Event

SACC Rai 43 Anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

Seramai 43 anak-anak yatim dari Rumah Amal Al-Firdaus Seksyen U16, Denai Alam diraikan bersama-sama oleh SACC Convec dan Kelab Golf Seri Selangor (Seri Selangor) baru-baru ini di dalam majlis berbuka puasa di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Majlis berbuka puasa yang berlangsung pada 31 Mei 2017 ini juga turut dihadiri oleh Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Kumpulan Nasyid Hijjaz, rakan media, blogger dan para penaja yang turut sama meraikan anak-anak yatim dari Rumah Amal Al-Firdaus ini.

Majlis Berbuka Puasa Bersama-sama Anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

SACC Rai 43 Anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

Objektif majlis berbuka puasa ini dilaksanakan sebagai inisiatif bagi menyemarakkan keberkatan bulan Ramadan dengan aktiviti bersedekah dan amal jariah serta menimbulkan keinsafan kepada diri dan melatih diri menjadi individu yang lebih bertimbang rasa dan tidak melupakan mereka yang tidak bernasib baik.

Peluang ini juga dimanfaatkan sebaiknya oleh SACC Convec dan Seri Selangor untuk menghulurkan bantuan serta sumbangan bagi menggembirakan hati anak-anak yang kurang bernasib baik ini untuk lebih ceria dalam suasana Ramadan serta menyambut Syawal tidak lama lagi.

buka puasa bersama anak yatim rumah amal al-firdaus di SACC shah alam

Program yang bermula dari jam 6.30 petang ini dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Pengurus Besar SACC Convec, Nasrudin Abu Bakar dan seterusnya disusuli dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Imam Nashwati yang diterbangkan khas dari Syria oleh Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Majlis berbuka puasa ini juga turut meraikan ahli keluarga pekerja SACC Convec dan penggiat media bagi merapatkan sillaturahim bersama pengurusan tertinggi SACC.

penyampaian hadiah dan sumbangan SACC kepada anak yatim rumah amal al-firdaus

Dalam majlis ini juga, SACC Convec turut menyampaikan sumbangan duit raya dan hadiah kepada anak-anak yatim Rumah Amal Al-Firdaus sebagai komitmen juga sokongan moral serta keprihatinan sosial membabitkan insan kurang bernasib baik. Sumbangan ini turut ditaja oleh Adabi Consumers Industries Sdn Bhd dan Joshafa Sdn Bhd.

Antara tetamu kenamaan yang hadir termasuk Ahli Lembaga Pengarah SACC, Siti Zubaidah Abdul Jabar; Ketua Exco SACC Convec, Mohamad Sharif Mok Sum; Pengurus Besar Operasi Kelab Gold Seri Selangor, Hairul Hisham Mohamad Zaini dan Naib Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Abdul Aziz Abu Bakar.

persembahan kumpulan nasyid hijjaz di sacc

Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) juga turut mengambil kesempatan melalui majlis berbuka puasa ini membuat jualan voucher sumbangan untuk pelarian di Syria seperti baju sejuk, selimut dan tajaan makanan.

Majlis diakhiri dengan persembahan dari Kumpulan Nasyid Hijjaz dan solat terawih yang diimamkan oleh Ustaz Imam Nashwati.

SACC Convec adalah badan pengurusan dimiliki sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjalankan operasi Pusat Konvesyen Shah Alam di bawah jenama ‘Blooms Hospitality’. Syarikat pengurusan hospitaliti ini ditubuhkan untuk menawarkan tempat, khidmat pengurusan acara, khidmat katering, pengurusan dan perundingan kepada para pelanggannya.

___

Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan lagi dan lebih kerap diadakan untuk membantu meringankan beban dan menggembirakan mereka yang tidak bernasib baik dalam suasana bulan Ramadhan ini dan menceriakan mereka untuk menyambut syawal tidak lama lagi.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

6 komen pembaca

  1. Liz
    Liz

    bulan puasa ni la waktu utk perbykkan beramal. tahniah sacc

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik