Event

Malaysia Wedding Festival 2014 Edisi 8 Bandar Baru Bangi

Malaysia Wedding Festival 2014 kembali lagi dengan Edisi ke-8 dan akan berlangsung di PKNS Bangi, Bandar Baru Bangi Selangor bermula 10 Oktober 2014 sehingga 12 Oktober 2014 iaitu dari hari Jumaat sehingga hari Ahad ini. Malaysia Wedding Festival atau lebih dikenali sebagai MEFA adalah anjuran oleh Qistina Avenue Sdn Bhd dengan kerjasama PKNS Bangi.

Pameran Pengantin yang terkenal dengan mengumpulkan lebih daripada 70 vendor didalam satu bumbung ini ternyata membantu bakal pengantin mendapatkan pakej perkahwinan yang sesuai dan berpatutan untuk bakal pengantin sebelum melansungkan perkahwinan.

Malaysia Wedding Festival (MEFA) Pakej Perkahwinan Murah

malaysia wedding festival 2014 pkns bangi

Bermula dari edisi pertama, MEFA banyak membantu bakal pengantin mendapatkan pakej perkahwinan yang sesuai dengan bajet masing-masing.

Terdapat pelbagai vendor perkawinan yang ditawarkan di dalam Malaysia Wedding Festival (MEFA) dimana bakal pengantin bebas memilih apa sahaja pakej yang dirasakan sesuai dengan bajet mereka dan disini juga vendor akan memberikan harga promosi kepada para pengunjung yang datang ke Malaysia Wedding Festival (MEFA).

Vendor Perkahwinan Di Malaysia Wedding Festival (MEFA)

Antara vendor yang terlibat adalah seperti vendor katering, pelamin, baju pengantin, mak andam, videographer, photographer dan wedding planner dari serata Malaysia terutamanya di negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Jadi mudah untuk korang mencari pakej yang sesuai disini. Bagi pengunjung yang datang ke sini korang boleh mengambil gambar Selfie dan print secara percuma dari MyPhoto Booth.

pameran pengantin pkns bangi pakej kahwin malaysia wedding festival mefa 2014 pameran pengantin malaysia wedding festival 2014 rumah kebaya malaysia wedding festival mefa 2014

Bagi anda yang masih lagi tercari-cari lagi pakej yang sesuai untuk perkahwinan anda, jangan lupa datang ke Pameran Pengantin Malaysia Wedding Festival (MEFA) yang akan diadakan di PKNS Bangi, Bandar Baru Bangi Selangor bermula 10 Oktober 2014 sehingga 12 Oktober 2014 dan jangan terlepas promosi-promosi terkini dari vendor perkahwinan.

Acara: Malaysia Wedding Festival (MEFA) Edisi Ke-8
Lokasi: Kompleks PKNS Bangi, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi Selangor
Anjuran: Qistina Avenue Sdn Bhd
Tarikh: 2-4 Mei 2014
Masa: 10 pagi – 10 malam
Kemasukan: Percuma
Kerjasama: PKNS Bangi
Penaja: Rumah kebaya, My Photo Booth, Inspirasi Kad Kahwin dan Yann Rifft.

Info Lanjut Mengenai MEFA

Laman Web: www.mefa.my
Instagram: MEFAPENGANTIN
Facebook: www.facebook.com/mefaevent
Email: sales@mefa.my
No. Telefon: +6012-387 1775 / +6018-282 5535

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik