Food Review

RedMummy Baby Shower Event Di Orange Berries Cafe

Siapa yang tak kenal dengan Blogger Redmummy.com kan? Rasanya rata-rata kenalan saya terutamanya rakan Blogger pasti mengenali beliau yang lebih dikenali dengan panggilan kak Red. Baru-baru ini kak Red telah bekerjasama bersama dengan Halim Brothers dari HaiBlogger untuk mengadakan majlis Baby Shower Event di Orange Berries Cafe yang terletak di Kompleks PKNS Shah Alam.

Event Baby Shower yang berlangsung pada 30 November 2014 bersamaan hari Ahad yang lepas bertujuan untuk memberi kejutan kepada bakal ibu iaitu Puan Liza rakan baik kepada kak Red sebagai meraikan beliau yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Majlis Baby Shower ini juga telah disertai oleh rakan-rakan Blogger kak Red bersama kenalan beliau dan kenalan Puan Liza.

RedMummy Baby Shower Event

redmummy baby shower event orange berries cafe
Ha.. Nampak tak muka terkejut tu hehe 😀

Majlis kejutan yang telah dirancang rapi sejak seminggu sebelum tarikh event ternyata berhasil kerana telah memberikan satu kenangan yang bermakna buat Puan Liza. Kalau korang nak tahu, rancangan majlis ini dibuat melalui email rakan-rakan Blogger sahaja dan kenalan tertentu sahaja serta kami semua dimaklumkan tidak ada sebarang kemaskini di social media dan Blog kerana takut diketahui oleh Puan Liza.

Event Baby Shower ini bermula dari jam 2.30 petang sehingga lewat petang. Kesemua yang hadir juga turut mengikut tema yang ditetapkan dengan memakai baju berwarna biru. Majlis diteruskan selepas Puan Liza masuk ke dalam Orange Berries Cafe dan diraikan oleh kenalan-kenalan yang hadir. Memang nampak wajah beliau yang terkejut dengan event yang dibuat.

Rasanya ramai kenalan Blogger yang tahu siapa ayah dan ibu kepada baby yang didukung oleh Blogger Norfanil dan Auni Afifah ni kan?
Majlis Baby Shower disempurnakan oleh rakan Blogger BroFramestone sebagai pengerusi majlis yang mewakili kak Red dan Melastik Bintang sebagai pembaca doa. Blogger yang hadir juga turut menerima hadiah cabutan bertuah. Ternyata rakan-rakan Blogger tidak pulang tangan kosong. Acul pun dapat tau!

Antara Blogger yang hadir ke Redmummy Baby Shower Event di Orange Berries Cafe PKNS Shah Alam ini adalah BroFramestone, Iera Khan, Halim Brothers, Auni Afifah, Norfanil, Melastik Bintang, Hilal Azmi, kak Akma Omar dan ramai lagi.

Orange Berries Cafe Food Review

makan tengah hari di orange berries cafe pkns shah alam

Terlebih dahulu Acul, rakan-rakan Blogger dan pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Orange Berries Cafe kerana menaja lokasi dan makan tengah hari kami untuk Redmummy Baby Shower Event ini.

Orange Berries Cafe baru sahaja dibuka kepada orang ramai pada bulan Oktober 2014 yang lalu di Kompleks PKNS Shah Alam. Orange Berries Cafe diusahakan oleh En. Kamarul dan keluarganya.

Antara menu yang disajikan di Orange Berries Cafe adalah produk berasaskan yogurt, minuman sejuk, laksa penang, laksa johor, mee kari dan mee jawa. Jika korang peminat kepada Tutti Fruity, Korang boleh cuba yogurt di Orange Berries Cafe. Memang puas hati dan harganya juga berpatutan. Sesuai untuk bawa anak-anak korang kesini.

Bagi korang yang nak mencuba menu yang ada di Orange Berries Cafe bolehlah datang ke Kompleks PKNS Shah Alam. Antara landmark yang boleh anda cari adalah Taman Tasik Shah Alam, Plaza Alam Sentral dan SACC Mall. Orange Berries Cafe terletak bersebelahan dengan restoran Tempayaki menghadap ke tempat menunggu teksi.

Ketika ini Orange Berries Cafe seding giat melalukan promosi sebanyak 15% untuk yogurt dengan harga serendah RM4.50 untuk 100gram. Harga purata setelah diletak dengan perasa dan tambahan lain diantara RM7.00 hingga RM10.00 sahaja.

______________

Sedikit sebanyak event seperti ini ternyata mampu mengeratkan lagi hubungan diantara kenalan-kenalan Blogger yang hadir. Tak semua rakan Blogger yang Acul selalu jumpa. Biasanya banyak berhubung di Facebook sahaja.

Ada juga Blogger yang Acul tak kenal yang turut hadir di Redmummy Baby Shower Event ni namun itu tidak menjadikan Acul tidak bersosial walaupun sibuk mengambil gambar. Apa-apapun semoga Puan Liza dikurniakan dengan cahaya mata yang comel dan sihat serta dipermudahkan segala urusan pada masa akan datang. Amin.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik