Event

Dewan Perkahwinan The Space Shah Alam Serendah RM29.90

Mencari “Dewan Perkahwinan Eksklusif” yang luas serta mempunyai pelbagai jenis kemudahan di Shah Alam dengan kadar harga yang rendah? The Space Shah Alam merupakan antara dewan perkahwinan yang ada di Shah Alam merupakan jawapan untuk persoalan anda.

Baru-baru ini The Space Shah Alam telah mengadakan hari anniversay mereka yang ke-2 pada hari Ahad bersamaan 26 November 2017 bertempat di Grand Ballroom The Space Shah Alam, Space U8 Bukit Jelutong Shah Alam dimana hari anniversary ini The Space Shah Alam membuka peluang kepada pelanggan untuk merasa sendiri suasana dewan perkahwinan dan menu hidangan mereka.

Promosi Pakej Kahwin Murah The Space Shah Alam

The Space Grand Ballroom Shah Alam

The Space Grand Ballroom Shah Alam merupakan salah satu dewan besar dan eksklusif untuk kegunaan pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, majlis korporat, pameran, konvokesyen, konvensyen, ekspo dan sebagainya. Dengan kepelbagaian kemudahan yang ditawarkan disini memang sesuai untuk majlis anda.

dewan yang luas The Space Grand Ballroom Shah Alam

Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti dewan yang luas yang mampu menampung hampir 600 tetamu dalam satu masa, penghawa dingin, parking kereta yang luas yang boleh memuatkan hampir 600 kenderaaan,audi visual dan sistem projektor, surau, tandas dan wifi percuma.

Tetamu yang datang ke dewan ini juga turut boleh membeli belah kerana dewan ini bersambung dengan pusat membeli belah Space U8. Boleh tonton wayang sekali bila dah habis acara majlis.

Pengantin juga boleh menggunakan surau yang ada disini untuk dijadikan sebagai tempat akad nikah. Surau kat sini memang cantik kerana dikelilingi dengan air terjun buatan. Memang cantik untuk dijadikan kenangan ketika bergambar atau video.

Pakej Amethyst 2017 The Space Shah Alam

lauk pauk The Space Shah Alam

Bersempena dengan sambutan 2 tahun The Space Shah Alam Grand Ballroom, The Space Management Sdn Bhd dengan kerjasama Katering Enak Rasa telah melancarkan satu pakej perkahwinan yang sangat istimewa untuk anda yang berminat untuk menggunakan dewan ini.

Pakej Amethyst pada asalnya berharga RM38,000 kini telah menjadi RM29,900 sahaja iaitu bersamaan dengan RM29.90 per pax (minimum 1,000 pax) dengan diskaun sebanyak RM8,100 menjadikan pakej ini memang berbaloi untuk majlis anda. Dengan harga RM29,900 ini adalah termasuk dengan:

  • Dewan perkahwinan yang serba indah dan elegen
  • Red Carpet
  • Khidmat katering
  • 40 meja bulat dan beralas
  • 400 kerusi banquet bersarung dan beriben
  • meja doorgift dan meja hadiah
  • 2 Station Food Buffet
  • Meja makan beradap untuk 10 orang yang dilengkapi dengan 2 kerusi pengantin dan 8 Ghost Chair yang cantik dan eskslusif
  • Butik pengantin
  • Fotografi + outdoor session
  • Percuma Food Tasting (10 orang)
  • Percuma kek 2 (Dummy / Real Cake)
busana pengantin

Lebih istimewa lagi, setiap pelanggan yang menempah dalam masa promosi ini akan mendapat sentuhan busana pengantin dan pelamin dari Rins Suzana dari Rins Suzana Wedding & Events yang merupakan antara butik pengantin yang terkenal di Malaysia.

Untuk khidmat katering pula, Katering Enak Rasa pula memperkenalkan menu istimewa yang dicipta khusus untuk majlis pelancaran ini, Nasi Serai. Selain nasi beriani dan hujan panas, para pelanggan juga boleh memilih nasi serai sebagai pilihan untuk disajikan kepada para tetamu. Keunikan nasi serai bukan sahaja pada warnanya, bahkan pada rasanya yang mengetengahkan konsep aroma tradisi. Digandingkan dengan daging dendeng istimewa, menjadi nasi serai bertambah enak dinikmati.

the space shah alam the space shah alam the space shah alam the space shah alam the space shah alam the space shah alam

Sepanjang pembukaan 2 tahun ini, The Space Shah Alam Grand Ballroom telah merealisasikan impian lebih 500 pasang pengantin yang telah selamat diijab qabulkan. Antaranya perkahwinan beramai-ramai, anjuran IKRAM Selangor. Hampir 3,000 tetamu membanjiri The Space Shah Alam Grand Ballroom.

Selain itu, terdapat juga acara yang melibatkan agensi kerajaan seperti PTPTN, UiTM Shah Alam, KEMAS, dan pelbagai lagi badan NGO serta korporat.

Menu Utama The Space Shah Alam

Untuk menu utama, anda boleh pilih antara nasi-nasi, lauk pauk dan side dish di bawah. Acar buah, papadom, buah-buahan, air kordial dan plain water tu memang anda akan dapat. Kesemua menu ini akan dimasak oleh Katering Enak Rasa.

  • Nasi Minyak / Beriani / Hujan Panas / Serai (80%)
  • Nasi Putih (20%)
  • Ayam Beriani / Masak Merah / Madu / Goreng Berempah / Daging Kurma / Rendang Minang / Palembang / Dendeng / Sambal Sotong / Fish Fillet (50%)
  • Dalca Pisang Muda dan Mangga / Dalca Sayur
  • Acar Buah
  • Papadom
  • Buah-buahan (3 jenis)
  • Air kordial
  • Plain Water

Menu Makan Beradab

Untuk menu makan beradab pula, anda boleh pilih antara lauk-lauk di bawah ini. Selain daripada lauk pauk di bawah ini, anda boleh juga tambah lauk-lauk lain dari menu pilihan.

  • Ikan Siakap / Bawal Masam Manis / Tiga Rasa
  • Udang / Sotong Goreng Tepung Berhias
  • Ayam Golek / Percik
  • Gubahan Buah-buahan
  • Fruit Punch / Air Mineral

Kelengkapan katering

Dalam pakej ini juga turut disediakan dengan kelengkapan katering. Selain daripada makanan, anda juga akan disediakan dengan 4 VIP Dome, peralatan sajian lengkap dan pramusaji beruniform.

Dekorasi Dewan (Sedia ada)

Dalam pakej ni anda juga akan dapat pelamin dewan sedia ada yang dihias oleh Rins Suzana Wedding & Events, siap sekali dengan entrance arch deco dan walkaway. Dekorasi meja makan beradab pun ada sekali. Jadi semuanya lengkap dan anda tidak perlu pening-pening memikirkan persiapan lain.

Andaman

Yang bestnya kalau anda ambil Pakej Amethyst ni, anda akan dapat sekali sepasang busana pengantin Lelaki dan Perempuan yang sedia ada serta 1 kali make up. Pakaian pengantin ini nampak memang cantik hasil sentuhan daripada Rins Suzana Wedding & Events.

Harga Promosi Pakej Amethyst 2017 The Space Shah Alam

Kalau anda book dan confirm date sebelum 31 Disember 2017 ini, anda akan dapat harga diskaun yang sangat berbaloi untuk Pakej Amethyst. anda boleh jimat sehingga RM8,100.

Harga Asal
RM38.00 (minimum 1000 pax)
RM38,000
Harga Promosi
(Last booking dan confirm 31 Disember 2017)
RM29.90 (minimum 1000 pax)
RM29,900

Jadi, bagi anda yang masih tercari-cari lagi dewan kahwin untuk bulan 12 ini atau untuk tahun depan, cepat-cepat book dan confirm sebelum 31 Disember 2017 untuk dapat harga yang berbaloi ini. Tak kisah bila-bila pun anda nak kahwin atau nak buat apa-apa majlis disini asalkan anda book dan confirm sebelum 31 Disember 2017 ini untuk dapatkan harga promosi ini. Kalau tak memang menyesal.

Untuk maklumat lanjut atau nak book, anda boleh tengok dekat website, Facebook atau Instagram The Space Grand Ballroom, The Space U8 Shah Alam.

Website | Facebook | Instagram

The Space Grand Ballroom
A1-1-G, Space U8,
No. 6, Persiaran Pasak Bumi,
Tmana Bukit Jelutong, Seksyen U8,
40150 Shah Alam, Selangor
info@thespace.com.my
019-250 7770 / 019-250 7779

Cik Nurul Afni 0122374867
Tuan Haji Aidil 0162580734
Puan Hajjah Salmi 0102250734

Landmark
Space U8 Shopping Mall

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

5 komen pembaca

  1. Aishah
    Aishah

    pernah pergi dewan ni masa kenduri my friend. mmg luas n nice. parking pun senang

  2. Hazmi
    Hazmi

    RM29 utk semua pakej tu mmg dah kira murah kalau tuk harga dewan. bg yg nk majlis berlansung dgn selesa mmg patut amik dewan banding buat majlis kat rumah

  3. Karipap Terbang
    Karipap Terbang

    Fuh! boleh tahan gak harga. 29k tu. jenuh la aku nk kumpul duit nk kawin ni T___T

  4. Mira
    Mira

    Pernah kesini majlis kahwin kawan. Memang selesa n luas.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

Lagi Artikel Menarik