Makanan

Buffet Ramadhan 2017 SACC: Berbuka Sambil Beramal

Sedar tak sedar tinggal beberapa hari sahaja untuk kita bersiap sedia menemui bulan Ramadhan bulan yang mulia. Di bulan inilah umat islam akan berlumba-lumba untuk beribat mencari pahala yang berlipat ganda.

Baru-baru ni Acul dijemput oleh pihak Shah Alam Convention Centre (SACC) untuk mencuba buffet ramadhan di sini. Acara ini adalah untuk memberikan gambaran sebenar buffet ramadhan yang akan diadakan ketika bulan ramadhan nanti untuk tujuan hebahan kepada orang ramai.

Ramai rakan-rakan media, Blogger dan rakan-rakan perniagaan SACC yang hadir ke sini untuk mencuba sendiri hidangan berbuka puasa pada bulan Ramadhan nanti. Nak tahu apa menu makanan di SACC ni? Teruskan membaca sampai habis!

Buffet Ramadhan SACC: Cita Rasa Warisan Nusantara

Buffet Ramadhan SACC  Cita Rasa Warisan Nusantara

Untuk tahun 2017 ini, SACC kembali lagi dengan bufet bertemakan “Cita Rasa Warisan Nusantara” setelah mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan pada tahun lepas.

SACC pada tahun ini menawarkan sajian istimewa warisan nusantara dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik dari sentuhan Chef Eksekutif, Jamili Napiah dan Sous Chef, Rizal Nahar.

Selain tu jugak korang boleh rasa pelbagai jenis hidangan istimewa sepanjang bulan ramadhan ini di SACC seperti Ampal (Ayam) Masak Merah Banjar, Gulai itik Hijau Nusantara dan Kepala Pindang Lampung. Memang banyak lauk-pauk yang dihidangkan dekat sini. Sampai rambang mata dibuatnya.

Menu hidangan untuk setiap hari akan bertukar dan bergilir. Jadi setiap hari lauk-pauk serta hidangan akan berbeza-beza untuk berikan lebih banyak pilihan kepada korang semua.

ABC Turkish Ice Cream

pencuci mulut buffet ramadhan 2017 SACC

Pencuci mulut dan air tak berubah tapi pembuka selera dan hidangan utama lauk pauk tu nanti akan bergilir. Barulah tak bosan kalau korang datang selalu dekat sini kan.

Ada banyak menu side dish yang korang akan dapat setiap hari dekat stall dalam dewan SACC tu nanti. Antaranya adalah Pecal, Sup Periuk Utara, Aneka Roti, Lontong Sleangor, Ikan Bakar, Gulai Kawah, Kuew Teow Banjir, Asam Laksa, Laksa Thai, Kacang Pool, Rendang Tok, Noodle Sup, Vegetable Tempura, Aneka Goreng-goreng, Apam Balik, Aneka Bubur, Ubi Kayu, ABC, Cendol, Ais Goyang dan buah-buahan dusun.

Kambing Kebuli buffet ramadhan 2017 SACC

Kalau korang berbuka puasa disini pastikan korang cuba Kambing Kebuli yang menjadi hidangan utama dan juga hidangan tradisi SACC. Memang sedap! Rugi kalau tak cuba lagi-lagi kalau korang ni peminat daging kambing.

Berbuka Puasa Sambil Beramal

Selain daripada majlis berbuka puasa, objektif kedua yang dibawa melalui majlis ini ialah untuk berbakti melalui program CSR yang dianjurkan. Pada tahun 2017 ini, SACC akan bekerjasama dengan pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Rescue Syria.

Setiap baucer buffet ramadhan yang dijual dengan RM88.00, RM1.00 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan yang lain kepada Tabung Rescue Syria yang diamanahkan kepada SACC oleh MAPIM.

Pihak SACC mensasarkan mengumpul sekurang-kurangnya RM12,000 sepanjang bulan mulia ini untuk disalurkan kepada Tabung Rescue Syria.

Satu usaha yang murni dari pihak SACC untuk membantu mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi pada bulan mulia yang bakal tiba tidak lama lagi.

____

buffet ramadhan SACC 2017
Buffet Ramadan SACC
Cita Rasa Warisan Nusantara

27 Mei 2017 – 22 Jun 2017

Harga (Dewasa)
RM88.00+

Harga (Kanak-Kanak/Warga Emas)
RM48.00+

Kanak-Kanak 6 tahun kebawah
Percuma

Harga (Early Bird)
RM78.00+ (Dewasa)
Pembelian sebelum 27 Mei 2017

Pakej Korporat
RM70.00+ (minimum 50 orang)

Untuk tempahan dan pembelian korang boleh layari laman web SACC.

Website | Facebook | Instagram

UNTUK KETERANGAN LANJUT:

Fiza Hamid
Eksekutif Pemasaran dan Pengiklanan

SACC Convec Sdn Bhd
No. 4 Jalan Perbadanan 14/9,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03 – 5511 8858 ext 106
HP: 014 – 221 1066
Email: fiza@sacc.com.my

6 komen pembaca

  1. tak sempat nak pergi aritu 🙁 sobbb macam sedap je makanan tu

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      Mmg sedap. Rugi la x dtg hehe

  2. bos pernah bawa buka puasa kat sini dulu,memang makanan sedap2 berbaloi…

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      Kan. Puas hati 🙂

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

 

10 Tempat Menarik di Perak Untuk Dikunjungi

Lagi Artikel Menarik