Event

Pakej Perkahwinan Murah di Pameran Pengantin MEFA Mei Ini

Pameran Pengantin terbesar di Malaysia (Malaysia Wedding Festival – MEFA) kini kembali lagi dengan edisi ke-16 setelah kejayaan pada edisi-edisi sebelum ini yang banyak membantu bakal pengantin mendapatkan pakej perkahwinan murah untuk majlis perkahwinan mereka.

Pameran Pengantin MEFA adalah anjuran MEFA Events Sdn Bhd yang akan berlangsung pada tarikh 12 hingga 14 Mei 2017 yang bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC). Jadi bakal pengantin inilah peluang untuk korang cari pakej kahwin yang sesuai untuk majlis korang.

5 Sebab Kenapa Perlu Ke Pameran Pengantin MEFA

pakej perkahwinan lengkap 2017

Acul nak kongsikan kepada korang 5 sebab kenapa korang perlu ke Pameran Pengantin Malaysia Wedding Festival 12 hingga 14 Mei 2017 ini. Pastikan korang ‘save the date’ Pameran Pengantin ni. Kalau tak nanti rugi pulak terlepas promosi-promosi pakej perkahwinan yang ada kat sini.

1. Lebih 100 Booth Perkahwinan

pakej perkahwinan 2017

Kalau korang ke Pameran Pengantin MEFA ni mesti korang akan rambang mata! Serius beb! Sebabnya… Kat sini ada banyak pilihan pakej perkahwinan yang boleh korang pilih. Antaranya seperti katering, dewan, hotel, photographer, videographer, pelamin, andaman, baju pengantin dan banyak lagi.

Waktu ni la nak cari perkhidmatan perkahwinan yang sesuai. Selalu kita dengar dari mulut kawan-kawan, tengok di Facebook dan Instagram. Kali ni korang boleh lihat sendiri dari depan mata. Nak cuba menu makanan dari katering kat sini pun boleh.

2. Potongan Harga Pakej Perkahwinan

Potongan Harga Pakej Perkahwinan

Ha… Siapa yang tak tertarik kalau ada potongan harga kan? Di Pameran Pengantin MEFA di SACC Shah Alam nanti ada potongan harga pakej perkahwinan oleh vendor perkahwinan. Waktu ni korang boleh runding harga dengan vendor perkahwinan untuk majlis korang tu. Korang boleh cari pakej kahwin yang sesuai dengan bajet dan boleh dapatkan segala maklumat yang berkaitan dengan lebih jelas.

Bukan senang nak dapat potongan harga pakej kahwin ni. Lagi-lagi majlis perkahwinan yang semenangnya kita tahu, kos untuk sesuatu majlis ni memang menelan belanja yang tinggi. Jadi gunakan peluang ini untuk cari pakej kahwin yang sesuai untuk majlis nanti.

3. Hadiah Cabutan Bertuah Yang Menarik

Kalau korang ada buat ‘booking’ dengan vendor perkahwinan di Pameran Pengantin MEFA ni sekurang-kurangnya RM500, korang berpeluang untuk mencuba ‘Lucky Draw’ yang disediakan oleh pihak penganjur. Banyak hadiah yang menarik untuk dimenangi. Kalau bernasib baik, korang boleh menang hadiah utama yang pasti membuatkan korang teruja. Senyum sampai ke telinga!

Antara hadiah cabutan bertuah yang disediakan adalah pakej perkahwinan, gadget, pakej honeymoon dan banyak lagi. Sekurang-kurangnya korang dapat hadiah coklat itupun jika korang tidak bernasib baik. Hehehe… Tapi tidak salah mencuba kan?

4. Aktiviti Sepanjang Pameran Pengantin

pameran pengantin MEFA 2017 SACC Shah Alam

Selain daripada jualan pakej kahwin oleh vendor perkahwinan, korang juga boleh mengikuti aktiviti sepanjang pameran berlangsung. Antara aktiviti yang ada sepanjang pameran ini adalah seperti:

  • Pertunjukan Fesyen
  • Perarakan Pengantin
  • Pertandingan Makeup
  • Persembahan Artis dan banyak lagi

Memang tak rugi kalau kesini!

5. 1000 Goodies Untuk Pengunjung Terawal

Buat 1000 pengunjung terawal yang datang ke pameran ini akan dapat goodies bag. Wow! Dah la masuk pameran free lepas tu dapat lagi goodies bag. Tak ke berbaloi tu? Memang Acul cadangkan korang datang awal ke pameran ini. Sebabnya?

Kalau datang awal, tak perlu la bersesak-sesak untuk bertanyakan pakej dengan vendor perkahwinan. Korang boleh buat pilihan dengan lebih selesa. Tak pun korang boleh balik dahulu dan buat perbincangan dengan keluarga.

___

JEMPUT BERAMAI-RAMAI DATANG KE
MALAYSIA WEDDING FESTIVAL (MEFA) 2017

Tarikh : 12 – 14 MEI 2017

Masa: 10 pagi – 9 malam
Lokasi: Shah Alam Convention Centre (SACC)

MASUK ADALAH PERCUMA

Info lanjut: www.mefa.my
Facebook: www.facebook.com/mefaevent
Instagram: @mefapengantin
Email: mefaevent@gmail.com

Tempahan dan pertanyaan hubungi : 012-3871775

JUMPA KORANG LAT SANA….

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik