehingga 10.00 malam sesuai untuk anda lunch/dinner di sini. Suasana restoran pun luas, tenang dan sangat selesa baik untuk makan berdua atau secara berkumpulan.

___

Kalau anda inginkan sesuatu tempat di Kuala Lumpur yang mempunyai banyak pilihan makan, destinasi Kampung Baru merupakan jawapan yang tepat baik untuk makan pagi, tengahari atau malam. Namun di kawasan ini memang sentiasa penuh dan kesabaran memang diperlukan terutamanya kalau nak cari parking kereta.

Apa yang pasti kalau anda bercuti sehari dua di Kuala Lumpur pasti tak dapat nak terjah kesemua restoran-restoran menarik di Kuala Lumpur di atas. Semoga senarai 15 tempat makan sedap di Kuala Lumpur seperti di atas memberi anda idea mana nak terjah untuk acara jalan jalan cari makan di Kuala Lumpur anda kelak. Sila komen di bawah sekiranya anda ada cadangan destinasi makan menarik lain di KL.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik