Event

Pakej Perkahwinan Murah di Mega Wedding Malaysia

Pakej Perkahwinan Murah? Bila bercakap mengenai majlis perkahwinan mesti kita akan terbayang kos majlis perkahwinan tersebut yang sudah semestinya menelan belanja yang sangat besar. Ye la kan… Kahwin ni sekali je seumur hidup melainkan kalau ada antara anda (lelaki) yang ada pasang niat nak kahwin sampai 4 hehe…

Zaman sekarang ni kalau majlis perkahwinan paling minimum pun RM10,000. Waktu Acul kahwin dulu (tahun 2015) pun menelan belanja RM10,000 untuk katering, kanopi dan kek. Ni tak termasuk mini pelamin, goodies bag, kad kahwin dan jurufoto lagi. Kalau masuk sekali semua tu mau mencecah belasan ribu. Ha… Nampak! Nak kahwin bukan pakai duit sikit. Banyak nak guna tu dan yang penting janganlah berhutang untuk kahwin sebab lepas kahwin nanti lagi banyak nak guna duit dan banyak cabaran yang perlu dilalui.

Pakej Perkahwinan Murah di Wedding Malaysia

pakej perkahwinan lengkap murah mega wedding 4.0 putrajaya

Pada anda yang nak merancang untuk melansungkan perkahwinan tapi bajet tak cukup atau sememangnya tak pernah cukup ni Acul nak kongsikan, di Malaysia sekarang ni ada syarikat yang menawarkan pakej perkahwinan murah serendah RM7,000 sahaja untuk semua pakej.

Ya! Semua pakej! Jangan tak percaya pulak dengan RM7,000 ni anda dapat macam-macam dan setiap urusan diuruskan oleh mereka. Anda hanya datang akad nikah lepas tu bersanding sahaja. Tak perlu nak pening-pening cari pakej kahwin dan uruskan majlis.

pakej perkahwinan lengkap murah mega wedding 4.0 putrajaya

Pakej perkahwinan murah ini adalah Program kahwin ramai-ramai Mega Wedding Malaysia anjuran bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mefa Events dan Mahligai Impian Wedding. Untuk pengetahuan anda, events ini antara yang terbesar di Malaysia yang dianjurkan untuk membantu bakal pengantin melansungkan perkahwinan dengan kos yang rendah tetapi lengkap.

Bayar RM7,000 Dapat Semua Pakej Mega Wedding Malaysia

pakej perkahwinan murah mega wedding 4.0 putrajaya pakej perkahwinan murah mega wedding 4.0 putrajaya pakej perkahwinan lengkap murah mega wedding 4.0 putrajaya pakej perkahwinan lengkap murah mega wedding 4.0 putrajaya pakej perkahwinan lengkap murah mega wedding 4.0 putrajaya

Dengan adanya pakej perkahwinan murah di Mega Wedding Malaysia ini jadi tiada alasan tidak cukup bajet untuk melansungkan majlis perkahwinan lagi. Mana nak cari pakej lengkap perkahwinan dengan kos RM7,000 sahaja. Majlis perkahwinan Mega Wedding Malaysia ini juga berkonsepkan “Garden Wedding” dimana majlis akan diadakan di tepi tasik Putrajaya dan pengantin juga berpeluang untuk menaiki cruise mengelilingi tasik Putrajaya. Memang esklusif!

Pakej sebanyak RM7,000 ini adalah termasuk:

  • Tajaan dan pengurusan majlis pernikahan
  • Penginapan honeymoon di Hotel terpilih
  • Pelayaran Cruise di sepanjang Tasik Putrajaya
  • Pelamin Gergasi Eksklusif
  • Kek Gergasi Eksklusif
  • Media Coverage: Majalah, akhbar, radio, media elektronik dan lain-lain
  • 200 pax jemputan untuk setiap pasangan
  • Menu Beriyani istimewa untuk semua jemputan
  • Sesi Outdoor Photoshoot “Lakeside Concept”
  • Persembahan Live Band Jemputan
  • Doorgift setiap tetamu
  • Kad Kahwin Ekslusif setiap pasangan
  • Hand Bouquest setiap pasangan
  • Kek Perkahwinan untuk setiap pasangan
  • Videografi coverage sepanjang majlis percuma untuk setiap pengantin
  • Hadiah Perkahwinan Misteri daripada penganjur dan penaja
  • Terhad kepada 30 pasangan sahaja setiap majlis
  • Parkir untuk pengantin disediakan

Senarai Penaja Mega Wedding Malaysia 4.0

Dibawah di adalah senarai penaja dan kerjasama bersama sepanjang Mega Wedding Malaysia 4.0 yang dianjurkan pada 28 Oktober 2018 yang lepas.

  • Hunny Creation Sevent
  • Cruise Tasik Putrajaya
  • Marina Putrajaya
  • Sanggar Dewi Collections
  • RS Product
  • Jawi Putrajaya
  • Kedai Awsome

Senarai MUA

  • Yann Rifft
  • Wiwin Touch
  • Mua by Jaquime
  • Rizkwan Concept
  • Erma Fatima Ahmad
  • Fiey Chanteq
  • With Love Lyzza

Bagi tahun 2018 ini pula ada 3 tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada bulan Mac, Ogos dan Nov. Kalau booking sekarang ni mereka bagi lagi diskaun RM500 untuk satu pakej. Tempat adalah sangat terhad dalam satu majlis untuk 20 pasangan sahaja. Jadi booking sekarang dan dapatkan semua keistimewaan ini.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik