Fesyen

15 Tips Solekan Nude Untuk Gadis Yang Bertudung

Wanita dituntut didalam agama islam supaya tidak berlebih-lebih dalam berhias. Namun, wajah tidak harus dibiar pucat lesi dan kusam. Nanti orang lari pula bila tengok wajah yang pucat lesi ni. Susah pula!

Sekarang ini macam trend pula dengan adanya solekan nude buat para hijabis. Solekan minimalis untuk menyerlahkan kesegaran wajah agar tidak kelihatan kusam.

Tips Solekan Nude Buat Gadis Berhijab

Tips Solekan Nude Buat Gadis Berhijab

Kat sini Acul nak kongsikan tips solekan nude untuk gadis yang bertudung. Tips solekan Nude ni Acul dapat dari Majalah InTrend milik isteri Acul. Saja nak kongsikan disini untuk dimanfaatkan oleh pembaca blog ini.

1. Penjagaan Kulit

Pertama sekali dalam mengikuti tips solekan nude ini, seharusnya solekan dimulakan dengan penjagaan kulit. Sapukan serum atau pelembap sebelum memulakan sapuan bedak asas.

2. Litupan Asas

Solekan nude bukan bererti kamu tidak memerlukan litupan bedak asas. Pilihlah daripada jenis cecair untuk litupan lebih ringan.

3. BB/CC Cream

Atau cukup dengan hanya menggunakan BB/CC cream pengganti bedak asas cecair tadi.

4. Berus Aplikasi

Sapu menggunakan berus bedak asas. Anda juga boleh menggunakan jari tetapi pastikan jari benar-benar bersih sebelum menyapunya.

5. Menggunakan Jari

Jika menyapukan bedak menggunakan jari, gosok-gosokkan teksturnya menggunakan hujung jari telunjuk dan ibu jari untuk memberikan rasa ‘warm’ pada bedak itu.

6. Tona Bedak Asas

Untuk pemilihan warna bedak, jika bedak cecair itu dipilih setona lebih cerah, seimbangkannya dengan setona lebih gelap untuk sapuan bedak tabur/padat seterusnya. Begitu juga sebaliknya.

7. Penyamar Cela

Solekan natural biasanya mengabaikan penyamar cela. Bedak asas yang bagus itu sendiri mampu menutupi cela tanpa bercapuk. Namun, untuk tips solekan nude ini, jika mempunyai cela yang teruk, gunakan sahaja bedak asas stik atau krim untuk memudarkannya dengan selapisan lebih tebal pada bahagian bermasalah itu.

8. Translucent Powder

Pilih translucent powder sebagai kemasan akhir solekan asas. Ambil bedak menggunakan berus dan layangkan berus ke udara untuk membuang lebihan bedak.

9. Pemerah Pipi

Untuk warna pemerah pipi, pilihlah rona soft pink untuk tona kulit cerah, peachy pink untuk tona kulit medium dan brownish pink bagi berkulit gelap.

10. Shimmery Blusher

Sebaiknya, gunalah shimmery blusher yang memberikan efek pipi lebih berkilau dan sesuai untuk solekan nude yang tidak punya banyak mainan warna.

11. Pengkonturan Wajah

Untuk membina kontur wajah atau shading, gunalah bronzing powder atau bedak padat setona lebih gelap daripada kulit. Jangan pilih tona yang terlalu gelap. Adun sempurna menggunakan berus.

12. Ukiran Kening

Gunakan maskara kening untuk membentuk kening agar bentuk kening terlihat lebih natural. Usah dibentuk terlalu tajam menggunakan pensel kening tajam atau menggunakan warna terlalu gelap. Pilih celak kening coklat atau kelabu cerah.

13. Pembayang Mata

Pilih warna pembayang mata rona tanah, beige atau keemasan pudar. Sapukan sekadar cuma di segenap kelopak mata.

14. Alitan Celak Mata

Lukiskan celak mata dibawah umbi bulu mata dengan cara menarik kelopak mata ke atas dan leretkan celak di dalam garis bulu mata itu bukan di atas mata.

15. Bulu Mata XXL

Tidak perlu bulu mata palsu, hanya teknik bermaskara yang betul perlu diaplikasikan untuk mendapatkan lentikan bulu mata tebal natural. Kepitkan bulu mata terlebih dahulu.

Kemudian, sapukan maskara dengan menekan bulu mata betul-betul dari akarnya lalu diangkat ke atas secara perlahan dan secara berzig zag. Setelah cukup dua sapuan,gunakan hujung berus maskara, sapukan sekali lagi pada bahagian yang sukar dicapai seperti hujung dalam mata.

___

Acul harap tips solekan Nude ni berguna untuk anda yang memang mencari tips solekan. Semoga membantu.

SUMBER: InTrend

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik