Food Review

Buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan Shah Alam

Buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan Shah Alam | Seperti yang kita semua sudah maklum bahawa tak lama lagi kita dah nak berjumpa dengan bulan Ramadhan yang mulia tahun ni. Serius tak sabar nak tunggu bulan puasa ni sebab inilah waktunya untuk beribadah untuk mengumpul pahala yang berlipat ganda.

Siapa kat sini dah sedia nak tempuhi bulan Ramadhan? Mesti ramai juga yang tak sabarkan? Macam biasa, time puasa mesti kita dah terfikir-fikir nak berbuka juadah apa nanti dan kat kedai makan mana nak pergi. Mula-mula mungkin la nak makan kat rumah, tapi nanti-nanti mesti ada yang nak berbuka kat luar.

Rasai Keenakkan Citarasa Dua Sempadan Thai & Utara Malaysia Di Buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan

buffet ramadhan 2017 laman kayangan shah alam

Jika korang masih lagi terfikir-fikir nak berbuka puasa dimana nanti apa kata korang cuba berbuka puasa di Laman Kayangan Shah Alam yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Baru-baru ni Acul dijemput lagi untuk mencuba menu juadah berbuka puasa disini. Tahun 2017 ni merupakan tahun yang ke-5 Acul dijemput oleh Laman Kayangan.

Ramai juga rakan-rakan blogger dan media yang hadir ketika Preview Buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan ni pada 28 April 2017 yang lepas. Waktu ni lah kami semua akan mencuba sendiri menu juadah hidangan yang akan dihidangkan pada bulan puasa nanti.

Seperti tahun yang sebelumnya yang berkonsepkan Asean Bazar, tahun 2017 ini Laman Kayangan masih lagi dengan pelbagai aneka masakan dan juadah berbuka puasa yang akan dihidangkan secara buffet.

laman kayangan buffet ramadhan 2017

Bagi tahun 2017 ini Laman Kayangan membawakan konsep “Citarasa Dua Sempadan Thai & Utara Malaysia” dengan pelbagai pilihan menu makanan dari dua Negara yang boleh dipilih oleh para tetamu.

buffet ramadhan laman kayangan 2017

Antara menu makanan citarasa Malaysia yang disediakan adalah seperti Nasi Special Segi Seri, Ayam Gulai Darat dengan rebung, sup tulang, ayam berempah, ikan lemak tempoyak, daging acar dan banyak lagi.

Manakala menu makanan citarasa Thai pula adalah seperti Nasi Goreng Nenas, Ayam Kari HijauTerung Pipit, Daging Musamman dengan Rebung (Neux Musamman Nho Maopai), Ikan Daun Selasih dengan Cili, pelbagai sos istimewa dan banyak lagi. Tetamu juga turut boleh merasai Kambing panggang yang disediakan dengan tiga sos istimewa.

murtabak king buffet ramadhan laman kayangan shah alam
Murtabak King. Sedap!
juadah berbuka puasa laman kayangan shah alam

Laman Kayangan juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk tetamu yang berbuka puasa disini. Antara kemudahan yang disediakan adalah:

  • Parking Kereta Percuma
  • Surau untuk solat
  • Dewan makan berhawa dingin
  • Akses Wifi Percuma
  • Kaunter Pembayaran Zakat
  • Persembahan Muzik Ghazal

Senang kata kemudahan yang disediakan memang memudahkan tetamu. Memang selesa berbuka puasa disini sambil menikmati hidangan juadah berbuka puasa yang enak. Bagi yang nak membayar zakat juga boleh ambil peluang untuk membayar zakat pada hari Jumaat setiap bulan puasa ini.

SENARAI HARGA BUFFET RAMADHAN 2017

Tempahan yang dibuat sebelum 25 Mei 2017
Promosi Early Bird – RM45.00 seorang dewasa.

Senarai Harga Buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan Shah Alam

Harga Dewasa
RM59.00 seorang

Kanak-Kanak/Warga Emas
RM35.00 seorang

Pakej Berbuka Puasa Keluarga
Pakej 5 Dewasa – RM 295 & Percuma 2 kanak-kanak/warga emas
Pakej 9 Dewasa – RM 531 & Percuma 1 dewasa

Pakej Berbuka Puasa Buffet Korporat/Berkumpulan

Pakej 10 Meja – RM 5,900

Percuma 1 meja
100 Special Doogift

Pakej 50 Meja – RM 29,500

Percuma 1 meja
500 Special Doogift
5 ‘Raya’ Hampers
2 Bunting
Screen Projector & P.A. System

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi nombor dibawah.

019 – 250 3090 / 012 – 253 3973 / 012 – 387 1775 / 019 – 376 0149

Website | Facebook | Instagram

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

15 komen pembaca

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      Hehe… Ada la rezeki tu nnti :p

  1. menarik siap ada harga pakej,senang nak wat gathering buka puasa ngan family ni

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      Betul tu 🙂

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      Hehe kan 🙂

  2. bestnya kalau dapat pi.. Tq acul ziarah blog saya. Moga dipermudahkan untuk mencarum Takaful. jangan lupa buat income replacement for breadwinner.

    cheers
    mbk

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      sama2. nanti bulan puasa try la pegi hehe 🙂

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik